NEW
Font size
WorksheetsBiologi Tingkatan 4 Bab 10 (10.1 jenis sistem peredaran)
Total questions: 10
Worksheet time: 9mins
Apakah bahan keperluan sel yang utama diangkut dalam darah?
Karbon dioksida
Nitrogen
Oksigen
Apakah cara bahan diangkut oleh Amoeba sp.?
Osmosis
Resapan ringkas
Sistem pengangkutan khusus
Pengangkutan aktif
Mengapa organisma multisel memerlukan sistem pengangkutan?
Mempunyai nisbah jumlah luas permukaan per isipadu yang kecil
Mempunyai nisbah jumlah luas permukaan per isipadu yang besar
Sel terletak terlalu dekat dengan persekitaran
Sistem peredaran terbuka mengandungi darah yang mengalirkannya ke rongga badan manakala sistem peredaran tertutup mengandungi hemolimfa yang disalurkan ke seluruh badan.
Betul
Salah
Pilih pernyataan yang benar bagi sistem peredaran terbuka bagi serangga.
Mempunyai satu jantung sahaja untuk mengepam hemolimfa melalui salur hemolimfa
Jantung mengecut menyebabkan hemolimfa mengalir keluar dari jantung ke hemoselum
Hemolimfa kembali ke jantung melalui ostium apabila jantung mengecut
Pertukaran bahan berlaku antara hemolimfa dan sel badan secara pengangkutan aktif
Pilih yang manakah tidak terlibat dalam sistem peredaran ikan.
Arteri
Vena
Kapilari peparu
Kapilari sistemik
Sistem peredaran ikan adalah sistem peredaran tunggal manakala sistem peredaran amfibia adalah sistem peredaran ganda dua
Betul
Salah
Berapa dan apakah ruang jantung bagi amfibia?
2 ruang iaitu 1 atrium & 1 ventrikel
3 ruang iaitu atrium kanan, atrium kiri & ventrikel.
3 ruang iaitu ventrikel kanan, ventrikel kiri & atrium.
4 ruang iaitu atrium kanan, atrium kiri, ventrikel kanan dan ventrikel kiri.
Sistem peredaran darah amfibia teribat dengan peredaran pulmonari dan peredaran sistemik manakala sistem peredaran manusia terlibat dengan sistem peredaran pulmokuteneus dan peredaran sistemik
Betul
Salah
Apakah peredaran pulmonari?
Darah beroksigen diangkut dari jantung ke seluruh badan
Darah terdeoksigen diangkut dari jantung ke peparu dan kulit.
Darah beroksigen diangkut dari jantung ke peparu
Darah terdeoksigen diangkut dari jantung ke peparu.
