wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Bab 11 Keimunan Manusia

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Apakah protein yang dihasilkan dalam gerak balas terhadap kehadiran antigen?

a)

Antibodi

b)

Antibiotik

c)

Antiserum

d)

Antiseptik

2.

Antara istilah berikut, yang manakah merujuk kepada mikroorganisma yang menyebabkan penyakit?

a)

Lisozim

b)

Antibodi

c)

Antigen

d)

Patogen

3.

Apakah struktur yang berlabel X?

a)

Antibiotik

b)

Antibodi

c)

Antiserum

d)

Antigen

4.

Antara yang berikut, yang manakah merupakan pertahanan badan semula jadi terhadap kemasukan patogen?

a)

Tindakan antibiotik

b)

Jus gastrik berasid dalam perut

c)

Pengangkutan sel darah merah

d)

Suntikan vaksin

5.

Yang berikut merupakan langkah-langkah yang dijalankan oleh fagosit dalam fagositosis.


P: Fagosom terbentuk

Q: Bakteria dicernakan

R: Fagosit mengepung dan menelan bakteria

S: Sisa disingkirkan

a)

P, R, Q, S

b)

R, Q, S, P

c)

R, P, Q, S

d)

Q, P, S, R

6.

Rajah menunjukkan tindakan sejenis antibodi. Apakah tindakan antibodi ini?

a)

Peneutralan

b)

Pemendakan

c)

Pengopsoninan

d)

Penguraian

7.

Dalam gerak balas keradangan, tisu yang rosak akan membebaskan (a)   yang akan menyebabkan pengembangan kapilari darah bagi membolehkan aliran darah mengalir lebih banyak ke kawasan jangkitan.

8.

Yang manakah benar tentang barisan pertahanan ketiga?

a)

Akan diaktifkan jika patogen berjaya mengatasi barisan pertahanan kedua.

b)

Merupakan gerak balas keimunan oleh sel limfosit.

c)

Sel limfosit T akan menyerang sel-sel yang dijangkiti patogen.

d)

Sel limfosit T akan merangsang merangsang sel limfosit B untuk menghasilkan sel memori

9.

Apakah contoh vaksin?

a)

anti-rabies

b)

vaksin Salk

c)

vaksin HPV

d)

antitetanus

10.

Manakah benar mengenai keimunan aktif buatan?

a)

Terjadi setelah individu sembuh daripada jangkitan.

b)

Vaksin disuntik ke dalam badan.

c)

Dos penggalak diperlukan

d)

Antibodi melindungi bayi bagi beberapa bulan pertama.

11.

Anak Shuib terkena penyakit demam campak.


Walaupun anak Shuib dijangkiti demam campak, Shuib tidak lagi dijangkiti kerana pernah dijangkiti penyakit itu beberapa tahun yang lalu dan Shuib telah peroleh keimunan yang berpanjangan.


Apakah nama keimunan yang ada pada Shuib dan juga akan diperoleh anak Shuib selepas dia sembuh?

a)

Keimunan aktif buatan

b)

Keimunan aktif semulajadi

c)

Keimunan pasif buatan

d)

Keimunan pasif semulajadi

12.

Antiserum disuntik ke dalam badan bagi memberi keimunan segera dan sementara kepada pesakit.


Keimunan ini dikenali sebagai keimunan........

a)

pasif semulajadi

b)

pasif buatan

c)

aktif buatan

d)

aktif semulajadi

13.

Pilih jawapan yang SALAH berkenaan imunisasi

a)

Terdapat jadual imunisasi untuk rakyat Malaysia

b)

Imunisasi ialah usaha memberi daya tahan penyakit kepada manusia

c)

Imunisasi boleh disuntik kepada bayi dan kanak-kanak

d)

Imunisasi menyebabkan semua manusia menjadi cacat

14.

Sel limfosit B yang menghasilkan dan membebaskan banyak antibodi dikenali sebagai

a)

Sel Plasma

b)

Sel pembantu

c)

Sel memori

15.

Apakah fungsi histamin semasa suatu keradangan berlaku pada manusia?

a)

Membekukan darah

b)

Menjalankan fagositosis

c)

Menyebabkan pengembangan kapilari darah

16.

Sel fagosit menelan dan mencerna patogen menggunakan enzim lisozim melalui proses....

a)

Fagositosis

b)

Pemvaksinan

c)

Keimunan

17.

Mengapakah kulit bertindak sebagai barisan pertahanan pertama yang berkesan?

a)

Mempunyai asid hidroklorik untuk membunuh bakteria.

b)

Boleh membekukan darah.

c)

Mempunyai enzim lisozim untuk mengurai sesetengah bakteria.

d)

Bersifat liat dan sukar ditembusi oleh mikroorganisma

18.

Namakan sel fagosit yang menjalankan fagositosis selain sel monosit.

a)

Neutrofil

b)

Basofil

c)

Eusinofil

d)

Granulosit

19.

Keimunan buatan boleh diperoleh apabila seseorang

I pulih dari sesuatu penyakit

II diberi suntikan vaksin

III diberi suntikan antiserum

IV menerima antibodi dari ibu melalui plasenta

a)

I dan II

b)

II dan III

20.

Antara yang berikut, yang manakah merupakan cara-cara pemindahan HIV?

I Hubungan seks tanpa perlindungan dengan pesakit

II Dari ibu yang merupakan pesakit kepada fetus

III Melalui air liur, air mata dan peluh pesakit

IV Menjabat tangan dengan pesakit

a)

I dan II

b)

I dan III