NEW
Font size
Worksheetsulang kaji
Total questions: 40
Worksheet time: 40mins
1. Kerajaan manakah yang mewariskan ciri-ciri negara bangsa kepada Kesultanan Melayu Melaka?
Kerajaan Srivijaya
Kerajaan Langkasuka
Kerajaan Johor-Riau
Kerajaan Kedah Tua
2.Undang-undang manakah yang digunakan dalam sistem pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka?
I Undang-undang Pelabuhan Melaka
II Undang-undang Adat Melaka
III Undang-undang Laut Melaka
IV Hukum Kanun Melaka
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
3.Kerajaan berikut terletak di selatan dan tengah Vietnam
Kerajaan Champa
Apakah pusat pentadbiran kerajaan tersebut?
Inderapura
Palembang
Champa
Harihalaya
4. Maklumat berikut berkaitan dengan semangat yang diperkenalkan semasa era Pemulihan Meiji di Jepun.
SEMANGAT BUSHIDO
Apakah kesan pengenalan semangat tersebut terhadap Jepun?
Menjadi negara perindustrian
Mencapai kemajuan pendidikan
Menghalang gerakan anti Barat
Mengatasi kelemahan pemerintahan
5. Pada tahun 1932,Parti Rakyat melancarkan revolusi di Thailand.
Apakah kesan revolusi tersebut?
Dasar tutup pintu dikuatkan
Sistem raja berkuasa mutlak tamat
Pemerintahan republik dilaksanakan
Kuasa pembesar tempatan diperkukuhkan
6. Pernyataan berikut merujuk kepada hasil karya Raden Adjen Kartini.
Habis Gelap Terbitlah Terang
Apakah isu yang diketengahkan melalui penulisan novel di atas
Pengembalian kuasa raja
Kemunduran rakyat
Hak bersuara
Kemerdekaan mutlak
7. Apakah antara kesan Perang Dunia Pertama?
I Keruntuhan Pemerintahan Beraja
II Kemunculan Negara Baharu
III Kesedaran Nasionalisme bermula
IV Amerika Syarikat merdeka
I dan II
I dan III
II dan III
III dan IV
8. Apakah faktor utama berlakunya Perang Dunia Kedua di Eropah?
I Pakatan Ketenteraan
II Persaingan kuasa imperialis
III Kemunculan Ideologi baharu
IV Kegagalan Liga Bangsa-Bangsa
I dan IV
I dan II
II dan III
III dan IV
9. Malayan Union merupakan satu unit pentadbiran yang menyatukan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu serta Negeri-Negeri Selat kecuali..
Pulau Pinang
Melaka
Johor
Singapura
10.Gambar di atas merupakan seorang pegawai British yang menggunakan pelbagai taktik untuk mendapatkan persetujuan raja-raja terhadap Malayan Union. Siapakah nama pegawai British tersebut?
Sir Harold MacMichael
H. C. Willan
George Henry Hall
A. T. Newboult
11. Mengikut Perlembagaan Rakyat, warna apa yang perlu dimasukkan sebagai latar belakang bendera kebangsaan Tanah Melayu?
Biru dan kuning
Merah dan kuning
Biru dan putih
Merah dan putih
Antara berikut, siapakah yang tertakluk kepada kewarganegaraan jus soli?
I. rakyat Raja
II. rakyat British
III. rakyat Singapura
IV. rakyat Sabah dan Sarawak
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Apakah yang dilakukan oleh pengganas komunis untuk melumpuhkan ekonomi Tanah Melayu semasa darurat?
Membakar ladang getah.
Mengugut orang ramai.
Memusnahkan rumah penduduk.
membunuh orang ramai
14. Pernyataan berikut berkaitan dengan pasukan keselamatan pada zaman darurat.
Mereka merupakan pasukan Pengawal Kampung. Mereka dipertanggungjawabkan untuk menyekat pergerakan bekalan makanan, maklumat dan ubat-ubatan daripada jatuh ke tangan PKM.
Pasukan keselamatan yang dimaksudkan ialah...
Sarawak Rangers.
Home Guard.
Auxiliary Police.
Special Constables.
15. Apakah slogan yang digunakan oleh Parti Kebangsaan Melayu Malaya?
Melayu Raya
Merdeka dengan Darah
Merdeka
Hidup Melayu-Merdeka
16. "Hidup Melayu"
Slogan di atas digunakan oleh
Parti Kebangsaan Melayu Labuan (PKML)
Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak
Pergerakan Pemuda Melayu (PPM)
United Malays National Organisation (UMNO)
17. Berapakah kerusi yang dimenangi Parti Perikatan di dalam Pilihan Raya MPP 1955?
51 kerusi
50 kerusi
52 kerusi
Tiada
Berapakah bilangan MENTERI BESAR di dalam ahli Majlis Perundangan Persekutuan (MPP) 1955 bagi mewakili negeri ?
