wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Bahasa Melayu (Jenis-jenis ayat)

Total questions: 25

Worksheet time: 13mins

Name
Class
Date
1.

Nyatakan jenis ayat di bawah.


Mangsa kemalangan itu telah dibawa ke hospital.

a)

Ayat penyata

b)

Ayat seruan

c)

Ayat tanya

d)

Ayat perintah

2.

Tuliskan jenis ayat di bawah.


Leornardo Da Vinci merupakan pelukis potret Monalisa.

(a)  

3.

Tuliskan jenis ayat perintah di bawah.


"Jangan bermain di tengah panas, nanti demam,'"kata ibu kepada Razlan.

(a)  

4.

Klik pada jawapan yang betul. (Anda boleh memilih lebih daripada satu atau dua jawapan)


Ayat Perintah terdiri daripada

a)

Ayat larangan

b)

Ayat silaan

c)

Ayat permintaan

d)

Ayat suruhan

5.

Apakah jenis ayat seperti penerangan di bawah.


Melahirkan perasaan dan ayatnya diakhiri dengan tanda seru ( ! )

(a)  

6.

Berikut merupakan jenis-jenis ayat. Klik pada ayat yang menunjukkan Ayat Tanya.

a)

Mengapakah manusia sering mengabaikan kebersihan?

b)

Syabas, engkau telah menang!

c)

Tolong selesaikan tugasan ini.

d)

Dengan siapakah anak En. Malik berkahwin?

7.

Bilakah kamu akan bertolak pulang ke kampung datuk dan nenek kamu Aiman?

a)

Ayat seruan

b)

Ayat tanya

c)

Ayat permintaan

d)

Ayat penyata

8.

Oh! buku saya tertinggal di rumah.

(a)  

9.

Ayat penyata ialah.....

a)

A. Ayat yang digunakan untuk menanyakan sesuatu hal.

b)

B.Ayat yang menceritakan sesuatu hal atau memberitahu tentang sesuatu hal.

c)

C.Ayat yang digunakan untuk menyuruh seseorang melakukan sesuatu

d)

D.Ayat seruan diucapkan untuk melahirkan perasaan seperti takut, marah, hairan, dan terkejut, sakit, hairan dan sebagainya

10.

Tentukan jenis ayat tanya dibawah.

Siapakah nama bapa kamu ?

a)

A. Ayat tanya dengan kata tanya

b)

B. Ayat tanya tanpa kata tanya

11.

Ayat perintah terbahagi kepada 4 jenis. Antara berikut, yang manakah bukan tergolong dalam aya perintah.

a)

A.Ayat Permintaan

b)

B.Ayat Larangan

c)

C. Ayat pujukan

d)

D.Ayat Suruhan

12.

Tentukan jenis ayat perintah dibawah.

Minta hadirin semua bergerak ke bilik jamuan.

a)

A. Ayat larangan

b)

B. Ayat silaan

c)

C. Ayat permintaan

d)

D. Ayat suruhan

13.

Tentukan jenis ayat perintah dibawah.

Usahlah menangis lagi.

a)

A. Ayat permintaan

b)

B. Ayat silaan

c)

C. Ayat larangan

d)

D. Ayat suruhan

14.

Pilih penyataan dibawah yang tergolong dalam jenis ayat silaan.

i.Datanglah ke rumah saya.

ii.Turunlah dari sini sekarang juga.

iii.Jemputlah menikmati kuih ini.

iv.Oh, dia sudah pergi ke sekolah !

a)

A. i,ii,iii sahaja.

b)

B.i dan ii sahaja.

c)

C. i dan iii sahaja.

d)

D.i,ii,iii dan iv

15.

Tentukan jenis ayat bagi penyataan dibawah.

i. Puan Rusiah berasal dari utara semenanjung.

ii.Rosli sanggup memutuskan persahabatannya dengan Meor kerana berebut jawatan sebagai Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Bukit Tinggi.

a)

A. Ayat perintah

b)

B. Ayat seruan

c)

C.Ayat penyata

d)

D. Ayat permintaan

16.

Antara penyataan dibawah, yang manakah merupakan ayat tanya tanpa kata tanya.

i.Istana di atas bukit itu cantik?

ii.Bilakah acara penutupan majlis Kejohanan Olahraga Sekolah akan diadakan?

iii.Sekarang jugakah ayah hendak membaca akhbar semalam?

iv. Projek pembinaan rumah kos rendah akan dimulakan bila?

a)

A. i dan ii sahaja

b)

B. i dan iii sahaja

c)

C. ii,iii dan iv sahaja

d)

D.i,ii dan iv sahaja

17.

Plih ayat seruan

a)

a) Rumah Ali yang mempunyai reka bentuk konsep Bali itu terletak di tepi Pantai Lido

b)

b) Mana restoran makanan laut yang terkenal di Klang?

c)

c) Wah, cantik sungguh bilik pejabat awak !

d)

d) Mereka mula berasa bosan tinggal di rumah selepas dua minggu Perintah kawalan pergerakan diadakan.

18.

Pilih ayat penyata

a)

a) Semua pelajar di seluruh Malaysia tidak hadir ke sekolah sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan

b)

b) "Mengapakah awak tidak mahu tinggal di rumah sahaja ? tanya Sarjan Ali kepada Faiq.

c)

c) " Jangan buka peti ais itu berulang kali", tegah mak Kiah kepada anak-anaknya

d)

d) "kita semua mesti bersabar saat menghadapi dugaan sebegini".Nasihat Ustaz Ebit Wong.

19.

Yang berikut merupakan ayat permintaan kecuali

a)

a) Minta tuan puan memastikan telefon bimbit masing-masing dalam mood senyap

b)

b) Tolong isikan borang ini dengan pen hitam

c)

c) Mohon beredar segera kerana premis ini akan ditutup

d)

d) Minta jangan datang lagi ke tempat ini

20.

............................... beratur semasa membeli makanan di kantin.

a)

a) Minta

b)

b) Jangan

c)

c) Sila

d)

d) Jemput

21.

Pllih ayat-ayat yang betul

a)

Cis, engkau rupanya!

b)

Amboi, cantik sungguh awak hari ini!

c)

Wah, besarnya rumah awak!

d)

Syabas, kamu telah berjaya!

22.

Isikan ruang kosong dengan kata tanya yang sesuai

Beg tangan ini diperbuat daripada kulit (a)   ?

23.

Isikan ruang kosong dengan kata seruan.

(a)   , saya terlupa membawa buku teks !

24.

isikan ruang kosong dengan kata seru yang sesuai

(a)   ,terimalah habuan daripadaku!

25.

Pilih ayat penyata

a)

a) Semua pelajar di seluruh Malaysia tidak hadir ke sekolah sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan

b)

b) "Mengapakah awak tidak mahu tinggal di rumah sahaja ? tanya Sarjan Ali kepada Faiq.

c)

c) " Jangan buka peti ais itu berulang kali", tegah mak Kiah kepada anak-anaknya

d)

d) "kita semua mesti bersabar saat menghadapi dugaan sebegini".Nasihat Ustaz Ebit Wong.