wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Ulangkaji Sains Tahun 2 Unit 8 Campuran 2 Tekun

Total questions: 20

Worksheet time: 40mins

Name
Class
Date
1.

Kita boleh mengasingkan bahan-bahan dalam campuran dengan kaedah yang ________

a)

sama

b)

berbeza

2.

Kacang dan maruku boleh diasingkan dengan kaedah _________

a)

mengapung

b)

menggunakan magnet

c)

menyisih

d)

menuras

3.

Kaedah menyisih sesuai digunakan untuk campuran yang mempunyai __________ dan ____________ .

*Pilih 2 jawapan yang betul*

a)

saiz yang berbeza

b)

bentuk yang berbeza

c)

berat yang berbeza

4.

Adik Anas mencampurkan kismis ke dalam tepung gandum. Campuran ini sesuai diasingkan dengan kaedah ....

a)

menyisih

b)

mengayak

c)

menggunakan magnet

d)

mengapung

5.

Mengayak boleh mengasingkan bahan yang __________ daripada bahan yang bersaiz besar

a)

bersaiz halus

b)

bersaiz sangat besar

c)

bersaiz sederhana

6.

Sekotak klip kertas Izzudin terjatuh dan bercampur dengan pasir di halaman rumah. Cara cepat mengasingkan campuran ini adalah dengan kaedah ....

a)

mengapung

b)

menggunakan magnet

c)

menyisih

d)

menuras

7.

Magnet digunakan untuk mengasingkan campuran bahan yang _____________________ daripada bahan yang tidak tertarik kepada magnet.

a)

tertarik kepada besi

b)

tertarik kepada magnet

c)

tertarik kepada plastik

8.

Luqman ingin mengeluarkan serpihan kayu dan daun kering daripada campuran tanah kebun. Cadangkan kaedah yang sesuai.

a)

menuras

b)

mengapung

c)

menggunakan magnet

d)

menyisih

9.

Maria ingin membuat jus bunga raya. Setelah mengisar bunga raya dengan air, Maria perlu ________ campuran tersebut.

a)

menyisih

b)

menuras

c)

mengapung

10.

Kaedah menuras sesuai untuk mengasingkan campuran cecair berwarna daripada ____________________

a)

cebisan yang sangat sedikit

b)

cebisan yang sangat besar

c)

cebisan yang sangat halus

11.

Gula dan biji jagung diaduk ke dalam air. Selepas diaduk,

a)

gula larut di dalam air

b)

biji jagung larut di dalam air

12.

Bahan yang boleh larut di dalam air :

a)

garam

b)

kacang hijau

c)

beras

d)

gula

13.

Bahan yang tidak larut dalam air:

a)

pasir

b)

garam

c)

kacang tanah

d)

serbuk koko

14.

Gula lebih cepat larut di dalam air jika menggunakan ...

a)

air panas

b)

air suam

c)

air sejuk

15.

Gula ________ lebih cepat larut di dalam air.

a)

pasir

b)

kiub

c)

halus

16.

Gula lebih cepat larut di dalam air jika ...

a)

dibiarkan

b)

diaduk

c)

digoyang

17.

Bahan boleh dilarutkan dengan lebih cepat jika kita melakukan 3 perkara ini:

a)

menggunakan air panas

b)

diaduk

c)

bersaiz lebih kecil

d)

menggunakan sudu

18.

Minuman coklat tersedia dengan cepat jika menggunakan air panas dan ...

a)

menggunakan gula kiub

b)

menggunakan ketulan coklat

c)

diaduk

19.

Campuran paku tekan dan tepung boleh diasingkan menggunakan ....

a)

kaedah menuras

b)

magnet

c)

kaedah mengapung

20.

3 faktor yang boleh membuatkan bahan diaduk dengan lebih cepat di dalam air ialah:

*Pilih 3 jawapan yang betul*

a)

Saiz yang kecil

b)

Air bersuhu bilik

c)

Diaduk

d)

Air bersuhu panas