NEW
Font size
WorksheetsBiologi Tingkatan 4 Bab 2
Total questions: 30
Worksheet time: 3600secs
Unit asas kehidupan adalah ......................
sel
atom
tisu
zarah
Struktur ini mengawal pergerakan bahan tertentu keluar dan masuk ke dalam sel.
Dinding sel
Membran plasma
Membran nukleus
Sitoplasma
Merupakan struktur yang telap sepenuhnya, tegar, kuat dan dibina daripada gentian selulosa (karbohidrat).
Membran plasma
Membran nukleus
Dinding sel
Jalinan endoplasma kasar
Sebahagian besar protoplasma yang terdiri daripada bahan seperti jeli dan tempat berlakunya tindakbalas biokimia.
Jasad Golgi
Vakuol
Lisosom
Sitoplasma
Mengandungi bahan genetik yang boleh diwariskan. Kandungan gen mengawal segala aktiviti di dalam sel. Juga terlibat dalam pembahagian sel.
Nukleus
Ribosom
Mitokondrion
Kloroplas
Melapisi dan melindungi kandungan bahan genetik di dalam nukleus
Membran plasma
Membran nukleus
Membran mitokondrion
Membran kloroplas
Merupakan struktur-struktur yang terkandung di dalam sitoplasma.
Elektron
Nutrien
Organel
Kromatin
Menyimpan cecair yang mengandungi air, asid organik, gula, mineral, gas respirasi dan bahan buangan.
Sitoplasma
Lisosom
Vakuol
Vakuol mengecut
Cecair di dalam vakuol dikenali sebagai .................................
bendalir interstis
limfa
sap sel
pigmen
Vakuol dikelilingi oleh lapisan yang dikenali sebagai .......................
tonoplas
kloroplas
membran vakuol
dwilapisan fosfolipid
Namakan.
Kloroplas
Jasad Golgi
Jalinan endoplasma licin
Mitokondrion
Organel ini merupakan tapak penjanaan tenaga haba dan ATP seperti melakukan proses respirasi aerobik sel.
Ribosom
Lisosom
Mitokondrion
Kloroplas
Organel ini sangat penting dalam kawalan jumlah air di dalam sel akibat hidup di habitat air tawar.
Vakuol mengecut
Vakuol makanan
Vakuol
Sitoplasma
Namakan organel ini.
Jasad Golgi
Mitokondrion
Klorofil
Kloroplas
Mengandungi klorofil yang boleh menyerap tenaga cahaya untuk melakukan proses fotosintesis
Ribosom
Kloroplas
Sentriol
Nukleus
Namakan organel ini.
Jasad Golgi
Jalinan endoplasma licin
Jalinan endoplasma kasar
Sentriol
Mensintesis lipid. kolesterol dan steroid.
Jalinan endoplasma kasar
Jasad golgi
Ribosom
Jalinan endoplasma licin
Namakan organel ini.
Jalinan endoplasma licin
Jalinan endoplasma kasar
Jasad Golgi
Vesikel angkutan
Bertanggung jawab mengangkut protein yang telah disintesis oleh ribosom
Jalinan endoplasma licin
Jalinan endoplasma kasar
Jasad Golgi
Vesikel rembesan
Mensintesis protein selepas mendapat arahan daripada nukleus.
Lisosom
Sentriol
Ribosom
Vesikel
Peranan ribosom adalah membina protein selepas menerima arahan daripada nukleus. Istilah membina boleh digantikan dengan .............................
mensintesis
menghidrolisis
menjanakan
mengkondensasi
Namakan organel ini.
Jalinan endoplasma licin
Jasad Golgi
Jalinan endoplasma kasar
Dwilapisan fosfolipid
Bertanggung jawab mengubahsuai dan memproses protein yang diterima kepada bahan protein spesifik seperti enzim, antibodi dan hormon. Juga membungkus hasilnya dalam vesikel.
Sitoplasma
Jalinan endoplasma licin
Jasad Golgi
Ribosom
Mengandungi enzim hidrolisis yang boleh menguraikan bahan organik kompleks.
Lisozim
Lisis
Lisosom
Lipase
Struktur berbentuk silinder yang wujud berpasangan dan penting dalam proses pembahagian sel.
Sentriol
Sentromer
Sentrosom
Gentian gelendong
Merupakan makanan simpanan di dalam sitoplasma sel haiwan.
Kanji
Glikogen
Glukosa
Karbohidrat
Merupakan makanan simpanan di dalam sel tumbuhan yang juga merupakan hasil fotosintesis.
Glikogen
Sukrosa
Glukosa
Kanji
Antara berikut, sel yang manakah TIDAK padat dengan mitokondrion?
Otot
Saraf
Mesofil palisad
Sperma
Meristem
Antara berikut, sel tumbuhan yang manakah TIDAK padat dengan kloroplas?
Sklerenkima
Mesofil palisad
Mesofil berspan
Sel pengawal
Antara organ berikut, yang manakah mempunyai sel yang TIDAK padat dengan jasad Golgi dan jalinan endoplasma kasar?
Sel kelenjar air liur
Sel pankreas
Sel dinding usus kecil
Sel otot licin
