wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

ULANGKAJI SAINS T3 (BAB 1 - 6)

Total questions: 50

Worksheet time: 25mins

Name
Class
Date
1.

Manakah antara berikut merupakan tindakan luar kawal?

a)

menari

b)

menarik tangan dari objek panas

c)

peristalsis di esofagus

d)

berlari

2.

Manakah antara berikut BUKAN tindakan luar kawal yang melibatkan saraf tunjang?

a)

menarik tangan apabila terkena objek panas

b)

menarik kaki apabila terpijak benda tajam

c)

bersin apabila habuk masuk ke hidung

d)

denyutan jantung

3.

Apakah bahagian mata yang merupakan lapisan hitam yang mencegah pantulan cahaya dalam mata?

a)

Retina

b)

Koroid

c)

Gelemair

d)

Kornea

4.

Apakah fungsi tiub Eustachio?

a)

mengumpul dan menghantar getaran bunyi

b)

mengimbangkan tekanan udara di dua belah gegendang telinga

c)

menghantar impuls saraf dari koklea ke otak

d)

menguatkan getaran bunyi

5.

Apakah fungsi koklea pada telinga?

a)

Menerima dan mengumpulkan gelombang bunyi

b)

Menyalurkan gelombang bunyi ke gegendang telinga

c)

Memperkuatkan getaran bunyi

d)

Menukarkan getaran bunyi kepada impuls saraf

6.

Apakah nama gerak balas yang ditunjukkan?

a)

Hidrotropisme positif

b)

Geotropisme negatif

c)

Fototropisme positif

d)

Gerak balas nastik

7.

Apakah nama gerak balas yang ditunjukkan?ak balas nastik

a)

Gerak balas nastik

b)

Tigmotropisme

c)

Geotropisme positif

d)

Hidrotropisme positif

8.

Tandakan contoh gerak balas tindakan terkawal

a)

membaca buku

b)

denyutan jantung

c)

berpeluh

d)

peristalsis di esofagus

9.

Sistem Saraf Pusat terdiri daripada?

a)

Saraf Kranium dan Saraf Spina

b)

Saraf Tunjang dan Otak

c)

Saraf Spina dan Otak

d)

Saraf Kranium dan Saraf Tunjang

10.

Antara bahagian sistem respirasi manusia, yang manakah terlibat dalam pertukaran gas?

Which part of the human respiratory system is involved in the exchange of gases?

a)

Trakea

Trachea

b)

Rongga hidung

Nasal cavity

c)

Bronkiol

Brochioles

d)

Alveolus

Alveoli

11.

Antara aktiviti berikut yang manakah menyumbang kepada peningkatan gas oksigen di atmosfera?

Which of the following activity contributes to an increase in oxygen gas in the atmosphere?

a)

Pembakaran

Combustion

b)

Fotosintesis

Photosynthesis

c)

Pengaratan

Rusting

d)

Respirasi

Respiration

12.

Manakah merupakan adaptasi stuktur alveolus?

a)

Dinding alveolus yang sangat tebal

b)

Luas permukaan yang kecil

c)

Jaringan kapilari darah yang banyak

d)

Dinding alveolus yang lembap

13.

Apabila sampai ke sel badan yang mempunyai kepekatan oksigen yang rendah, oksihemoglobin akan terurai kepada...

a)

karbon dioksida

b)

oksigen

c)

globlin

d)

hemoglobin

14.

Apakah kesan ke atas tumbuhan jika keadaan persekitaran menjadi jerebu dan berdebu?

a)

Kurang cahaya matahari sampai ke tumbuhan

b)

Tumbuhan menjadi segar dan sihat

c)

Lebih cahaya sampai ke tumbuhan

d)

Tumbuhan menghasilkan buah yang banyak

15.

The diagram shows an organ in the human respiratory system.

Rajah menunjukkan satu organ dalam sistem respirasi manusia.


What are structures X and Y?

Apakah struktur X dan Y?

a)

X: Blood capillary / Kapilari darah

Y: Alveolus

b)

X: Alveolus

Y: Blood capillary / Kapilari darah

c)

X: Blood capillary / Kapilari darah

Y: Brochiole / Bronkiol

d)

X: Alveolus

Y: Brochiole / Bronkiol

16.

Antara berikut, yang manakah laluan bagi karbon dioksida semasa meninggalkan alveolus?

a)

Bronkus, bronkiol, rongga hidung, trakea

b)

Bronkus, bronkiol, trakea, rongga hidung

c)

Bronkiol, bronkus, rongga hidung, trakea

d)

Bronkiol, bronkus, trakea, rongga hidung

17.

