Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Latih Tubi Perniagaan - 2

Total questions: 30

Worksheet time: 23mins

Name
Class
Date
1.

APAKAH MAKSUD PERNIAGAAN?

a)

URUSNIAGA JUAL BELI BARANG ATAU PERKHIDMATAN YANG MELIBATKAN KEUNTUNGAN.

b)

URUSNIAGA JUAL BELI BARANG ATAU PERKHIDMATAN SECARA MEMBUTA TULI TANPA MENGIRA KEUNTUNGAN.

2.

Pernyataan manakah merupakan tujuan penubuhan Kedai Runcit Sham?

a)

Menyediakan perkhidmatan secara percuma

b)

Memaksimumkan keuntungan

c)

Menawarkan perkhidmatan pada harga kos

d)

Menawarkan perkhidmatan di bawah harga kos

3.

Maklumat berikut berkaitan dengan ciri sejenis milikan perniagaan

* Modal diperoleh daripada simpanan

*pemilik sendiri Pemilik sendiri yang mengurus

perniagaan

Apakah jenis milikan perniagaan tersebut ?

a)

Milikan Tunggal

b)

Perkongsian

c)

Syarikat

d)

Koperasi

4.

Rajah berikut menunjukkan perubahan bentuk milikan perniagaan.


Butik Afieq Butik Afieqa dan Ajeera

Diubah kepada


Mengapakah Afieqa mengambil tindakan tersebut?

I. Perniagaan berterusan

II. Menanggung liabiliti terhad

III. Dapat berkongsi kepakaran

IV. Mengumpul modal lebih besar


a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

5.

Antara yang berikut, manakah kelebihan perniagaan bersaiz kecil?

I Kos overhed yang rendah

II Menikmati kos pengeluaran yang rendah

III Mudah untuk mengubah strategi perniagaan

IV Mudah untuk mendapatkan pekerja yang mahir

a)

I dan III

b)

II dan III

c)

I dan IV

d)

II dan IV

6.

Maklumat di bawah berkaitan dengan Encik Hasan, pengusaha kilang keropok.

Encik Hasan adalah seorang pengusaha kilang

keropok di Besut, Terengganu. Beliau menghasilkan pelbagai jenis keropok yang diedarkan melalui para pemborong. Beliau menggaji seramai 15 orang pekerja tetap di kilangnya. Pada puratanya, hasil jualan tahunan adalah sebanyak RM750, 000.

Klasifikasikan saiz perniagaan Encik Hasan mengikut saiz dan sektor

a)

kecil

Perkilangan

b)

Kecil

pembinaan

c)

sederhana

Perkilangan

d)

besar

perkhidmatan

7.

Maklumat di bawah ini berkaitan dengan satu bentuk perniagaan

· Perniagaan dikendalikan mengikut sistem piawaian yang ditetapkan oleh pemegang hak sesuatu jenama

· Peniaga tidak boleh melakukan sebarang inovasi tanpa kebenaran pemegang hak

a)

Kontrak Pengeluaran

b)

Usaha sama

c)

Syarikat Sendirian berhad

d)

Francais

8.

Antara yang berikut, manakah kelebihan perkongsian liabiliti terhad (PLT) berbanding dengan perkongsian berhad?

I Mudah diuruskan

II Mudah ditubuhkan

III Hayat Perkongsian berterusan

IV semua rakan kongsi mempunyai tanggungan terhad

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan IV

d)

III dan IV

9.

Maklumat berikut berkaitan dengan kilang roti


Kilang Roti Fatimah menjalankan pengeluaran secara intensif buruh.Ia dikategori sebagai perniagaan saiz sederhana kerana memiliki saiz buruh yang ramai.

Kriteria diatas merujuk kepada

a)

Syer pasaran

b)

Bilangan buruh

c)

Jumlah modal

d)

Jumlah jualan tahunan

10.

Antara berikut, pilih kelebihan kepada peniaga yang menjalankan perniagaan secara usaha sama.

I Dapat berkongsi kepakaran dan modal

II Semua aset akan diserapkan dalam perniagaan baru

III Risiko perniagan dapat dikongsi bersama

IV Dapat meningkatkan pengeluaran

a)

I, II dan III

b)

I, II dan IV

c)

I, III dan IV

d)

II, III dan IV

11.

Pasangan manakah yang benar mengenai perniagaan bersaiz besar yang terlibat dalam sektor perkhidmatan?

a)

Jumlah jualan tahunan: RM300,000 hingga kurang daripada 3juta

Bil pekerja tetap: 5 hingga kurang daripada 30

b)

Jumlah jualan tahunan: 2 juta ke atas

Bil pekerja tetap : 75 orang hingga 200 orang

c)

Jumlah jualan tahunan:RM3 juta hingga kurang daripada

20 juta

Bil pekerja tetap : Antara 30 hingga 75 orang

d)

Jumlah jualan tahunan :RM3 juta hingga kurang daripada 20 juta

Bil pekerja tetap :Antara 75 hingga 200 orang

12.

Maklumat berikut menunjukkan contoh aktiviti-aktiviti sektor perniagaan

X: Perlombongan Petroleum

Y: Pengangkutan gas cecair

Klasifikasi sektor manakah yang tepat?

a)

X- Sektor Utama, Y- Sektor kedua

b)

X- Sektor Ketiga, Y- Sektor kedua

c)

X- Sektor Utama, Y- Sektor Ketiga

d)

X- Sektor Ketiga, Y- Sektor kedua

13.

