WorksheetsKuiz Kecergasan Fizikal (Tingkatan 1)
Total questions: 27
Worksheet time: 14mins
Antara yang berikut, manakah ialah komponen kecergasan fizikal berasaskan kesihatan ?
i Kelenturan
ii Kekuatan otot
iii Daya Tahan Otot
iv Masa Tindak Balas Otot
i, ii dan iii sahaja
i, ii dan iv sahaja
i, iii dan iv sahaja
ii, iii dan iv sahaja
Antara yang berikut, manakah merupakan komponen kecergasan fizikal berasaskan kemahiran motor ?
Kelenturan
Ketangkasan
Daya tahan otot
Daya tahan kardiovaskular
Apakah tujuan aktiviti menyejukkan badan selepas melakukan latihan fizikal ?
Mengurangkan risiko kecederaan otot
Meningkatkan kadar nadi secara perlahan-lahan
Mengurangkan kelesuan dan mencegah kekejangan otot
Meningkatkan kuantiti darah mengalir ke otot secara perlahan-lahan
Antara aktiviti yang berikut, manakah merupakan aspek keselamatan yang perlu diberi perhatian semasa melakukan aktiviti ?
i Pakai pakaian dan kasut yang sesuai
ii. Lakukan aktiviti di kawasan yang selamat
iii Lakukan aktiviti memanaskan badan dan menyejukkan badan
iv Lakukan aktiviti yang dapat mencabar kemampuan dan tahap kecergasan diri.
i, ii dan iii sahaja
i, ii dan iv sahaja
i, iii dan iv sahaja
ii. iii dan iv sahaja
Antara yang berikut, manakah tidak berkaitan dengan daya tahan kardiovaskular ?
Skiping
Berlari
Tekan Tubi
Senamrobik
Antara pernyataan yang berikut, manakah ialah faedah latihan fizikal ?
Meningkatkan kandungan glukosa di dalam darah
Mengurangkan risiko mendapat penyakit kwashiorkor
Mengawal penyakit diabetes dan tekanan darah tinggi
Membantu dalam mengamalkan pemakanan yang seimbang
( Aktiviti yang mempunyai ritma dan banyak melibatkan pergerakan kaki dan tangan )
Antara yang berikut, manakah merupakan aktiviti yang dinyatakan di atas ?
Skiping
Berlari
Senamrobik
Berjalan Pantas
Apakah yang dimaksudkan dengan daya tahan otot ?
Kemampuan otot melakukan aktiviti berulang kali atau dalam jangka masa yang lama
Kemampuan otot melakukan aktiviti untuk mengatasi rintangan dengan menggunakan daya yang maksimum.
Keupayaan otot, sendi, tendon dan ligamen membenarkan anggota badan bergerak pada julat pergerakan yang maksimum.
Kemampuan jantung, sistem salur darah dan sistem pernafasan membekalkan oksigen kepada otot secara berterusan semasa melakukan aktiviti.
Antara aktiviti yang berikut, manakah yang bertujuan untuk membina daya tahan otot di bahagian kaki ?
Tekan tubi
Bangkit tubi
Angkat tumit
Dekam lunjur
Antara aktiviti yang berikut, manakah dapat membina daya tahan otot di bahagian abdomen ?
i Mendagu
ii Tekan tubi
iii Bangkit tubi
iv Dekam lunjur
i dan ii
i dan iv
ii dan iii
iii dan iv
Aktiviti tekan tubi bertujuan untuk membina daya tahan otot di bahagian berikut, kecuali
Bahu
Dada
Tangan
Punggung
Antara pernyataan yang berikut, manakah bukan faedah latihan kekuatan otot ?
Membentuk postur yang baik
Mencegah otot menjadi hipertropi
Mengurangkan risiko mendapat kecederaan
Menguatkan tulang dan mengurangkan risiko osteoporosis.
Rajah 1 menunjukkan teknik melakukan suatu aktiviti bagi pelajar lelaki. Aktiviti ini dapat membina kekuatan otot di bahagian
Kaki dan tangan
Tangan dan bahu
Tangan, bahu dan dada
Abdomen, tangan dan kaki
- Bangku murid, bangku kantin atau anak tangga diperlukan untuk melakukan aktiviti ini
- Aktiviti ini dapat membina kekuatan otot di bahagian kaki
Maklumat di atas merujuk kepada aktiviti _______________
Mendagu
Tekan tubi
Bangkit tubi
Naik turun bangku
Antara aktiviti yang berikut manakah boleh membina kekuatan otot di bahagian abdomen ?
Tekan tubi
Bangkit tubi
Angkat tumit
Berjalan pantas
Apakah faedah memiliki kelenturan yang baik ?
Menbentuk postur yang baik
Mengawal penyakit diabetes
Mengurangkan risiko mendapat kecederaan
Menguatkan tulang dan mengurangkan osteoporosis
Aktiviti regangan dilakukan dengan meregangkan otot semaksimum yang boleh dan bertahan selama ?
5 - 10 saat
10 - 30 saat
30 saat sehingga seminit
Seminit hingga 2 minit
Antara aktiviti yang berikut, manakah bukan bertujuan untuk membina kelenturan ?
Kilas pinggang
Bongkok sisi
Naik Turun Bangku
Duduk melunjur dan jangkau
Apakah perubahan tahap kelenturan seseorang apabila usia semakin meningkat ?
Tahap kelenturan berkurang
Tahap kelenturan bertambah
Tahap kelenturan tidak berubah
Tahap kelenturan berkurang dan kemudian bertambah
- Aktiviti ini perlu dilakukan secara berpasangan
-Aktiviti ini dapat membina kelenturan di bahagian punggung dan belakang badan
Apakah aktiviti yang dirujukkan di atas ?
Bengkok sisi
Kilas pinggang
Duduk melunjur dan jangkau
Meniarap, angkat tangan dan kaki secara bersilang
Aktiviti bengkok sisi dapat membina kelenturan di bahagian yang berikut, kecuali
Bahagian kaki
Bahagian badan
Bahagian pinggang
Bahagian abdomen
Apakah sebab utama kita perlu menjaga peratusan lemak dalam badan supaya tidak berlebihan ?
Lemak yang banyak tidak memberikan penampilan yang menarik
Lemak yang banyak akan menyebabkan kita mudah berasa mengantuk
Lemak yang banyak akan meningkatkan risiko penyakit
Lemak yang banyak akan membantutkan pertumbuhan badan
Dua lokasi badan yang digunakan untuk mengukur lipatan kulit adalah ________________ dan ___________________
biceps , deltoid
abdominis, triceps
deltoid, triceps
triceps, gastroknemius
Apakah amalan pemakanan yang boleh mengakibatkan seseorang itu obes ?
Sering meminum air
Selalu memakan makanan yang berlebihan
Memakan buah-buahan yang terlalu banyak
Kurang memakan daging yang berlemak tingi
Tahap kelenturan seseorang semakin bertambah apabila usia semakin meningkat
Betul
Salah
Kelenturan bermaksud keupayaan otot, sendi, tendon dan ligamen membenarkan anggota badan bergerak pada julat pergerakan yang maksimum
Betul
Salah
Seseorang yang mempunyai tahap kelenturan yang baik di bahagian tangan tidak bermakna dia juga mempunyai tahap kelenturan yang baik di bahagian kaki
Betul
Salah
