NEW
Font size
WorksheetsPEP PERTENGAHAN TAHUN 2021 PSV TING 3IH
Total questions: 50
Worksheet time: 2hrs 40mins
Apakah jenis pakaian tradisional Melayu tersebut?
A. Baju Melayu cekak musang
B. Baju Melayu teluk belanga
C. Baju Melayu cheongsam
D. Baju Melayu kurta
Kain samping biasanya digayakan dengan pelbagai cara. Sekiranya kain samping dimasukkan ke dalam baju, gaya ini dipanggil __________.
A. dagang songket
B. dagang luar
C. dagang dalam
D. dagang bebas
Wanita Melayu sering menggunakan perhiasan diri di kepala bagi tujuan kecantikan. Antara yang berikut, yang manakah perhiasan diri di kepala masyarakat Melayu tradisional bagi golongan wanita?
I Sangul lintang
II Cucuk sangul
III Gendik
IV Cekak
A. I, II, dan III
B. I, II, dan IV
C. I, III, dan IV
D. II, III, dan IV
Kain pua kumbu di bawah menggunakan motif __________ sebagai hiasannya.
A. flora
B. fauna
C. arabes
D. geometri
__________ diperbuat daripada lembaran kain putih yang panjang. Kain tersebut dililit di bahagian pinggang dan diikat pada celah paha dan diletakkan di atas bahu.
A. Sari
B. Cheongsam
C. Sam foo
D. Dhoti
Penghasilan karya lukisan biasanya dimulakan dengan proses melakar. Media manakah yang paling sesuai untuk membuat lakaran?
A. Pensel warna
B. Pensel 8B
C. Pensel H
D. Kapur
Tetingkap di bawah bertujuan untuk __________.
A. menjadikan lukisan lebih cantik
B. memudahkan mencari perspektif
C. memberi tumpuan kepada kedalaman objek
D. mencari fokus menarik dalam berkarya
Lukisan di bawah menggunakan teknik lukisan __________.
A. satu titik lenyap
B. dua titik lenyap
C. tiga titik lenyap
D. empat titik lenyap
Pilih pengkarya beserta tajuk dengan betul.
A. Dzulkifli Buyung – Kelambu
B. Dzulkefli Buyung – Berkhemah
C. Zulkifli Mohd. Dahalan – Kelambu
D. Zulkifli Mohd. Dahalan – Berkhemah
Adobe Photoshop, Corel Painter, Manga Studio dan Paint Tool Sai sangat sinonim dengan __________.
A. perisian komputer yang boleh menghasilkan lukisan binaan
B. perisian komputer yang boleh mempercepatkan kerja melukis
C. perisian komputer yang boleh melukis secara automatik
D. perisian komputer yang boleh membantu menghasilkan lukisan digital
Media catan __________ boleh menggunakan kuning telur sebagai pengilat.
A. air
B. tempera
C. minyak
D. akrilik
Teknik catan ini dimulakan dengan warna gelap kemudian barulah dilapis dengan warna cerah secara terkawal.
Apakah teknik tersebut?
A. Scumbling
B. Impasto
C. Alla prima
D. Hard edge
Pelukis ini mempelopori catan menggunakan teknik batik dan menampilkan identiti masyarakat di Malaysia.
Siapakah pelukis tersebut?
A. Khalil Ibrahim
B. Syed Ahmad Jamal
C. Chuah Thean Teng
D. Hoessein Enas
Semasa menghasilkan catan, anda boleh meninggalkan kawasan kanvas agar tidak terkena warna.
Apakah teknik tersebut?
A. Basah atas kering
B. Open masking
C. Hard edge
D. Glazing
Catan air di bawah dihasilkan oleh seorang pelukis yang dikenali sebagai bapa cat air Malaysia.
Siapakah pelukis catan tersebut?
A. Yong Mun Seng
B. Abd. Ghani Ahmad
C. Sulaiman Esa
D. Raja Shahriman
Apakah jenis arca tersebut?
A. Arca estetik
B. Arca stabail
C. Arca berfungsi
D. Arca perwira
Arca __________ dicantum pada bahagian-bahagian tertentu, digantung dan boleh bergerak.
A. binaan
B. asemblaj
C. stabail
D. mobail
Arca di bawah bertajuk Keris dihasilkan pada 1987 di Kuala Lumpur.
Siapakah pengarca tersebut?
A. Latiff Mohidin
B. Anthony Lau
C. Syed Ahmad Jamal
D. Raja Shahriman Raja Aziddin
Antara yang berikut, yang manakah alat dan bahan untuk menghasilkan arca acuan?
I Air
II Rumput
III Plaster of paris
IV Sarung tangan getah
A. I, II, dan III
B. I, II, dan IV
C. I, III, dan IV
D. II, III, dan IV
Sekiranya arca di bawah ini ditempatkan di luar banguan pejabat, lazimnya arca tersebut membawa maksud __________.
A. kekayaan
B. kekuasaan
C. kebijaksanaan
D. kepantasan
Apakah fungsi seni reka bentuk landskap?
A. Kawalan alam sekitar
B. Mengurangkan hakisan tanah
C. Memelihara tumbuhan dan haiwan
D. Menjaga keselamatan dan kesihatan
Berpandukan gambar di bawah.
Gazebo sesuai ditempatkan di kawasan __________.
A
B
C
D
Bahagian D sesuai untuk __________.
A. pokok tutup bumi
B. pokok renek
C. pergola
D. batu pejalan kaki
Landskap dalam gambar di bawah berkonsepkan taman __________.
A. Bali
B. Cina
C. Melayu
D. Jepun
Gambar di bawah menunjukkan landskap berkonsepkan __________.
