wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KUIZ SAINS TAHUN 4-SIFAT BAHAN

Total questions: 26

Worksheet time: 14mins

Name
Class
Date
1.

Objek yang bersifat kenyal adalah seperti berikut kecuali...

a)

tayar

b)

belon

c)

kain batik

d)

pemadam

2.

Antara berikut, objek yang manakah boleh menyerap air :

P : span

Q : gelas kaca

R : tisu dapur

S : gelang getah

a)

P dan Q

b)

Q dan S

c)

P dan R

d)

R dan S

3.

Rajah menunjukkan dua cawan teh panas. Selepas seminit, sudu besi lebih panas berbanding sudu plastik. Apakah inferens bagi pemerhatian tersebut?

a)

Sudu besi adalah penebat haba manakala sudu plastik adalah konduktor haba.

b)

Sudu besi adalah konduktor haba manakala sudu plastik adalah penebat haba.

c)

Sudu besi dan sudu plastik adalah penebat haba

d)

Sudu besi adalah konduktor elektrik manakala sudu plastik adalah penebat elektrik.

4.

Bahan P ialah bahan yang membenarkan sebahagian cahaya melaluinya. Apakah sifat Bahan P?

a)

lut cahaya

b)

legap

c)

lut sinar

5.

Apakah sifat bahan pada bahagian pemegang kuali pada rajah ini?

a)

penebat haba

b)

legap

c)

kalis air

d)

penebat elektrik

6.

Apakah maksud konduktor elektrik?

a)

bahan spesimen

b)

bahan yang sentiasa berkarat

c)

bahan ujikaji

d)

bahan yang boleh mengalirkan arus elektrik

7.

Semua objek di bawah tenggelam apabila dimasukkan ke dalam air kecuali...

a)
b)
c)
d)
8.

Jadual menunjukkan sifat bahan satu objek. Objek itu ialah...

a)
b)
c)
d)
9.

Apabila bahan P dan Q dikeluarkan daripada air, di dapati bahan P basah manakala bahan Q tidak basah. Apakah sifat bahan yang dikaji dalam aktiviti ini?

a)

Kebolehan terapung dalam air

b)

Keupayaan menyerap air

c)

Kekenyalan

d)

kebolehan penembusan cahaya

10.

Terdapat bahan yang terapung di atas permukaan air dan bahan yang tengelam di dalam air.


GABUS IALAH CONTOH BAHAN

a)

Terapung diatas air

b)

Tenggelam didalam air

11.

Terdapat bahan yang terapung di atas permukaan air dan bahan yang tengelam di dalam air.


PEMADAM (GETAH) IALAH CONTOH BAHAN

a)

Terapung diatas air

b)

Tenggelam didalam air

12.

Gambar menunjukkan contoh bahan......haba

a)

konduktor

b)

penebat

c)

legap

13.

Bahan yang kalis air ialah_______________

a)

bulu

b)

kapas

c)

tisu

d)

plastik

14.

Antara bahan berikut yang manakah merupakan penebat elektrik?

a)

Paku

b)

Pemadam

c)

Duit syiling

15.

Apakah sifat bahan yang digunakan untuk membuat baju hujan?

a)

Menyerap air

b)

Kalis air

c)

Menyerap dan kalis air

16.

Mary dan kawannya sedang bermain di taman permainan. Mereka berasa panas dan berpeluh.

Apakah barang yang diperlukan oleh mereka.

a)
b)
c)
17.

Berikut menunjukkan satu kumpulan objek.


Kumpulan X : Pemadam, Tayar, Gelas kaca


Manakah penyataan adalah betul tentang Kumpulan X ? 😉

a)

Kumpulan X terapung di permukaan air.

b)

Kumpulan X tenggelam di dalam air.

18.

Apakah maksud mempunyai sifat kekenyalan ?

a)

Tidak boleh ditarik dan boleh kembali ke bentuk asal

b)

Boleh ditarik dan boleh kembali ke bentuk asal

c)

Tidak boleh ditarik dan tidak kembali ke bentuk asal

d)

Boleh ditarik dan tidak kembali ke bentuk asal

19.

Apakah maksud terapung dan tenggelam ?

a)

I - Terapung bermaksud objek berada dalam air, II- Tenggelam bermaksud objek berada pada permukaan air

b)

I - Terapung bermaksud objek berada pada permukaan air, II - Tenggelam bermaksud objek berada dalam air

c)

I - Terapung bermaksud objek berada pada permukaan air, II - Tenggelam bermaksud objek berada pada permukaan air

d)

I - Terapung bermaksud objek berada dalam air, II - Tenggelam bermaksud objek berada dalam air

20.

Apakah sifat bahan yang sesuai untuk membuat kanta dalam cermin mata ?

a)

Lutcahaya

b)

Legap

c)

Lutsinar

d)

Menyerap air

21.

Ali telah menumpahkan air atas meja. Apakah objek yang boleh digunakan untuk menyerap air tersebut ?

a)

Duit syiling

b)

Tisu

c)

Belon

d)

Plastik

22.

Rajah 2 menunjukkan satu objek yang digunakan untuk persembahan wayang kulit. Apakah sifat objek itu yang membentuk bayang-bayang?

a)

Boleh menyerap semua cahaya

b)

Membenarkan semua cahaya menembusinya

c)

Tidak Membenarkan cahaya menembusinya

d)

Memantulkan cahaya yang terkena padanya.

23.

Contoh objek lutsinar ialah________________

a)

kayu

b)

plastik berwarna

c)

plastik jernih

d)

kad manila

24.
Objek ini diperbuat daripada....
a)
pelet plastik
b)
logam
c)
kain sintetik
d)
getah
25.

Dalam satu penyiasatan, mentol dalam rajah menyala. Apakah objek yang mewakili X?

a)

paku besi

b)

pemadam

c)

batang aiskrim

d)

sudu plastik

26.

Rajah menunjukkan kebolehan penembusan cahaya bahan M, N dan O. Apakah sifat bahan N

a)

Lutsinar

b)

Lutcahaya

c)

Legap

d)

Bersinar