WorksheetsPentaksiran Fizik 2021
Total questions: 25
Worksheet time: 25mins
Rajah 3 menunjukkan graf laju-masa bagi pergerakan sebuah kereta.
Apakah yang diwakili oleh luas kawasan berlorek dalam graf itu?
A. Laju purata kereta.
B. Jumlah masa perjalanan kereta.
C. Pecutan purata kereta.
D. Jumlah jarak yang dilalui oleh kereta
Inersia satu jasad merupakan rintangannya terhadap perubahan pergerakan.
Sifat manakah merupakan ukuran inersia bagi suatu jasad?
A. Jisim
B. Ketumpatan
C. Ketinggian
D. Luas Tapak
Rajah 4 menunjukkan kipas di sebuah bot menolak air ke belakang dengan satu daya 2000 N. Bot itu bergerak merentasi air bertentangan dengan jumlah daya rintangan 1800 N.
Mengikut hukum Newton ketiga, berapakah daya bersih ke hadapan yang dikenakan ke atas kipas
yang disebabkan oleh air?
A. 200 N
B. 1800 N
C. 2000 N
D. 3800 N
Graf yang manakah menunjukkan pergerakan sebiji bola keluli yang berat jatuh dari satu ketinggian
2 m?
Seutas dawai logam dengan panjang asalnya 1.000 m, dipanjangkan sebanyak 4 mm apabila satu beban 2 N dikenakan ke atasnya. Berapakah panjang dawai jika satu daya tambahan 3 N dikenakan, dengan anggapan bahawa had kenyal dawai tidak dilampaui?
A. 1.010 m
B. 1.012 m
C. 1.060 m
D. 1.080 m
Rajah 8 menunjukkan aras X dan Y dalam sebuah manometer cecair dengan pili gas terbuka.
Berapakah tekanan bekalan gas?
A. 9 cm cecair kurang daripada tekanan atmosfera
B. 9 cm cecair lebih daripada tekanan atmosfera
C. 18 cm cecair kurang daripada tekanan atmosfera
D. 18 cm cecair lebih daripada tekanan atmosfera
Rajah 9 menunjukkan satu pam hidraulik diguna untuk mengangkat sebuah kereta berjisim 1600 kg.
Nisbah luas permukaan omboh besar kepada luas permukaan omboh kecil ialah 4.
Berapakah daya untuk menaikkan kereta tersebut?
A. 100 N
B. 400 N
C. 1000 N
D. 4000 N
Sebuah belon udara panas boleh terapung di langit. Ini boleh dijelaskan dengan
A. Prinsip Pascal
B. Prinsip Bernoulli
C. Prinsip Archimedes
D. Prinsip Keabadian Momentum
Rajah 10 menunjukkan dua bola ping pong yang serupa tergantung pada tali yang sama panjang.
Antara rajah berikut, yang manakah menunjukkan keadaan kedua-dua bola ping pong apabila udara
ditiup di antara kedua-duanya?
Rajah 11 menunjukkan keratan rentas sebuah aerofoil.
Yang manakah benar?
Seorang pekerja kantin sedang membuat secawan teh untuk pelanggannya. Dia menuangkan teh panas ke dalam sebiji cawan. Setelah beberapa ketika, cawan dan teh mencapai keseimbangan terma.
Apakah maksud keseimbangan terma?
A. Pengaliran bersih haba adalah kosong.
B. Haba mengalir daripada teh ke cawan.
C. Tidak ada kehilangan haba ke persekitaran.
D. Lebih banyak haba diserap oleh cawan daripada oleh teh.
Rajah 12 menunjukkan tiga jenis periuk dengan jisim yang sama dan dipanaskan dengan kadar haba yang sama dalam masa 5 minit. Suhu awal semua periuk itu adalah sama.
Pernyataan manakah benar mengenai periuk-periuk tersebut selepas 5 minit dipanaskan?
A. Periuk kaca mempunyai suhu paling tinggi.
B. Periuk kuprum mempunyai suhu paling tinggi.
C. Suhu ketiga-tiga periuk adalah sama.
D. Periuk aluminium mempunyai suhu paling tinggi.
Cecair yang digunakan sebagai penyejuk untuk enjin kereta harus dapat kekal sejuk walaupun selepas menyerap haba yang banyak daripada enjin.
Cecair manakan paling sesuai digunakan sebagai penyejuk?
