WorksheetsSeni Seramik
Total questions: 30
Worksheet time: 15mins
Tembikar di atas merupakan contoh produk seni seramik. Apakah 2 unsur seni yang paling ketara pada pada hasil produk tersebut?
Ruang
Garisan
Jalinan
Warna
Hasil produk seramik berikut menunjukkan prinsip seni iaitu imbangan (a) .
Komponen penghasilan seramik menggunakan bahan berasaskan tanah liat kerana ianya
mudah dibentuk
mudah pecah
mudah dibakar
mudah didapati
Proses ini merupakan proses terakhir dalam pembuatan seni seramik iaitu menyepuh seramik dan menyapu (a) pada tapak labu.
Apakah nama tembikar ini?
mambong
labu sayong
terenang
belanga
Dari negeri manakah asalnya tembikar mambong?
Kedah
Perlis
Perak
Kelantan
Gambarajah menunjukkan produk seni seramik menggunakan teknik?
picit
lempar alin
kepingan
lingkaran
Teknik yang ditunjukkan pada gambarajah juga dikenali sebagai teknik ?
pusingan
picitan
putaran
pulas
Teknik lempar alin terhad kepada 2 bentuk sahaja iaitu...
petak
bulat
silinder
segitiga
leper
Tanur gas digunakan dalam penghasilan seni seramik kontemporari dalam proses?
pembakaran
pengeringan
pembentukan
penyepuhan
Teknik ini ialah kaedah membentuk paling mudah. Apakah nama teknik ini?
acuan
picit
putaran
kepingan
Lumpur tanah liat pekat yang berfungsi sebagai gam pelekat juga dikenali sebagai?
(a)
Apakah nama teknik yang ditunjukkan dalam gambarajah?
(a)
Hiasan naga pada seramik kaum Cina melambangkan 2 perkara iaitu
pelindung
kekayaan
kesejahteraan
kekuatan
Seramik ini digunakan oleh kaum apa untuk aktiviti memasak?
Melayu
Cina
India
Iban
Produk seramik pada gambarajah berasal daripada negeri?
Melaka
Johor
Pahang
Perak
Apakah prinsip asas seni seramik?
Motif dan corak
Corak dan jenis
Motif dan bentuk
Bentuk dan jenis
Penggunaan unsur warna dan prinsip kontra digunakan untuk ....
Menyerlahkan motif pada bentuk seni seramik
Menjadikan bentuk produk seni seramik lebih stabil
Dijadikan sebagai titik fokus
Mencantikkan hasil seni seramik
Seni seramik terbahagi kepada 2 jenis iaitu tradisional dan kontemporari. Seni seramik tradisional turut dikenali sebagai ....
Tradisi
Tembikar
Labu sayong
Pasu
Apakah bahan penting dalam pembuatan seni seramik kontemporari?
Tanah liat sahaja
Gabungan tanah liat dan air
Gabungan logam perak, rotan, tali dan kayu.
Gabungan tanah liat, air dan logam perak
Seni seramik tradisional ini dikenali sebagai labu sayong, berasal dari negeri ....
Kelantan
Pahang
Sarawak
Perak
Teknik seni seramik terbahagi kepada dua, iaitu ....
Binaan tangan dan binaan acuan
Binaan tangan dan binaan mesin
Binaan mesin dan binaan acuan
Apakah langkah awal sebelum memulakan
proses pembuatan seni seramik?
Menyapu gerlis
Membuat hiasan
Membuat pembakaran
Menyediakan tanah liat
Mengapakah tanah liat diuli sehingga tiada
kandungan angin di dalamnya?
Supaya doh tidak lembik
Supaya seramik mudah diwarnakan
Supaya seramik mudah dikeringkan
Supaya seramik tidak mudah pecah semasa proses pembakaran
Terdapat lima teknik penghasilan seni seramik iaitu teknik picitan, teknik lempar alin, teknik lingkaran, ___________ dan ___________.
Teknik tekapan dan teknik acuan
Teknik kepingan dan teknik paduan
Teknik kepingan dan teknik acuan
Teknik kepingan dan teknik keringan
Proses pembuatan seni seramik perlu melalui
beberapa peringkat mengikut turutan langkah seperti menyediakan tanah, menguli, membentuk, menghias, menyalai _________ dan __________.
Membakar dan menyepuh
Mengering dan menyepuh
Mewarna dan membakar
Mengilat dan membakar
Penyataan berikut menerangkan tentang ciri-ciri seni seramik?
“Produk yang dihasilkan mempunyai gabungan bahan seramik dengan dengan bahan-bahan lain serta memiliki reka bentuk lebih moden dan bergerlis”.
Kontemporari
Klasik
Tradisional
Inovasi
Teknik penghasilan seramik secara lempar alin terhad kepada bentuk bulat dan silinder sahaja serta dibentuk menggunakan mesin atau roda. Teknik ini juga dikenali sebagai teknik _________.
Putaran
Pusingan
Gelekan
Acuan
Apakah nama lain bagi lumpur tanah liat pekat yang berfungsi sebagai gam pelekat untuk menyambung bahagian tembikar sebelum disalai?
Liquid
Slip
Emuls
Glace
Apakah perbezaan antara seramik tradisional dan seramik kontemporari ?
Seramik kontemporari adalah gabungan antara tanah liat dan air sahaja.
Seramik tradisional dan seramik kontemporari menggunakan tanah liat tiruan.
Seramik tradisional menggabungkan perak, tembaga dan banyak bahan lain.
Seramik tradisional menggunakan campuran tanah liat sahaja manakala seramik kontemporari menggabungkan bahan lain seperti perak dan tembaga.
