WorksheetsKuiz Simpulan Bahasa Tahun 5
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
Pekerja-pekerja di hotel itu _____________ menyiapkan pentas untuk majlis malam nanti.
bermandi peluh
bertegang urat
berputih tulang
berpatah arang
Setelah begitu lama berada di rumah Salmah, kami pun _____________ .
minta diri
minta nyawa
minta hati
minta kasih
Budak yang ______________ itu tidak mahu menurut nasihat ayahnya.
kepala angin
kepala batu
besar kepala
barat kepala
Encik Hasyim ___________ mendermakan buah pinggangnya kepada adiknya.
berbesar hati
berkecil hati
berlebih hati
berbusuk hati
Sazali seperti __________ kerana suka mengasingkan diri.
alim kucing
Abu Nawas
kera sumbang
bodoh sepat
Penduduk kampung mula marah dengan peraih-peraih ikan itu yang bersikap seperti _______________ .
lintah darat
hidung tinggi
telinga kuali
muka tembok
Orang yang gelojoh ialah orang yang ________________.
makan darah
buruk makan
makan suap
makan diri
“Cakap perlahan sedikit, dia tu __________ , nanti ketahuinya rahsia ini,” bisik Sandra kepada Dewi.
telinga nipis
lintah darat
telinga lintah
pekak badak
Orang yang _________ sukar menghilangkan tabiatnya yang suka mencuri.
panjang tangan
tangan terbuka
ringan tangan
lepas tangan
Masyarakat memandang rendah akan penagih dadah. Mereka dianggap sebagai ________________.
kutu embun
buang diri
bawa nasib
kucing kurap
Mereka __________ apabila mendengar cerita Ani yang terjatuh ke dalam sungai sewaktu belajar menaiki basikal.
geli hati
curi hati
makan hati
iri hati
Dari ____________ Amin, saya tahu bahawa dia mempunyai masalah.
rupa muka
air mata
air muka
alis mata
Ayah _________ mahu mengusahakan tanah sawahnya yang telah lama terbiar.
bulat suara
bulat mata
bulat rasa
bulat kata
Lelaki ______________ itu telah mendera anaknya ketika dia mabuk.
kaki rayau
kaki botol
kaki joli
kaki makan
Ayah ________________ apabila mengetahui abang terlibat sama dalam kejadian pecah rumah itu.
naik hairan
naik kasihan
naik angin
naik hantu
Cikgu Jamilah suka menderma. Dia seorang guru yang _____________________.
tangkai jering
murah hati
kera sumbang
mata duitan
Pengemis itu tidur di _______________ kedai Pak Awang.
jalan buntu
jalan mati
muka tembok
kaki lima
Perilaku Aminah yang kurang sopan pada tempoh hari menjadi ________ masyarakat kampung.
buah mulut
buah fikiran
buah cakap
buah-buahan
Pasukan Merah dalam keadaan bahaya setelah __________________ mereka mengalami kecederaan di saat-saat akhir perlawanan.
putera harapan
kaki bangku
ayam tambatan
batu loncatan
Orang ramai begitu ___________ melihat pelbagai barangan yang dijual semasa jualan murah itu.
mata duitan
rabun mata
putih mata
rambang mata