Aliran udara ke arah peparu ialah

a)

Lubang hidung --> Rongga hidung --> Bronkus --> Trakea --> alveolus --> bronkiol

b)

Lubang hidung --> Trakea --> Rongga hidung --> Bronkus --> Bronkiol --> Alveolus

c)

Lubang hidung --> Trakea --> Bronkus --> Rongga hidung --> Bronkiol --> Alveolus

d)

Lubang hidung --> Rongga hidung --> Trakea --> Bronkus --> Bronkiol --> Alveolus

18.

Balang kaca mewakili _____(a) _____ manakala belon mewakili _____(b) ______

a)

(a) Badan (b) Peparu

b)

(a) Sangkar rusuk (b) Diafragma

c)

(a) Sangkar rusuk (b) Peparu

d)

(a) Badan (b) Trakea

19.

Bahan yang diangkut oleh darah ialah

a)

nutrien, gas, enzim, hormon dan bahan kumuh

b)

air, natrium, kalsium dan nutrien

c)

phloem, xilem

d)

phloem, xilem dan cambium

20.

Apakah kepentingan haemoglobin dalam sel darah merah?

a)

Untuk membunuh bakteria

b)

Membantu mempertahankan badan daripada jangkitan penyakit

c)

Membantu dalam pembekuan darah

d)

Mengangkut oksigen dalam badan

21.

Individu yang mempunyai darah jenis O tidak boleh menerima sebarang jenis darah lain kerana kehadiran antibodi Anti-A dan Anti-B dalam plasma darah.

a)

Betul

b)

Salah

22.

Berdasarkan rajah jantung di atas, struktur yang manakah berfungsi membawa darah yang mengandungi oksigen ke seluruh tubuh?

a)

A : Aorta

b)

B : Arteri pulmonari

c)

C : Vena pulmonari

d)

D : Vena kava

23.

Fungsi injap-injap dalam jantung adalah supaya ...

a)

aliran darah lebih laju

b)

aliran darah tidak berpatah balik

c)

mengasingkan dua ruang yang berlainan

d)

darah beroksigen tidak tercampur dengan darah terdeoksigen

24.

Manakah antara keadaan berikut yang tidak baik untuk kesihatan jantung?

a)
b)
c)
d)
e)
25.

Dalam tindak balas cergas antara logam yang lebih reaktif seperti magnesium dengan oksigen, nyalaan ___________ akan diperhatikan.

a)

malap

b)

terang

c)

bersinar

d)

suram

26.

Dalam tindak balas kurang cergas antara logam yang lebih kurang reaktif seperti besi dengan oksigen, ___________ atau ____________________ akan berlaku.

a)

malap

b)

baraan

c)

perubahan warna

d)

suram

27.

Siri kereaktifan logam merupakan satu senarai logam yang disusun berdasarkan kereaktifannya terhadap oksigen seperti dalam gambar rajah.


Kereaktifan logam terhadap oksigen semakin ____________________ dari Argentum ke Kalium.

a)

bertambah

b)

berkurang

c)

sama

d)

tidak berubah

28.

Apakah nama saintifik bagi bauksit?

a)

Plumbum sulfida

b)

Ferum sulfida

c)

Aluminium oksida

29.

Apakah nama biasa bagi galena?

a)

Bijih aluminium

b)

Bijih plumbum

c)

Bijih timah

30.

Kalsium karbonat bertindak balas dengan asid hidroklorik cair menghasilkan gas X. Apakah nama gas tersebut?

a)

Gas hidrogen

b)

Gas oksigen

c)

Gas karbon dioksida

31.

Apakah fungsi hablur kalium manganat(vii) dalam eksperimen ini?

a)

Bertindak balas dengan logam

b)

Menghasilkan gas oksigen untuk bertindak balas dengan logam

c)

Tiada apa-apa fungsi

32.

Apakah nama bahan X dan Y yang dicampurkan dalam relau bagas?

a)

Arang kok dan batu kapur

b)

Arang batu dan silikon

c)

Arang kok dan silikon

33.

Rajah menunjukkan susunan radas untuk mengkaji kereaktifan logam. P, Q dan R ialah serbuk logam yang berlainan jenis. Nyatakan susunan yang betul tentang kereaktifan logam dalam tertib menurun?

a)

Q → P → R

b)

R → P → Q

c)

Q → R → P

d)

R → Q → P

34.

Apakah persamaan tindak balas eksotermik dan tindak balas endotermik? (What is the similarity between exothermic and endothermic reaction?)

a)

Suhu persekitaran kurang (The temperature of the surrounding decreases)

b)

Berlaku dalam perubahan kimia (Occurs in chemical changes)

c)

Haba dibebaskan ke persekitaran (Heat is released to the surrounding)

d)

Memerlukan masa yang lama untuk bertindak balas (Takes a long time to react)

35.