A. Cecair A: Muatan haba tentu / Jkg–1 oC–1 = 1 800
B. Cecair B: Muatan haba tentu / Jkg–1 oC–1 = 2 300
C. Cecair C: Muatan haba tentu / Jkg–1 oC–1 = 3 060
D. Cecair D: Muatan haba tentu / Jkg–1 oC–1 = 4 200
Rajah 14 menunjukkan gelembung-gelembung udara yang terlepas daripada lumpur di dasar sebuah tasik yang dalam.
Apabila gelembung-gelembung itu naik ke permukaan air ia menjadi lebih besar.
Pernyataan manakah yang menjelaskan situasi tersebut?
A. Tekanan air ke atas gelembung itu bertambah.
B. Tekanan air ke atas gelembung itu berkurang.
C. Tekanan atmosfera ke atas gelembung bertambah.
D. Tekanan atmosfera ke atas gelembung berkurang.
Sinar cahaya ditujukan kepada satu permukaan sebuah blok kaca pada satu sudut tuju 40. Blok kaca itu berada dalam udara. Indeks biasan kaca itu ialah 1.46.
Berapakah sudut biasan dalam blok kaca?
A. 26o
B. 27o
C. 58o
D. 70o
Index biasan intan pada suhu bilik ialah 2.419. Berapakah sudut tuju satu sinar cahaya yang boleh menyebabkan pantulan dalam penuh?
A. 0.41o
B. 2.44o
C. 24.4o
D. 41.0o
Satu objek diletakkan 25 cm dari pusat sebuah kanta cembung dengan panjang focus 20 cm. Berapakah jarak imej?
A. 25 cm
B. 45 cm
C. 90 cm
D. 100cm
Rajah 17 menunjukkan bentuk gelombang suatu gelombang melintang.
Kuantiti-kuantiti manakah yang dipadankan dengan betul?
A. Panjang gelombang = P
Amplitud = S
B. Panjang gelombang = Q
Amplitud = R
C. Panjang gelombang = R
Amplitud = P
D. Panjang gelombang = S
Amplitud = Q
Gelombang-gelombang air mengambil bentuk pantai apabila menghampiri darat. Ini kerana
A. Gelombang-gelombang dipantulkan oleh batu-batu di pantai.
B. terdapat interferens yang disebabkan oleh halangan-halangan dalam laut
C. gelombang-gelombang dibelaukan oleh batu-batu apabila menghampiri pantai.
D. gelombang-gelombang diperlahankan oleh kedalaman laut yang semakin berkurang.
Sebuah kapasitor menghasilkan 0.01 C cas untuk melalui sebuah mentol dalam 1 s.
Berapakah arus yang mengalir melalui mentol itu?
A. 0.01 A
B. 0.1 A
C. 1.0 A
D. 10.0 A
Rajah 22 menunjukkan dua rintangan yang disambung secara selari.
Berapakah rintangan berkesan?
A. 0.20 Ω
B. 0.83 Ω
C. 1.20 Ω
D. 5.00 Ω
Rajah 23 menunjukkan sebuah bateri dengan daya gerak elektrik 2 V dan rintangan dalam 1 Ω disambung kepada satu perintang luar 2 Ω
Berapakah bacaan voltmeter?
A. 0.4 V
B. 0.8 V
C. 1.0 V
D. 1.3 V
Satu mentol berlabel 6 W, 12 V dihidupkan selama satu jam.
Berapakah tenaga yang digunakan?
A. 2.16 X 104 J
B. 5.00 X 104 J
C. 6.25 X 105 J
D. 8.13 X 105 J
Sebuah transformer tidak unggul disebabkan kehilangan tenaga. Kecekapan transformer boleh ditingkatkan dengan menggunakan
A. Satu teras keluli
B. Dawai Kuprum
C. Dawai nikel nipis
D. Nisbah lilitan yang tinggi
Rajah 27 menunjukkan struktur asas sebuah osiloskop sinar katod.
Apakah X, Y dan Z?
A. X = Sistem pemesongan
Y = Senapang Elektron
Z = Skrin berpendafluor
B. X = Senapang Elektron
Y = Sistem pemesongan
Z = Skrin berpendafluor
C. X = Sistem pemesongan
Y = Skrin berpendafluor
Z = Senapang Elektron
D. X = Senapang Elektron
Y = Skrin berpendafluor
Z = Sistem pemesongan
