wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Biologi Tingkatan 4 Bab 13

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Pengawalaturan faktor fizikal dan faktor kimia persekitaran dalam pada julat yang normal supaya sel berfungsi dalam keadaan optimum, Apakah proses ini?

a)

Hemolisis

b)

Homeostasis

c)

Metabolisma

d)

Perkumuhan

2.

Antara berikut yang manakah faktor fizikal dalam kawal atur persekitaran dalaman?

a)

Nilai pH

b)

Tekanan Darah

c)

Kepekatan garam mineral

d)

Kepekatan gula dalam darah

3.

Apakah sistem yang mengawal suhu badan?

a)

kelenjar endokrin,sistem peredaran darah dan sistem pencernaan.

b)

sistem peredaran darah dan sistem saraf

c)

sistem respirasi, sistem peredaran darah dan sistem saraf.

d)

sistem integumen, sistem saraf, sistem peredaran darah, sistem otot dan sistem endokrin

4.

Apakah reseptor yang mengesan perubahan suhu badan?

a)

Termoreseptor

b)

Baroreseptor

c)

Fotoreseptor

d)

Kemoreseptor

5.

Antara berikut yang manakah pengawalaturan suhu badan yang meningkat secara kimia?

a)

otot erektor mengendur dan bulu roma mencondong

b)

Arteriol dalam kulit menggembang

c)

kelenjar adrenal kurang dirangsang

d)

kelenjar peluh dirangsang

6.

Antara berikut yang manakah pengawalaturan suhu badan yang menurun secara kimia?

a)

otot erektor mengecut dan bulu roma menegak

b)

kelenjar tiroid dirangsang menghasilkan tiroksina

c)

kelenjar adrenal kurang dirangsang menghasilkan adrenalina

d)

kelenjar peluh dirangsang menghasilkan peluh

7.

Antara berikut yang manakah pengawalaturan suhu badan yang menurun secara fizikal?

a)

otot erektor mengecut dan bulu roma menegak

b)

kelenjar tiroid dirangsang menghasilkan tiroksina

c)

kelenjar adrenal kurang dirangsang menghasilkan adrenalina

d)

kelenjar peluh dirangsang menghasilkan peluh

8.

Apakah kelenjar yang bertanggungjawab mengekalkan aras glukosa dalam darah?

a)

Adrenal

b)

Pankreas

c)

Tiroid

d)

Pituitari

9.

Dimanakan letaknya reseptor tekanan ?

a)

arka aorta dan arteri karotid

b)

arka refleks dan nodus limfa

c)

kulit dan lidah

d)

mata dan telinga

10.

Apakah akan berlaku apabila tekanan darah menurun?

a)

pemvasocerutan

b)

pemvasodilatan

c)

pengosmokawalaturan

d)

pernafasan

11.

Apakah sistem yang berfungsi menyingkirkan bahan kumuh sebatian bernitrogen, mengawal atur bendalir badan dan tekanan osmosis

a)

endokrin

b)

perkumuhan

c)

pernafasan

d)

penyahtinjaan

12.

Apakah struktur ini, terdiri daripada tubul berlingkar proksimal, liku Henle dan tubul berlingkar distal?

a)

kapsul bowman

b)

glomerulus

c)

tubul renal

d)

arteri renal

13.

Apakah proses ini, proses perembesan bahan buangan dalam darah yang tidak dituras pada awalnya ke dalam tubul renal?

a)

ultraturasan

b)

penyerapan semula

c)

rembesan

d)

resapan

14.
a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

15.

Apakah maksud suap balik negatif?

a)

penyimpangan daripada julat normal

b)

pengurangan dengan julat normal

c)

pengembalian ke julat normal

d)

tiada perubahan pada julat normal

16.

Mengapakah homeostasis penting?

a)

Mengekalkan persekitaran dalaman secara berterusan antara satu julat

b)

Memastikan bahan kumuhan metabolisme disingkirkan dalam masa tertentu

c)

Mengelakkan organisma daripada dipengaruhi oleh rangsangan luar

d)

Membolehkan organisma menyesuaikan diri kepaa rangsngan luaran dengan mengubah persekitaran dalaman

17.

Antara yang berikut, yang manakah tidak dikawal oleh homeostasis?

a)

pH darah

b)

Aras gula dalam vena portal hepar

c)

Suhu badan

d)

Kandungan air dan garam dalam darah

18.

Beberapa proses yang dijalankan oleh benda hidup ditunjukkan di bawah.


I Penafasan

II Perkumuhan

III Perpeluhan

IV Penyahtinjaan


Apakah proses yang menyebabkan kehilangan haba?

a)

I dan III

b)

II dan III

c)

I, III dan IV

d)

I, II, III dan IV

19.

Ginjal seorang pesakit telah rosak selepas mengalami kemalangan jalan raya yang teruk.

Antara yang berikut, yang manakah perlu dilakukan oleh pesakit itu untuk mengekalkan kehidupan normal?

a)

Menerima rawatan hemodialisis

b)

Mengambil diet yang seimbang

c)

Mengurangkan pengambilan makanan yang berkalori tinggi

d)

Mendapatkan suntikan insulin dan glukagon

20.

Antara yang berikut, yang manakah faktor pembentukan batu karang di dalam ginjal?

a)

Pengambilan garam mineral seperti kalsium secara berlebihan

b)

Pengambilan gula secara berlebihan

c)

Kekurangan kalsium

d)

Jangkitan bakteria pada ginjal