WorksheetsPANTUN
Total questions: 10
Worksheet time: 5mins
1. Bentuk persamaan rima terakhir dari pantun adalah berikut kecuali ___________.
A-A-B-B
A-B-A-B
A-A-A-A
B-B-B-B
2. Nyatakan jenis pantun di bawah.
Sarang burung di atas pohon,
Sungguh susah untuk dipanjat,
Suka duka tetap memohon,
Pada Pencipta doa dipanjat.
Pantun adat
Pantun teka-teki
Pantun jenaka
Pantun nasihat
3. Nyatakan jenis pantun di bawah.
Ada ubi ada batas,
Ada hari boleh balas.
dua kerat
tiga kerat
empat kerat
enam kerat
4. Apakah perkataan akhir yang paling sesuai?
Daun merimbun dahan berduri,
Akar bertaut mencengkam tanah,
Pokok ditebang sesuka hati,
Runtuh tanah mengundang ___.
padah
bahaya
derhaka
kecewa
5. Lengkapkan pantun berikut.
Buluh joran dijadikan galah,
Kait berangan di tepi muara,
Jika jiran hadapi masalah,
______________________________ .
Berikan sumbangan usah berkira.
Melawat selalu bersama-sama.
Bertanya khabar janganlah lupa.
6. Isi pantun tersebut ialah ______.
Pergi ke laut membawa jala,
Jala ditebar sambil mengingat,
Meski hidup banyak kendala,
Haruslah kita selalu semangat.
KIta seharusnya bergaul dalam masyarakat tanpa mengira darjat.
Kita hendaklah bersikap baik dengan semua orang.
Kita sepatutnya bersemangat dan tidak putus asa walaupun terdapat banyak halangan dalam hidup kita.
KIta perlu meminta pertolongan kawan-kawan yang dipercayai sahaja.
7. Pantun teka teki :
Bangun tidur untuk bersahur,
Supaya bertenaga di siang hari,
Dia bergerak hanya menyusur,
Tiada tangan dan juga kaki
8. Pantun teka-teki
Anak-anak bermain batu,
Batu dilempar satu persatu,
Badannya lurus bermata satu,
Ekornya tajam apakah itu?
9. Pantun teka-teki.
Kalo tuan pergi ke kedai,
Belikan saya buah keranji,
Kalau tuan bijak dan pandai,
Apa binatang keris di kaki?
10. Pantun teka-teki
Burung nuri burung dara,
Terbang ke sisi taman kayangan,
Cubalah teka wahai saudara,
Semakin diisi semakin ringan.
