WorksheetsBiologi Ting 4 Bab 11.1 Pertahanan Badan
Total questions: 16
Worksheet time: 8mins
Keimunan ialah?
mikroorganisma yang menyebabkan penyakit.
sejenis protein yang terdapat pada dinding luar sel patogen atau bendasing yang memasuki badan
keupayaan badan untuk melawan jangkitan penyakit yang disebabkan oleh patogen
protein yang dihasilkan oleh limfosit atau protein yang terdapat pada permukaan limfosit
Patogen ialah
keupayaan badan untuk melawan jangkitan penyakit
sejenis protein yang terdapat pada dinding luar sel patogen atau bendasing yang memasuki badan
protein yang dihasilkan oleh sel limfosit
mikroorganisma yang menyebabkan penyakit
Antigen ialah
sejenis protein yang terdapat pada dinding luar sel patogen atau bendasing
mikroorganisma yang menyebabkan penyakit.
keupayaan badan melawan jangkitan penyakit
protein yang dihasilkan oleh sel limfosit
Antibodi ialah
keupayaan badan melawan jangkitan penyakit
protein yang dihasilkan oleh sel limfosit
mikroorganisma yang menyebabkan penyakit
sejenis protein yang terdapat pada dinding sel
Tindakan yang berlaku di antara antibodi dan antigen dinamakan sebagai
gerak balas pertahanan
gerak balas keimunan
gerak balas jangkitan
gerak gerak gempur
Barisan pertahanan pertama terdiri daripada
enzim lipase, renin, pepsin
demam, fagositosis, keradangan
enzim lisozim, membran mukus, mekanisme pembekuan darah, asid hidroklorik, kulit
antibodi, sel limfosit
Barisan pertahanan kedua terdiri daripada
tindakan antibodi dan sel limfosit
kulit, mekanisme pembekuan darah
membran mukus, asid hidroklorik
demam, fagositosis dan keradangan
Bagaimanakah sel fagosit bertindak memusnahkan patogen yang berjaya melepasi benteng barisan pertahanan pertama?
dengan mengeluarkan mukus bagi menguraikan patogen
dengan mengepung, memerangkap dan mencernakan patogen
dengan mengaktifkan tindakan antibodi
dengan mengaktifkan antigen
Tindakan antibodi dalam memusnahkan patogen yang masuk ke dalam badan adalah melibatkan mekanisme di bawah, kecuali
pengopsoninan
pengaglutinan
pembekuan darah
pemendakan
Berikut adalah pernyataan yang benar berkaitan antibodi dan antigen kecuali
Antibodi diaktifkan oleh patogen apabila dirangsang oleh antigen.
Antigen merangsang sel limfosit untuk menghasilkan antibodi
Interaksi diantara antibodi dan antigen yang menyebabkan antigen dimusnahkan dikenali sebagai gerak balas keimunan.
Tindakan antibodi adalah secara spesifik terhadap sesuatu antigen.
Gabungan antibodi dengan antigen menukar permukaan patogen supaya mudah dicam oleh sel fagosit.
Pernyataan ini adalah berkaitan?
Pemendakan
Penguraian
Pengopsoninan
Peneutralan
Antibodi akan bergabung dengan antigen dan menyebabkan bakteria pecah dan terurai.
Ini adalah berkaitan mekanisme tindakan antibodi?
Pemendakan
Penguraian
Peneutralan
Pengopsoninan
Antibodi bergabung dengan toksin yang dihasilkan oleh bakteria dan meneutralkan toksin tersebut.
Pernyataan ini adalah berkaitan dengan mekanisme tindakan antibodi?
Pengopsoninan
Penguraian
Pengaglutinan
Peneutralan
Bagaimanakah sel fagosit bertindak memusnahkan patogen yang berjaya melepasi benteng barisan pertahanan pertama?
dengan mengeluarkan mukus bagi menguraikan patogen
dengan mengepung, memerangkap dan mencernakan patogen
dengan mengaktifkan tindakan antibodi
dengan mengaktifkan antigen
Seseorang dikatakan demam apabila suhu badan melebihi suhu normal iaitu 37 degree celcius. Bagaimanakah demam dapat melindungi badan daripada serangan patogen?
demam dapat mengurangkan aliran masuk patogen ke dalam sel badan
Peningkatan suhu badan melebihi suhu badan normal merangsang lebih banyak penghasilan antibodi dan dapat menghalang pertumbuhan patogen.
Peningkatan suhu akan meningkatkan kadar pertumbuhan antigen
Suhu badan yang tinggi dapat merangsang sel fagositosis menjalankan aktivitinya
Barisan pertahanan ketiga terdiri daripada
membran mukus, enzim lisozim
fagositosis dan mekanisme pembekuan darah
tindakan penghasilan antibodi oleh sel limfosit
gerak balas keimunan oleh sel leukosit
