Font size
WorksheetsTEKA TEKI SAINS-Buah-buahan
Total questions: 10
Worksheet time: 8mins
Waktu subuh di tepi paya,
Hendak menembak seekor buaya,
Ungu dan merah warna kulitnya,
Putih melepak warna isinya.
(a)
Hang Nadim budak yang pandai,
Singapura selamat diserang todak,
Tumbuhnya tinggi tegak melampai,
Sungguh berair berkocak tidak.
(a)
Masuk ke kebun menoreh getah,
Lepas menoreh pergi ke pekan,
Walau berkolam tiada lintah,
Walau berair tiada ikan.
(a)
Pergi ke kedai seorang diri,
Hendak membeli sehelai seluar,
Jika adik bijak bestari,
Apakah buah biji di luar?
(a)
Penulis muda sedang berkarya,
Sedang menulis suatu cerita,
Rambutnya lebat merah warnanya,
Isinya putih manis rasanya.
(a)
Duduk termenung janganlah leka,
Kerja tak sudah membuang masa,
Apakah buah cubalah teka.
Namanya seperti batu permata.
delima
limau
Di tengah pasar membeli rambutan,
Rambutan diikat lalu dijinjing,
Bersisik-sisik bukannya ikan,
Menyalak pula bukannya anjing.
(a)
Pergi ke laut di waktu senja,
Sambil berjalan memikul jaring,
Buah apa,cubalah teka,
Masuk basah,keluarnya kering.
(a)
Selepas subuh pergi ke ladang,
Singgah sebentar rumah Pak Long,
Bentuk daunnya bagaikan pedang,
Buahnya umpama pemukul gong.
(a)
Cantik parasnya si Puteri Molek,
Pergi ke kolam duduk berendam,
Rupa buahnya laksana kolek,
Bijinya umpama lada hitam.
(a)
