Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Unit 8: Campuran

Total questions: 17

Worksheet time: 9mins

Name
Class
Date
1.

Apakah alatan yang paling biasa digunakan bagi mengasingkan campuran?

a)

Garfu

b)

Tapis

c)

Jaring besi

2.

Sedapnya air teh tetapi serbuk teh tertinggal terlalu banyak di dalam airnya. Apakah cara yang sesuai digunakan bagi mengasingkannya?

a)

Menuras dengan kertas turas

b)

Menapis dengan penapis

c)

Menyisih dengan garfu atau sudu

3.

Bagaimanakah anda mengasingkan serbuk besi yang tertumpah atas pasir?

a)

Jaring besi

b)

Sangkar besi

c)

Magnet

4.

Pasir yang bercampur dengan mi, serbuk besi dan kacang tanah. Bahan yang manakah mudah diasingkan

a)

Serbuk besi

b)

Mi

c)

Kacang tanah

5.

Garam kasar, susu cair dan tepung beras. Bahan yang manakah boleh larut di dalam air dengan cepat?

a)

Garam

b)

Susu cair

c)

Tepung beras

6.

Apakah cara terpantas untuk melarutkan gula kuib?

a)

Aduk dengan ais

b)

Aduk dengan air suam

c)

Aduk dengan air panas

7.

Apakah nama kaedah yang digunakan untuk mengasingkan campuran dalam gambar ini?

a)

menyisih

b)

menggunakan magnet

c)

mengapung

d)

mengayak

8.

Apakah nama kaedah yang digunakan untuk mengasingkan campuran bahan ini?

a)

menyisih

b)

mengayak

c)

mengapung

d)

menuras

9.

Campuran boleh diasingkan melalui:

a)

mengapung, menuras dan mengayak

b)

menggunakan magnet, mengapung, mengayak, menyisih sahaja

c)

menyisih, mengayak dan menggunakan magnet sahaja

d)

menyisih, mengayak, menggunakan magnet, mengapung dan menuras

10.

Suhu yang tinggi (panas) mempercepatkan gula larut dalam air.

a)

betul

b)

salah

11.

Bahan yang tidak lagi kelihatan di dalam air selepas diaduk (dikacau) adalah .....................

a)

bahan larut dalam air

b)

bahan tidak larut dalam air

12.

Bahan boleh dilarutkan dengan lebih cepat apabila diaduk dengan ________________.

a)

cepat

b)

perlahan

c)

perlahan dan cepat

13.

Kaedah mengasing menggunakan magnet adalah untuk mengasingkan

a)

dua bahan yang bersaiz besar

b)

bahan bersaiz halus dengan bahan besaiz besar

c)

bahan yang boleh ditarik oleh magnet

14.

Minyak merupakan bahan tidak larut air. Betul atau salah?

a)

Betul

b)

Salah

15.

Mengapa gula pasir lebih mudah larut berbanding gula kiub?

a)

kerana saiznya lebih kecil

b)

kerana saiznya lebih besar

16.

Bahan boleh dilarutkan dengan lebih cepat jika menggunakan air panas, diaduk dan bersaiz kecil.

a)

Betul

b)

Salah

17.

Bahan boleh dilarutkan dengan lebih cepat ..............

a)

di dalam air panas

b)

diaduk

c)

menggunakan saiz bahan yang lebih kecil

d)

di dalam air sejuk

e)

tidak diaduk