WorksheetsPersekutuan Tanah Melayu 1948
Total questions: 10
Worksheet time: 10mins
Maklumat berikut berkaitan Jawatankuasa Kerja pada tahun 1946.
* Pemimpin UMNO
* Wakil Raja-raja Melayu
* Pegawai Kanan British
Mengapakah jawatankuasa tersebut dibentuk?
Membincangkan senarai kuasa
Menyekat kuasa Malayan Union
Merangka asas perjanjian persekutuan
Mengawal kemasukan golongan radikal
Pada tahun 1947, gabungan
PUTERA-AMCJA telah dibentuk.
Apakah tujuan gabungan tersebut?
Menentang Malayan Union
Mengeratkan kerjasama kaum
Menolak perjanjian persekutuan
Meningkatkan pembangunan ekonomi
Apakah cadangan yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Kerja 1946?
Menggabungkan Singapura
Mewujudkan Raja Berpelembagaan
Menubuhkan Dewan Perundangan Pusat
Mengetatkan syarat kewarganegaraan
Persekutuan Tanah Melayu telah dibentuk pada tahun 1948.
Apakah faktor pembentukan tersebut?
I Kekalahan kepada Jepun
II Kekangan kewangan British
III Mendapat bantahan orang Melayu
IV Mendapat sokongan pegawai British
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
British perlu melaksanakan dasar dekolonisasi seperti saranan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).
Apakah yang dimaksudkan dengan dekolonisasi?
Proses berkerajaan sendiri
Penstrukturan tanah jajahan
Pelaksanaan kabinet bayangan
Penyeragaman sistem pentadbiran
Majlis Perundangan Persekutuan diketuai oleh Pesuruhjaya Tinggi.
Apakah bidang kuasa majlis tersebut?
I Kehakiman
II Komunikasi
III Kewangan
IV Kewarganegaraan
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Kewarganegaraan merupakan asas Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948.
Manakah jenis kerakyatan yang telah diterima dalam perjanjian tersebut?
I Mendapat perkenan Raja-raja Melayu
II Melalui kuatkuasa undang-undang
III Mendapatkan secara pendaftaran
IV Memperolehi persetujuan Gabenor
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Syarat kewarganegaraan jus soli hanya terbuka kepada golongan tertentu dalam Persekutuan Tanah Melayu.
Golongan manakah yang memenuhi syarat tersebut?
I Rakyat Raja
II Rakyat British
III Rakyat Naungan
IV Rakyat Tanah Jajahan
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948 telah memberi manfaat kepada orang bukan Melayu.
Apakah manfaat tersebut?
Memperolehi jawatan kerajaan
Mendapat hak yang sama rata
Menjadi warganegara yang sah
Mendapat perkampungan khas
Apakah kesan penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948?
Mewujudkan kerjasama kaum
Membentuk semangat kenegerian
Menubuhkan Dewan Perundangan Pusat
Menyatukan Singapura dan Tanah Melayu
