NEW
Font size
WorksheetsKUIZ SAINS T5 7.1&7.2
Total questions: 11
Worksheet time: 5mins
Antara pernyataan berikut, yg manakah TIDAK benar mengenai kanta?
Kanta adalah medium lut sinar seperti kaca yang mempunyai satu atau dua permukaan melengkung
Kanta cembung dikenali sebagai kanta penumpu
Kanta cekung dikenali sebagai kanta pencapah
Pusat optik, O ialah satu titik pada paksi utama dengan keadaan sinar cahaya tuju yang selari dengan paksi utama yang akan menumpu kepadanya selepas melalui kanta cembung
Khairul menjalankan ekperimen menggunakan kanta cembung. Dia meletakkan objek lebih jauh daripada 2F. Antara berikut yang manakah betul berkaitan dengan ciri-ciri imej yang terbentuk?
Nyata, songsang dan dikecilkan
Maya , songsang dan dibesarkan
Maya, tegak dan dikecilkan
Nyata, songsang dan sama saiz
Apakah yang dimaksudkan dengan imej maya?
Imej yang boleh dipaparkan pada skrin
Imej yang samar
Imej sebenar yang terbentuk apabila sinar cahaya melalui kanta
Imej yang tidak boleh dipaparkan pada skrin
Rajah berikut menunjukkan pembentukan imej oleh kanta cembung. Antara kedudukan objek pada A, B, C, dan D berikut, yang manakah akan menghasilkan imej yang lebih kecil daripada objek?
A
B
C
D
Antara berikut, yang manakah bukan contoh peralatan optik?
Stetoskop
Kanta pembesar
Mikroskop
Teleskop
Mikroskop ialah peralatan optik yang terdiri daripada dua jenis kanta. Nyatakan ciri- ciri imej yang dibentuk oleh kanta objek pada mikroskop
Nyata, songsang, dibesarkan
Maya, tegak, dikecilkan
Nyata, tegak, dibesarkan
Maya , songsang, dikecilkan
Sebuah mikroskop kanta matanya mempunyai kuasa pembesaran 4 kali dan kanta objeknya mempunyai kuasa pembesaran 10 kali. Hitungkan kuasa pembesaran mikroskop.
0.4
4
40
10
Nyatakan ciri-ciri imej akhir yang terhasil daripada kanta mata oleh teleskop.
Maya, songsang, dibesarkan
Nyata, songsang, dikecilkan
Nyata, tegak, dikecilkan
Maya, tegak, dibesarkan
Panjang fokus kanta dalam kamera DSLR mempengaruhi medan penglihatan. Apakah hubungan di antara panjang fokus kanta dengan medan penglihatan bagi kamera DSLR tersebut?
Semakin panjang luas fokus, semakin luas medan penglihatan
Apabila panjang fokus kanta bertambah, imej yang terhasil semakin jelas
Semakin pendek panjang fokus, semakin luas medan penglihatan
Apabila panjang fokus kanta bertambah, imej yang terhasil semakin kabur
Arif dan rakannya ingin membina sebuah model teleskop menggunakan silinder. Mengapakah bahan binaan silinder yang sesuai adalah bersifat legap dan bukan lut sinar atau lut cahaya?
Kerana kos bahan lebih murah
Supaya lebih menarik
Supaya imej yang terbentuk lebih besar
Supaya imej yang terbentuk lebih jelas
Teleskop Q terdiri daripada kanta objek dengan panjang fokus 21 cm dan kanta mata dengan panjang fokus 7cm. Berapakah jarak pemisahan di antara kanta objek dengan kanta mata apabila teleskop Q berada dalam keadaan pelarasan normal?
14 cm
21 cm
28 cm
18 cm
