Worksheets11.8.2021 BM Penilaian 2
Total questions: 30
Worksheet time: 15mins
Jiran saya Encik Gopal. ____________ bertugas sebagai pensyarah di Universiti Teknologi Malaysia.
Dia
Beliau
Kalian
Baginda
“____________ perlu berusaha bersungguh-sungguh untuk memperoleh pingat dalam pertandingan kali ini”. Kata Cikgu Pang kepada murid-murid tahun 6.
Awak
Beliau
Kalian
Engkau
Umat Islam akan saling __________ dan __________ dengan ibu bapa serta sanak-saudara pada hari raya.
hadir…menghormati
mengunjungi…bermaafan
menghormati…mencintai
mengasihi…bekerjasama
____________ orang penjenayah itu telah berjaya diberkas oleh pihak polis.
Ketiga-tiga
Tiap-tiap
Sesetengah
Kedua
Mengikut cerita zaman dahulu, Sang Kancil ialah seekor ________ yang pintar.
orang
haiwan
makhluk
ternakan
___________ atas kejayaan menjuarai Piala Malaysia buat kali ketiga berturut-turut.
Aduh
Wahai
Syabas
Aduhai
Kucing-kucing kesayangan Zaki sangat ____________.
tinggi
comel
comot
kurus
Mula-mula basuh beras dengan bersih. __________ sukat air secukupnya.
Namun
Oleh itu
Kemudian
Dengan demikian
__________ merupakan salah satu permainan tradisional Melayu.
Congkak
Batu seremban
Wau
Tingting
Sudah ramai yang menasihati dan menegur budak-budak nakal itu tetapi tidak diendahkan.
Peribahasa yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
bagai mencurah air ke daun keladi.
bagai haruan makan anak.
bagai melepaskan batuk ditangga.
bagai kambing dihalau ke air.
Pasar malam menjadi sunyi apabila malam semakin larut.
Pilih perkataan sinonim bagi sunyi.
hiba
tenang
lengang
riuh
Adik meluahkan sayur barkoli yang dimakannya kerana tidak menyukai sayur itu.
Pilih perkataan antonim bagi meluahkan.
mengunyah
menyimpan
menghabiskan
menelan
Pilih ayat tanya yang sesuai bagi jawapan yang diberikan.
Kek coklat kukus buatan Feza sangat sedap kerana menggunakan coklat masakan yang terbaik.
Mengapakah kek coklat kukus buatan Feza sangat sedap?
Bilakah kek coklat buatan Feza akan siap dibuat?
Apakah bahan yang digunakan oleh Feza untuk membuat kek coklatnya?
Kepada siapakah kek coklat kukus buatan Feza akan diberikan?
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.
Maressya dilanggar motorsikal semasa hendak melintas jalan raya.
Jalan raya yang dilintasi oleh Maressya sering berlaku kemalangan motosikal.
Maressya melintas jalan sambil dilanggar motorsikal.
Semasa Maressya hendak melintasi jalan raya, dia terlanggar motorsikal.
Semasa Maressya hendak melintasi jalan raya, dia dilanggar motosikal.
Pilih ayat yang betul.
Dia tidak mengharapkan kurniaan atas pertolongannya itu.
Perempuan muda itu membimbit dua baldi air di kiri dan kanan tanggannya.
Kenderaan yang melalui jalan itu terkandas beberapa jam akibat kemalangan jalan raya.
Sudah lima minggu Mak Piha sakit tenat.
Pilih ayat yang betul.
Pada masa lapang, nelayan itu akan menenun jalannya yang rosak.
Idris sempat menjemput sarapannya sebelum keluar bekerja.
Zaleha hanya berlalu tanpa menyapa rakannya di ruang tamu.
"Janganlah kalian memperbesarkan hal yang kecil ini," kata ketua kampung kepada anak buahnya.
_____________ialah kraf tangan Malaysia yang diminati oleh para pelancong asing.
Gamelan
Tarian Inang
Dodoi
Songket
Nenek sedang ____________________.
menjahit pakaian
menenun songket
melukis gambar
menganyam tikar
Lengkapkan bandingan semacam di bawah.
Harum seperti _________
minyak wangi
bunga
ros
mawar
7.Apakah jenis ayat di bawah.
Alessya ialah murid yang paling bijak di kelas kami.
Ayat seru
Ayat penyata
Ayat tanya
Ayat perintah
8.Encik Iyad sedang _____________ troli di pasar raya.
menarik
memasang
menolak
mengangkat
Datuk dan nenek sungguh gembira dengan kelahiran _____ perempuan pertama mereka.
bayi
cucu
anak
murid
