NEW
Font size
WorksheetsBAB 4 HABA
Total questions: 20
Worksheet time: 11mins
Rajah menunjukkan semangkuk sup panas dan segelas minuman ringan berais di dalam kotak berpenebat. Pernyataan manakah yang menerangkan dengan betul keputusan selepas beberapa jam?
Sup panas kekal panas
Minuman ringan berais memindahkan haba kepada sup panas
Muatan haba sup panas berkurang tetapi muatan haba minuman ringan berais bertambah
Kedua-dua sup panas dan minuman ringan mencapai kesimbangan terma
Kepekaan termometer alkohol-dalam-kaca boleh ditingkatkan dengan
mengurangkan saiz bebuli
mengurangkan panjang termometer itu
mengurangkan diameter tiub kapilari
mengurangkan isipadu alkohol
Rajah menunjukkan air panas yang ditambahkan kepada air sejuk. Pernyataan manakah benar mengenai pemindahan haba? [Andaikan bahawa sistem tersebut adalah tertutup]
Haba yang hilang daripada air panas sama dengan haba yang diperolehi air sejuk
Haba yang hilang daripada air panas lebih daripada haba yang diperolehi air sejuk
Haba yang hilang daripada air panas kurang daripada haba yang diperolehi air sejuk
Rajah menunjukkan dua objek dengan suhu yang berbeza berada dalam sentuhan terma. Pernyataan manakah yang betul apabila keseimbangan terma dicapai?
Suhu objek A adalah lebih rendah daripada suhu objek B
Suhu objek A adalah lebih tinggi daripada suhu objek B
Suhu objek B tidak berubah
Suhu objek A adalah sama dengan suhu objek B
Muatan haba tentu sesuatu bahan ialah
jumlah tenaga haba yang diperlukan untuk menaikkan suhu 1 kg bahan itu tanpa mengubah keadaannya
jumlah tenaga haba yang diperlukan untuk menaikkan suhu 1 kg bahan itu sebanyak
1°Cjumlah haba yang disimpan oleh 1 kg bahan itu apabila suhu jatuh sebanyak 1°C
jumlah haba yang hilang ke persekitaran apabila 1 kg bahan itu berubah keadaan
Muatan haba tentu aluminium lebih tinggi daripada muatan haba tentu kuprum. Apakah yang akan berlaku jika kedua-dua logam itu yang berjisim sama dibekalkan dengan jumlah haba yang sama?
Kadar peningkatan suhu bagi aluminium lebih tinggi
Aluminum akan mengembang lebih banyak daripada kuprum
Kuprum akan panas lebih cepat
Kuprum akan mengembang lebih cepat daripada aluminium
1.5 kg air disejukkan dari suhu 80°C sehingga 30°C . Cari jumlah tenaga haba yang hilang daripada air itu. [Muatan haba tentu air = 4200 Jkg−1°C−1 ]
189 kJ
315 kJ
504 kJ
680 kJ
Rajah menunjukkan air teh dengan kuantiti yang sama pada 100°C dituang ke dalam dua bekas X dan Y yang diperbuat daripada bahan yang berlainan. Air teh menyejuk lebih cepat di dalam Y berbanding di dalam X. Konsep manakah yang menerangkan situasi itu?
Muatan haba seramik lebih besar daripada muatan haba aluminium
Muatan haba aluminum lebih besar daripada muatan haba air
Muatan haba seramik lebih besar daripada muatan haba air
Muatan haba aluminium lebih besar daripada muatan haba seramik
Dua cecair dengan isipadu yang sama X dan Y dipanaskan serentak dengan pemanas-pemanas yang serupa. Selepas 10 minit suhu cecair Y adalah lebih tinggi daripada cecair X. Perbandingan manakah adalah betul?
Muatan haba tentu X > Muatan haba tentu Y
Muatan haba tentu X < Muatan haba tentu Y
Haba pendam tentu X > Haba pendam tentu Y
Haba pendam tentu X < Haba pendam tentu Y
Rajah menunjukkan suatu cecair dipanaskan menggunakan pemanas elektrik selama 5 minit. Suhu cecair akan meningkat lebih lambat dengan
menggunakan cecair yang mempunyai haba pendam tentu yang lebih besar
menambahkan masa pemanasan
mengurangkan jisim cecair
menggunakan cecair yang mempunyai muatan haba tentu yang lebih besar
Mengapakah stim mengakibatkan luka terbakar lebih teruk daripada air mendidih?
Haba pendam tentu stim yang lebih tinggi
Muatan haba tentu stim yang lebih tinggi
Suhu stim lebih tinggi daripada suhu air mendidih
Molekul stim bergerak lebih laju dan menghentam kulit lebih kuat
Satu pepejal berjisim 0.3 kg dipanaskan oleh pemanas elektrik 200 W. Graf suhu-masa bagi proses ini ditunjukkan dalam rajah. Hitung haba pendam tentu pelakuran pepejal itu.
4.36 x 103 Jkg−1
9.44 x 103 Jkg−1
8.33 x 104 Jkg−1
2.00 x 105 Jkg−1
Fenomena manakah yang menunjukkan aplikasi haba pendam pelakuran dalam kehidupan harian?
Mengukus ikan
Menyejukkan enjin kereta
Mengawet makanan dengan bongkah ais yang sedang melebur
Mengambil bacaan suhu daripada termometer merkuri
Sebuah kanister gas mengandungi gas pada tekanan p Nm−2 . Pada suhu malar, tekanan gas itu tidak berubah kerana
saiz molekul gas itu kekal tidak berubah
molekul gas itu bergerak pada halaju purata yang malar
dinding kanister gas itu sangat kuat
Tekanan udara di dalam tayar sebuah kereta ialah 210 kPa pada suhu 27°C . Berapakah tekanan di dalam tayar tersebut pada suhu 47°C ? [Anggap isipadu udara dalam tayar adalah tetap]
153 kPa
203 kPa
217 kPa
224 kPa
Hukum Charles menyatakan bahawa apabila tekanan suatu gas adalah malar isipadu gas adalah berkadar terus dengan suhu mutlaknya untuk suatu gas berjisim tetap. Graf manakah yang mewakili hubungan antara isipadu V dengan suhu mutlak T?
A
B
C
D
Tindakan manakah tidak dapat meningkatkan kadar penyejatan air daripada sebuah besen?
Meningkatkan luas permukaan air
Meningkatkan suhu air
Menambah lebih banyak air di dalam besen
Mengipas angin di atas permukaan air
Pada kedalaman 10m, air mengenakan tekanan yang sama dengan tekanan atmosfera. Satu gelembung udara naik ke permukaan kolam dari kedalaman 30m. Apabila gelembung sampai ke permukaan, isi padunya ialah
6.0 cm3 . Berapakah isi padu awal gelembung tersebut?1.5 cm3
2.0 cm3
18.0 cm3
24.0 cm3
Sebelum satu perjalanan yang jauh, tayar kereta mempunyai tekanan udara 230 kPa pada suhu 27°C . Setelah perjalanan itu, tekanan udara dalam tayar ialah 238 kPa. Berapakah suhu udara dalam tayar selepas perjalanan itu?
26.1 °C
27.9 °C
37.4 °C
43.9 °C
Air panas pada 100°C ditambah ke 100 g kiub ais pada 0°C . Berapakah jisim minimum air panas diperlukan untuk mencairkan kiub ais? [ Muatan haba tentu air, cair= 4.2 J g−1 °C−1, Haba tentu pelakuran ais, lf=334 J g−1 ]
13 g
40 g
80 g
126 g