11 orang
14 orang
9 orang
3 orang
19.Mengapakah Tunku Abdul Rahman merancang perjalanan rombongan ke Karachi dengan menaiki kapal laut?
Menjimatkan kos perjalanan
Peluang untuk melawat Pakistan
Menggunakan masa perjalanan untuk berbincang
Tiada kemudahan kapal terbang
20. Gambar di atas menunjukkan peristiwa pengumuman tarikh kemerdekaan. Di manakah peristiwa tersebut berlangsung
Dataran Merdeka, Kuala Lumpur
Lapangan Terbang Batu Berendam
Padang Banda Hilir, Melaka
Kepala Batas, Pulau Pinang
21. Lagu kebangsaan negara berasal daripada lagu
Terang Bulan
Tanggal 31
Negaraku
Jalur Gemilang
22.Fasal 1 Perkara 152 dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu menetapkan bahawa
Agama Islam sebagai agama persekutuan
Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan
Hak istimewa orang Melayu terjamin
Kewarganegaraan Persekutuan Tanah Melayu dilonggarkan
23.Apakah takrif kedaulatan dalam Bahasa melayu ?
Kuasa tertinggi negara
Kebebasan negara
Kuasa pemerintahan
Keagungan
Apakah maksud Demokrasi Perparlimen?
Pemerintahan melalui perwakilan
Pemerintahan secara warisan
Pemerintahan secara mutlak
Pemerintahan secara realpolitik
25.Apakah maksud perlembagaan?
Negara berdaulat
Negara merdeka
Undang-undang tertinggi
Negara berwibawa
26. Antara ciri tradisional Perlembagaan Persekutuan adalah...
i. Kesultanan dan pemerintahan beraja
ii. Kedudukan orang Melayu dan bumiputera
iii. Digemari semua
iv. Kuasa seorang konsul
i dan ii
i dan iv
ii dan iii
iii dan iv
27. Apakah yang memperkukuhkan sistem pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka ?
Agama Islam
Perdagangan
Orang Laut
Tun Perak
28. Siapakah yang berkuasa memilih Yang di-Pertuan Agong dan Timbalannya ?
Majlis Raja-Raja
Pilihan Raya Umum
Parlimen
Queen of Elizabeth
Pilih Negeri-Negeri Melayu Bersekutu yang ditubuhkan dalam Persekutuan 1896.
Perlis
Kedah
Perak
Johor
Bunga tersebut dijumpai di Hutan Simpan Royal Belum pada 2003.
Apakah nama bunga tersebut?
Rafflesia azlanii
Rafflesia
Rafflesia Royal Belum
Bunga Orkid
Pada tahun 1951, Sir Malcom MacDonald telah berbincang dengan Dato' Onn Jaafar dan ahli MPP bagi menggabungan Tanah Melayu dengan ___________ dan ________________
i Singapura
ii Perlis
iii Wilayah Borneo
iv Johor
i dan ii
i dan iii
ii dan iii
ii dan iv
32. PESURUHJAYA TINGGI ialah jawatan yang disandang oleh ketua perwakilan negara dalam kalangan negara KOMANWEL.
Apakah JAWATAN yang setara dengan Pesuruhjaya Tinggi kini?
Duta
Perdana Menteri
Presiden
Ketua Menteri
33. Perjanjian Kerjasama Sempadan Memerangi Komunis 1976 antara Malaysia-Thailand dilaksanakan dengan membina _______ dan operasi bersama.
pagar sempadan
periuk api
pagar elektrik
cerucuk besi
34. Bagi memenangi hati dan fikiran rakyat memerangi komunis di Semenanjung, Kerajaan telah melancarkan strategi ________
Counterinsurgency (COIN)
Operasii Hammer
RASCOM
Home Guard
35. Ideologi negara kita dikenali sebagai ________
Rukun Negara
1 Malaysia
Lagu Negaraku
Bunga Raya
36. Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM) dilaksanakan mulai 1989.Kemudian digantikan dengan _________ mulai 2017
KSSM
KBSM
KSSR
KBSR
37. X berfungsi membuka tanah baru secara besar-besaran untuk pertanian, petempatan baru dan melahirkan petani moden
X merujuk kepada ?
FELDA
MARDI
FELCRA
RISDA
Kejayaan Rancangan Malaysia Pertama (1966 - 1970) terbantut akibat peristiwa ?
Konfrontasi Indonesia
Kemelesatan ekonomi dunia
Peristiwa 13 Mei 1969
Singapura keluar dari gagasan Malaysia
39. Zon Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA) diumumkan pada 1992 dalam sidang kemuncak ASEAN di negara ?
Kuala Lumpur
Indonesia
Singapura
Thailand
40.10 tangkai padi dalam logo ASEAN tersebut melambangkan?
10 angka bertuah
10 Negara Asia Tenggara
10 tahun penubuhan ASEAN
10 keistimewaan Asia Tenggara
