WorksheetsBM Sinonim (sama maksud)
Total questions: 10
Worksheet time: 10mins
Para remaja yang terjerumus dalam gejala sosial akan di beri kaunseling.
terjebak
tersungkur
terjatuh
Walaupun baru berumur dua tahun , adik Sara petah bercakap.
lancar
laju
fasih
Majalah baharu terbitan syarikat itu sangat laris di pasaran.
untung
cepat
laku
Budak-budak nakal melontar batu ke arah anjing itu.
membaling
melambung
menyambut
” Siapakah yang banyak memberi dorongan kepada adik ? ” tanya pemberita itu kepada olahragawan sekolah.
panduan
nasihat
galakan
Kezaliman baginda menyebabkan rakyat jelata hidup sengsara.
sukar
susah
merana
Daging itu dimamah oleh Ryan sebelum ditelannya.
digigit
digerit
dikunyah
Pasukan Sekolah Kebangsaan Seri Bahagia telah menggondol pingat emas dalam perlawanan bola baling itu.
mencapai
merangkul
mengambil
Mayat budak yang terlibat dalam kebakaran itu dijumpai telah rentung.
hangus
lebam
kejang
Peragawati itu menggayakan fesyen yang terbaharu .
menunjukkan
memperagakan
memperkenalkan
