Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

peribahasa

Total questions: 15

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

Berikan peribahasa yang bersesuaian dengan maksud peribahasa di bawah.


Menurut sahaja kehendak orang lain.

(a)  

2.

Nyatakan peribahasa yang sesuai dengan pernyataan di bawah:


Walaupun kita berasa kasihan atas nasib malang yang menimpa Amira, tetapi dia yang menanggungnya tentulah berasa lebih perit lagi.

(a)  

3.

Perbelanjaan kita biarlah bersesuaian dengan pendapatan dan janganlah kita berbelanja berlebih-lebihan.

(a)  

4.

Lengkapkan peribahasa di bawah:


berakit-rakit kehulu, berenang-renang ke tepian (a)  

5.

lain hulu lain parang, (a)  

6.

Nyatakan peribahasa yang sesuai:


Kamal terlalu boros dan suka berbelanja dengan mewah. Wang simpanannya telah habis dibelanjakan. Kini, baru dia sedar dan berazam untuk berjimat cermat.

(a)  

7.

nyatakan peribahasa yang sesuai:


Abu tergolong dalam kelompok pelajar yang lemah di sekolah. Namun, dia belajar setiap hari dengan bersungguh-sungguh tanpa jemu. Akhirnya, beliau dapat menguasai pelajaran setanding dengan rakan-rakan di kelas cemerlang.

(a)  

8.

nyatakan peribahasa yang sesuai:


Perpecahan dan pertelingkahan antara penduduk kampung akibat kehadiran lelaki yang mengajarkan ilmu sesat itu dapat diselesaikan apabila dia dibuang negeri.

(a)  

9.

nyatakan peribahasa yang sesuai:


Ismail mendapat khabar bahawa dia berjaya dalam temu duga untuk jawatan yang dipohon. Tanpa berfikir panjang, dia berhenti daripada ker]a yang dijawat sekarang kerana pendapatannya kecil. Malangnya, dia gagal mendapat pekerjaan itu dan kehilangan jawatan yang sedia ada.

(a)  

10.

Kemukakan satu peribahasa yang menggambarkan setiap situasi di bawah.


Perkara yang menjadi bahan percakapan orang.

(a)  

11.

Biar putih tulang, jangan putih mata

a)

Orang yang tiada harapan untuk sembuh.

b)

Keadaan nazak hendak menghembuskan nafas terakhir.

c)

Lebih baik mati berjuang daripada menanggung malu kerana menyerah kalah

12.

Usaha tangga kejayaan

a)

Sesorang itu perlu memastikan tanamanya tidak diserang makhluk perosak.

b)

Seseorang itu perlu berusaha dengan gigih untuk menempa kecemerlangan.

c)

Seseorang itu perlu mencapai tangga untuk ke menara gading

13.

Bagai aur dengan tebing

a)

Bergotong-royong memastikan kawasan persekitaran bersih.

b)

Hubungan yang akrab antara manusia.

c)

Tolong-menolong antara satu sama lain.

14.

Ibarat belayar sambil memapan

a)

Melakukan dua pekerjaan atau perkara sekali gus.

b)

Membawa diri berhijrah ke luar negara

c)

Berjalan atau berkelana tanpa arah tujuan.

15.

Maksud : Sekiranya hendak mengetahui ataupun menguasai sesuatu perkara belajarlah daripada orang-orang yang ahli ataupun akar dalam perkara.

a)

Hendak belajar berenang, dapatkan itik, hendak belajar memanjat, dapatkan tupai.

b)

Hendak mengaji biarlah bersedia, hendak berkerja silalah berusaha.

c)

Hendak berguru datanglah segera, hendak bermesra bawalah hadiah.