Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Syair Bidasari

Total questions: 10

Worksheet time: 2mins

Name
Class
Date
1.

Titah baginda raja sultani,

Mengapakah hutan jadi begini,

Kepanasan kita sekalian ini,

Baiklah berhenti kita sini."


Nyatakan maksud rangkap tersebut

a)

Baginda sultan mempersoalkan keadaan di hutan yang panas.Keadaan tersebut menyebabkan rombongan mereka kepanasan. Baginda menitahkan mereka berehat di kawasan tersebut.

b)

Baginda berasa sangat dahaga dan meminta menteri mencari air sehingga berjaya

c)

Baginda sultan mengarahkan menteri baginda mencarikan air untuk dibawa ke tempat berhenti rehat

2.

Berhentilah ia seraya berperi,

Bertitah kepada tiga menteri

"Ayuhai menteri pergilah diri,

Carikan air bawa ke mari."


Nyatakan maksud rangkap tersebut

a)

Baginda berasa sangat dahaga dan meminta menteri mencari air sehingga berjaya walaupun sedikit sahaja.

b)

Baginda sultan mengarahkan menteri baginda mencarikan air untuk dibawa ke tempat mereka berhenti rehat

c)

Menteri berjalan mengelilingi taman lalu ternampak pintu pagar.Pintu pagar itu dikunci dengan besi waja dan sukar dibuka oleh mereka

3.

Jelaskan tema yang terdapat dalam Syair Bidasari

a)

mengisahkan kesukaran untuk mendapatkan air sewaktu sesat di dalam hutan

b)

kepentingan berikhtiar untuk berjaya

c)

kebesaran dan kedaulatan raja

d)

keruntuhan moral generasi muda yang semakin terhakis akibat pengaruh globalisasi yang gagal disaring secara telus dan tulus

4.

Ketaatan kepada pemerintah merupakan salah satu persoalan dalam Syair Bidasari. Nyatakan contoh peristiwa tersebut

a)

Baginda sultan mempersoalkan keadaan hutan yang panas.

b)

Menteri bergegas mencari air di sekitar kawasan hutan selepas sultan meminta mereka berbuat demikian.

c)

Seorang menteri memberitahu sultan tentang kegagalan mereka mencari air di sekitar kawasan hutan tersebut.

5.

Nyatakan bentuk syair bidasari?

a)

Bebas

b)

Terikat

6.

Berapakah bilangan rangkap yang terdapat dalam syair bidasari?

a)

Enam

b)

Tujuh

c)

Lapan

d)

Empat

7.

Rumah siluman merupakan gaya bahasa.........

a)

ayat tanya

b)

metafora

c)

asonansi

d)

inversi

8.

Berikan contoh gaya bahasa iaitu ayat tanya yang terdapat dalam syair bidasari.

a)

Mengapakah hutan jadi begini,

b)

Carikan air bawa ke mari

c)

Berjalanlah kuliling menteri mencari,

9.

Nyatakan nada di dalam syair Bidasari.

a)

Melankolik

b)

Patriotik

c)

Pesismis

10.

Berikut merupakan nilai murni yang terdapat dalam syair bidasari kecuali.....

a)

kasih sayang

b)

hormat-menghormati

c)

kejujuran

d)

kezaliman