Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Perundangan

Total questions: 13

Worksheet time: 2mins

Name
Class
Date
1.

"Suatu perjanjian yang boleh dikuatkuasakan oleh undang-undang." Definisi kontrak ini adalah diambil daripada :

a)

Seksyen 2(b) Akta Kontrak 1950

b)

Seksyen 26 Akta Kontrak 1950

c)

Seksyen 2(h) Akta Kontrak 1950

d)

Seksyen 10 Akta Kontrak 1950

2.

Dalam praktis undang-undang kontrak di Malaysia, selain merujuk Akta Kontrak 1950, kita juga boleh merujuk kepada:

a)

Perlembagaan Persekutuan

b)

Undang-undang Inggeris (Common Law)

c)

Undang-undang Adat

d)

Mahkamah Syariah

3.

Apabila seseorang menyatakan kesediaannya kepada seorang yang lain untuk melakukan sesuatu, ia adalah dikatakan sedang membuat:

a)

balasan

b)

tawaran

c)

kerelaan berkontrak

d)

penerimaan

4.

Syarat-syarat tawaran adalah:

(pilih 2 jawapan)

a)

mestilah dikomunikasikan

b)

mestilah berbaloi

c)

mestilah jelas dan lengkap

d)

mestilah berharga

5.

Berikut adalah cara sesuatu tawaran ditamatkan, KECUALI:

a)

apabila dibatalkan oleh pencadang dengan notis

b)

apabila luput waktu (expire date)

c)

apabila penerima menolak tawaran itu

d)

apabila pencadang sakit tenat

6.

Seksyen 2(b) Akta Kontrak 1950 memperuntukkan, apabila seseorang bersedia untuk menerima suatu tawaran pihak lain, ia disebut:

a)

tawaran

b)

penerimaan

c)

balasan

d)

cadangan

7.

Berdiam diri tidak dianggap sebagai penerimaan kerana menurut Seksyen 7 Akta Kontrak, penerimaan hendaklah secara biasa dan munasabah. Betul atau salah?

a)

Betul

b)

Salah

8.

Siti Kasim teringat dengan Azhar yang telah membantunya semalam mengangkat barang ke rumahnya. Siti Kasim menelefon Azhar untuk memberi wang sebagai balasan. Ini adalah balasan jenis:

a)

Tersempurna

b)

Eksekutori

c)

Lampau

d)

Berbaloi

9.

Berikut merupakan pengecualian sesorang bawah 18 tahun untuk memasuki kontrak, KECUALI...

a)

Kontrak biasiswa

b)

Kontrak insurans

c)

Kontrak sewa kenderaan

d)

Kontrak keperluan hidup

10.

3. Nyatakan empat sebab-sebab sesuatu kontrak batal mengikut Seksyen 24 Akta Kontrak.

a)

Perjanjian secara paksaan

b)

Perjanjian itu bersifat mengecewakan undang-undang

c)

Perjanjian dilarang undang-undang

d)

Perjanjian itu mendatangkan bencana kepada diri dan harta orang lain

e)

Perjanjian itu merupakan fraud

11.

1. Sesuatu kontrak boleh batal jika terdapat unsur-unsur berikut :

a)

Paksaan

b)

Pengaruh tidak berpatutan

c)

Salah nyataan

d)

Mungkir

e)

Khilaf

12.

4. Kontrak yang boleh dikuatkuasakan oleh undang-undang iaitu ia memenuhi elemen-elemen kontrak seperti tawaran, penerimaan, balasan, niat, ketentuan dan keupayaan. Manakan kontrak yang sesuai dengan pernyataan ini?

a)

Remedi

b)

Kontrak batal

c)

Kontrak sah

d)

Pelepasan kontrak

e)

Kontrak tidak sah

13.

2. Berikan empat perkara bagi membolehkan sesuatu KONTRAK DILEPASKAN.

a)

Dengan pelaksanaan syarat-syarat kontrak

b)

Dengan persetujuan semua pihak berkontrak

c)

Dengan kemungkiran kontrak

d)

Dengan kekecewaan kontrak

e)

Selesai membayar fi peguam