A. Bali
B. Inggeris
C. Jepun
D. Amerika
Tumbuhan yang sesuai ditanam pada landskap berkonsepkan Bali ialah __________.
Antara yang berikut, yang manakah faktor penting dalam hiasan dalaman?
I Peredaran udara
II Susunan perabot
III Jumlah pencahayaan
IV Kuantiti dan harga perabot
A. I, II, dan III
B. I, II, dan IV
C. I, III, dan IV
D. II, III, dan IV
Ruang tamu dalam gambar di bawah berkonsepkan __________.
A. Klasik
B. Moden
C. Inggeris
D. Melayu
Ruang dapur ini menggunakan warna hitam dan putih manakala kebanyakan hiasan bersadur crome.
Apakah konsep hiasan dalaman tersebut?
A. Klasik
B. Melayu
C. Inggeris
D. Moden
Unsur seni yang paling ketara pada ruang ini ialah __________.
A. jalinan
B. garisan
C. bentuk
D. warna
Apakah kesilapan yang terdapat dalam gambar ruang tamu di bawah?
A. Kurang pencahayaan
B. Warna yang tidak harmoni
C. Elemen hiasan terlalu padat
D. Susunan perabot terlalu padat
Apakah pandangan yang terdapat dalam lukisan ruang di bawah?
A. Perspektif satu titik lenyap
B. Perspektif dua titik lenyap
C. Perspektif tiga titik lenyap
D. Perspektif pandangan setara
Di manakah tempat yang sesuai untuk hiasan dinding di bawah?
A. Bilik anak lelaki
B. Ruang rehat
C. Ruang tamu
D. Bilik tidur utama
Antara yang berikut, yang manakah kepentingan reka bentuk industri dalam kehidupan seharian?
I Memastikan produk berfungsi dengan baik
II Memastikan produk selamat digunakan
III Memastikan produk boleh dipasarkan
IV Memastikan produk tidak menarik perhatian
A. I, II, dan III
B. I, II, dan III
C. I, III, dan IV
D. II, III, dan IV
Antara yang berikut, yang manakah idea untuk menghasilkan reka bentuk industri?
I Rekaan baharu
II Rekaan peniruan
III Pengubahsuaian
IV Mengolah rekaan lama
A. I, II, dan III
B. I, II, dan III
C. I, III, dan IV
D. II, III, dan IV
Apakah yang perlu dilakukan oleh pereka sebelum menghasilkan protaip model?
A. Menentukan masalah
B. Membincangkan persembahan
C. Menghasilkan lukisan 3D
D. Menghasilkan lukisan perspektif
Model sesuatu reka bentuk industri boleh dihasilkan dengan menggunakan bahan berikut kecuali __________.
A. aluminium
B. tanah liat
C. polisterin
D. plaster of Paris
Seni tekat juga dikenal sebagai __________.
A. tekat serangkai
B. tekat bersuji
C. tekat cuban
D. tekat beruji
Apakah jenis alatan tersebut?
A. Cuban
B. Tapak tebuk
C. Mempulur
D. Pemidang
Apakah nama bahagian X?
A. Palang
B. Cuban
C. Kemaga
D. Sangga
Bahagian manakah yang tidak perlu ditekat dengan benang emas semasa proses menekat dijalankan?
A. I
B. II
C. III
D. IV
Antara yang berikut, yang manakah tergolong dalam seni tekat tradisional di negara kita?
I Tekat gubah
II Tekat perada
III Tekat bertingkah
IV Tekat timbul benang emas
A. I, II, dan III
B. I, II, dan IV
C. I, III, dan IV
D. II, III, dan IV
Apakah gelaran kepada individu yang menghasilkan tekat?
A. Tukang sebu
B. Tukang jahit
C. Tukang gubah
D. Tukang suji
Apakah motif yang terdapat pada anyaman?
A. Gadas
B. Kelarai
C. Tekat
D. Sulaman
Mengapakah proses menganyam perlu dilakukan pada sebelah pagi atau malam?
A. Daun-daun lebih lembut dan mudah dibentuk
B. Masa tersebut agak santai dan menyenangkan
C. Mengelakkan daripada mengganggu tugasan harian yang lain
D. Daun-daun akan meregang dan menghasilkan anyaman yang kemas
Alat anyaman ini biasanya diperbuat daripada buluh serta tirus dan serong di bahagian hujungnya.
Apakah jenis alat tersebut?
A. Peraut
B. Pelurut
C. Jangka
D. Penyisip
Apakah tujuan bilah-bilah anyaman yang telah dilurut akan direndam selama dua hari?
A. Melunturkan warna asal daun
B. Menjadikan dauh lebih liat dan kukuh
C. Melembabkan daun dan mudah untuk dianyam
D. Menghilangkan duri-duri yang berlebihan pada daun
Berikut merupakan antara tokoh yang mencipta motif kelarai kecuali __________.
A. Puan Aminah binti Ali
B. Dayang Aisah binti Awang Husin
C. Cik Siah binti Jumaat
D. Wan Aisah bt Ghani
Bilah anyaman yang diwarnakan secara tradisional menggunakan bahan alami.
Antara yang berikut, yang manakah bahan sesuai untuk dijadikan sebagai pewarna?
I Kunyit
II Halia
III Mengkudu
IV Buah kesumbu India
A. I, II, dan III
B. I, II, dan IV
C. I, III, dan IV
D. II, III, dan IV
Apakah kelarai yang terdapat dalam gambar di bawah?
A. Kelarai empat sebilik
B. Kelarai bunga pecah lapan
C. Kelarai bulan bertemu bucu
D. Kelarai bunga cinta