Tandakan proses yang berkaitan dengan tindak balas eksotermik. (Tick the process which related to exothermic reaction)

a)

Letupan (Explotion)

b)

Pembekuan air (Freezing of water)

c)

Pencairan ais (Melting of ice)

d)

Menggoreng telur (Frying an egg)

36.

Tandakan proses yang berkaitan dengan tindak balas endotermik (Tick the process which related to endothermic reaction)

a)

Letupan (Explotion)

b)

Membuat roti (Baking bread)

c)

Respirasi sel (Cell respiration)

d)

Fotosintesis (Photosynthesis)

37.

Antara berikut, yang manakah merupakan bahan kimia dalam pek sejuk? (Which of the following is the chemical substances in cold pack?)

a)

Kalsium oksida (Calcium oxide)

b)

Magnesium oksida (Magnesium oxide)

c)

Ammonium klorida (Ammonium chloride)

d)

Kalsium klorida kontang (Anhydrous calcium chloride)

38.

Antara berikut, manakah kegunaan yang betul bagi pek panas? (Which of the following is teh correct use of hot pack?)

a)

Melegakan kekejangan otot (Relieves muscle spasms)

b)

Mengurangkan bengkak (Reduces swelling)

c)

Menurunkan suhu badan ketika demam (Lowers body temperature during fever)

d)

Melegakan sakit kepala (Relieves headache)

39.

Tandakan ciri-ciri mengenai tindak balas eksotermik. (Tick the characteristics about exothermic reaction)

a)

Haba dibebaskan ke persekitaran (Heat is released to the environment)

b)

Bacaan termometer meningkat (The reading of thermometer increases)

c)

Tabung uji menjadi panas (The test tube becomes hot)

d)

Bacaan termometer menurun (The reading of thermometer decreases)

40.

Antara berikut yang manakah tenaga boleh baharu?

a)

Matahari

b)

Geoterma

c)

Ombak

d)

Gas Asli

e)

Petroleum

41.

Pilih pernyataan yang benar

a)

Transformer injak naik menurunkan voltan

b)

Bilangan lilitan pada gegelung primer transformer injak naik adalah kurang daripada bilangan lilitan pada gegelung sekunder.

c)

Transformer injak turun menurunkan voltan

d)

Bilangan lilitan pada gegelung primer transformer injak turun adalah kurang daripada bilangan lilitan pada gegelung sekunder.

42.

Kuasa yang digunakan oleh pendingin hawa selama 2 jam ialah 180kW. Dengan menggunakan formula

Tenaga elektrik = Kuasa (kW) x Masa (j),

hitung tenaga elektrik yang digunakan.

a)

350 kJ

b)

360 kJ

c)

370 kJ

d)

380 kJ

43.

Alat elektrik yang berlabel 240V, 750W digunakan selama 60 jam. Apakah kos elektrik yang digunakan jika kos per unit adalah 30 sen?

a)

RM3.60

b)

RM 4.32

c)

RM 6.75

d)

RM13.50

44.

Sebuah penyaman udara mempunyai 1000W, 240V. Hitung arus yang mengalir dalam penyaman udara ini.[ Arus = kuasa/ Voltan]

a)

0.004A

b)

0.24A

c)

4.17A

d)

5.00A

45.

Fius manakah yang sesuai bagi suatu alat elektrik voltan 240 V dan kuasa 960 W?

a)

1 A

b)

3 A

c)

5 A

d)

13 A

46.

Cerek elektrik (240 V, 1.5 kW) digunakan untuk mendidihkan selama 1 jam setiap hari selama 30 hari. Hitungkan jumlah kos tenaga elektrik jika kos seunit ialah RM 0.20

a)

RM 6.00

b)

RM 7.00

c)

RM 8.00

d)

RM 9.00

47.

Gambar menunjukkan sejenis transformer

a)

injak naik

b)

injak turun

48.

Rajah menunjukkan rajah litar transformer di dalam pengecas telefon bimbit. Hitung bilangan lilitan gegelung primer.

a)

420 lilitan

b)

440 lilitan

c)

460 lilitan

d)

480 lilitan

49.

2. Apakah jenis transformer ini? / What is the type of transformer?

a)

Transformer injak naik / Step-up transformer

b)

Transformer injak turun / Step-down transformer

50.

Rajah di bawah menunjukkan satu transformer yang disambung kepada bekalan kuasa 5 volt. Ramalkan nilai output bagi transformer tersebut.

The diagram below shows a transformer a connected to a 5 volt power supply. Predict the value of the output voltage of the transformer.

a)

5 V

b)

7 V

c)

Kurang daripada 5 V

Less than 5 V

d)

Lebih daripada 5V

More than 5 V