Maklumat berikut berkaitan dengan contoh aktiviti sebuah sektor perniagaan


Sektor X - Memproses kayu balak

menjadi papan

- Memasang papan menjadi

perabot

Apakah ciri sektor di tersebut?

a)

Mengeluarkan sumber semula jadi

b)

Memberikan khidmat langsung kepada pengguna

c)

Membekalkan barang terus kepada pengguna

d)

Melibatkan aktiviti pembekalan tenaga

14.

Maklumat berikut berkaitan sektor perniagaan.

- Sektor primer

- Sektor sekunder

- Sektor tertier


Apakah bidang pekerjaan yang boleh dikategorikan dalam sektor tertier?

a)

Doktor

b)

Buruh binaan

c)

Penternak ayam

d)

Peladang

15.

Gambar 1

Gambar 1 menunjukkan aktiviti sektor yang penting dalam membekalkan sumber kepada ekonomi Negara.

Sektor manakah yang mengeluarkan bahan mentah berdasarkan gambar tersebut untuk kegunaan sektor kedua?

a)

Sektor Sekunder

b)

Sektor Kedua

c)

Sektor Ketiga

d)

Sektor Utama

16.

Aktiviti yang manakah terlibat dalam sektor sekunder?

a)

Ahmad menjual insuran kemalangan

b)

Syahmi Sazli menternak udang galah

c)

Razin menyediakan perkhidmatan hotel kucing

d)

Mustafa memproses madu kelulut dijadikan sabun mandi

17.

Aktiviti perniagaan dibahagikan kepada aktiviti berasaskan barang dan perkhidmatan. Antara yang berikut, yang manakah merupakan aktiviti berasaskan perkhidmatan?

a)

Pembuatan

b)

Pengilangan

c)

Pembinaan

d)

Pengangkutan

18.

Antara berikut, yang manakah aktiviti yang tergolong dalam sektor utama?

I Peruncitan

II Pembinaan

III Pembalakan

IV Perlombongan

a)

I dan II

b)

II dan III

c)

III dan IV

d)

I dan IV

19.

Aktiviti perniagaan dapat dibahagikan kepada aktiviti berasaskan barang dan perkhidmatan. Antara yang berikut, yang manakah merupakan aktiviti berasakan perkhidmatan?

a)

Pembuatan

b)

Penternakan

c)

Pemasangan

d)

Pengangkutan

20.

Pihak manakah yang terlibat dalam sektor primer?

a)

Encik John ialah peniaga runcit

b)

Puan Rima ialah pemilik kilang roti

c)

Encik Sam ialah penoreh getah

d)

Encik John menyediakan perkhidmatan pengangkutan

21.

Gambar 2

Gambar 2 menunjukkan aktiviti yang dijalankan oleh Encik Amir.

Apakah sektor perniagaan yang diceburi oleh Encik Amir?

a)

Sektor Utama

b)

Sektor Kedua

c)

Sektor Tertier

d)

Sektor Sekunder

22.

Perniagaan Ahmad Travel and Tours menjalankan perniagaan di Bandar Kulai.

Apakah pengkelasan perniagaan tersebut?

a)

Sektor Pertama

b)

Sektor Utama

c)

Sektor Sekunder

d)

Sektor Tertier

23.

Antara yang berikut, pernyataan yang manakah berkaitan dengan sektor ketiga?

I Melibatkan aktiviti peruncit dan pemborong

II Melibatkan aktiviti membekalkan perkhidmatan

III Merupakan penyumbang terbesar kepada KDNK negara

IV Pengekstrakan sumber semula jadi merupakan aktiviti utama

a)

I dan II

b)

II dan III

c)

III dan IV

d)

I dan iv

24.
Apakah yang dimaksudkan dengan guna tenaga?
a)
Pekerja yang menyumbangkan tenaga untuk mengeluarkan produk
b)
Pekerja yang bekerja untuk mendapatkan sesuatu yang diingini
c)
Pekerja yang menyumbangkan tenaga fizikal dan mental dalam sesuatu pekerjaan
d)
Pekerja yang berkerja untuk mendapatkan pendapatan isi rumah
25.
Fokus penggunaan tenaga kerja untuk pembangunan negara adalah penekanan tenaga kerja dalam sektor __________ & ___________.
a)
Pengeluaran & Penyelidikan
b)
Penyelidikan & Penghasilan
c)
Perkhidmatan & Pengeluaran
d)
Profesional & Penyelidikan
26.
Perubahan dalam tenaga kerja berlaku seiring dengan perkembangan ___________. 
a)
Ekonomi
b)
Teknologi
c)
Pendapatan
d)
Trend
27.
Berikut adalah faktor dalaman yang menyebabkan berlaku trend meningkat KECUALI...
a)
Pengurusan Cekap & Sistematik
b)
Modal Kewangan Banyak
c)
Pekerja Bermotivasi Tinggi & Berdisiplin
d)
Penawaran Barang/ Perkhidmatan Lebih Banyak
28.
Antara faktor luaran yang menyebabkan berlaku trend menurun ialah...
a)
Pendapatan Isi Rumah yang Rendah
b)
Pelabur Asing Tidak Membuat Pelaburan
c)
Kadar Pengangguran Terlalu Tinggi
d)
Sistem Perundangan yang Tidak Stabil
29.
Peniaga perlu meningkatkan daya saing dan membuat penambahbaikan pada barang dan perkhidmatan masing-masing sekiranya tidak imahu terus berada dalam keadaan....
a)
Pasaran Statik
b)
Pasaran Tepu
c)
Pasaran Dominan
d)
Pasaran Asing
30.

Manakah antara berikut yang merupakan contoh perniagaan OBBU?

a)

Majlis Kanser Negara (MAKNA)

b)

Koperasi SMK Taman Seri Kluang

c)

Kedai Runcit Ja Hwa

d)

Klinik Kluang