Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

[SN T2] 9.4 Penyerapan dan Pembebasan Haba

Total questions: 13

Worksheet time: 7mins

Name
Class
Date
1.

Keupayaan suatu objek untuk menyerap dan membebaskan haba bergantung pada:

a)

jenis permukaan

b)

warna permukaan

c)

luas permukaan

d)

bentuk permukaan

2.

Kereta berwarna gelap menyerap dan membebaskan haba lebih baik daripada kereta berwarna putih.

a)

Benar

b)

Palsu

3.

Konsep Bangunan Hijau ialah

a)

idea untuk mengurangkan kesan terhadap alam sekitar dan kesihatan manusia akibat kepesatan pembangunan

b)

konsep mewarnakan bangunan dengan corak alam sekitar

c)

menanam pokok dan tumbuh-tumbuhan di dalam dan luar bangunan

d)

membina bangunan yang mempunyai tingkap kaca

4.

Berikut merupakan ciri-ciri Bangunan Hijau, KECUALI

a)

mempunyai kecekapan tenaga yang tinggi melalui penggunaan tenaga solar

b)

mempunyai sistem pengaliran air, peredaran udara dan pencahayaan yang baik

c)

penggunaan bahan-bahan kitar semula.

d)

mengecat keseluruhan bangunan dengan warna hijau

5.

Apakah kelebihan memakai baju berwarna cerah semasa cuaca panas?

a)

kurang panas kerana baju berwarna cerah kurang menyerap haba

b)

nampak lebih bergaya

c)

lebih sejuk kerana baju berwarna cerah boleh memantulkan cahaya

d)

mengelakkan daripada terkena sinaran UV

6.

Mengapakah kebanyakan kuali berwarna hitam?

a)

Kuali hitam lebih kuat dan tahan lama.

b)

Kuali hitam penebat haba lebih baik daripada kuali berkilat.

c)

Kuali hitam menyerap lebih banyak haba.

d)

Kuali hitam membebaskan lebih banyak haba.

7.

Mengapakah lori tangki membawa bahan api bewarna cerah?

a)

mudah dilihat waktu malam

b)

mudah dilihat waktu jerebu

c)

sukar menyerap haba persekitaran

d)

sukar memantulkan cahaya

8.

Objek yang cerah dan berkilat menyerap dan membebaskan haba lebih baik daripada objek gelap.

a)

Benar

b)

Palsu

9.

Cadangkan permukaan cerek elektrik yang menyimpan haba dengan lebih lama

a)

gelap dan kusam

b)

coklat dan berkilat

c)

cerah dan berkilat

d)

kasar dan kusam

10.

Permukaan yang ______________ merupakan penyerap dan pembebas haba yang lebih baik daripada permukaan yang _________________

a)

gelap dan kusam, cerah dan berkilat.

b)

cerah dan berkilat, gelap dan kusam.

c)

cerah dan kusam, gelap dan berkilat.

d)

gelap dan berkilat, cerah dan kusam.

11.

Pilih ciri permukaan objek yang merupakan penyerap dan pembebas haba yang baik.

a)

Kusam

b)

Berkilat

c)

Gelap

d)

Cerah

12.

Sarah ingin membawa anak-anaknya ke pantai pada hujung minggu ini. Dia bercadang untuk membeli payung besar bagi mengurangkan kepanasan dari cahaya matahari. Kriteria yang manakah boleh diambil kira semasa memilih payung?

(Pilih lebih daripada satu jawapan)

a)

Jenis bahan

b)

Ketinggian payung

c)

Warna payung

d)

Kelenturan payung

13.

Apakah warna pakaian yang paling sesuai dikenakan ketika musim panas?

a)

Hitam

b)

Merah

c)

Putih

d)

Hijau gelap