Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Ekonomi Bab 2 Pasaran

Total questions: 20

Worksheet time: 12mins

Name
Class
Date
1.

Nyatakan maksud permintaan

a)

Kuantiti sesuatu barang atau perkhidmatan yang sanggup dan mampu dikeluarkan oleh pengeluar atau firma pada suatu tingkat harga tertentu dan dalam jangka masa tertentu

b)

Keinginan dan kemampuan seseorang individu untuk membeli sesuatu barang atau perkhidmatan pada suatu tingkat harga tertentu dan dalam jangka masa tertentu

c)

Semakin tinggi harga semakin tinggi kuantiti diminta dan sebaliknya

d)

Semakin tinggi harga semakin rendah kuantit diminta dan sebaliknya

2.

Nyatakan hukum permintaan

a)

Semakin tinggi harga,semakin tinggi kuantiti diminta

b)

Semakin tinggi harga,semakin rendah kuantiti diminta

c)

Semakin rendah harga,semakin rendah kuantiti diminta

d)

Semakin rendah harga,semakin tinggi kuantiti diminta

3.

Nyatakan bentuk keluk permintaan

a)

Mencerun ke bawah dari kiri ke kanan

b)

Mencerun ke atas dari kiri ke kanan

c)

Keluk bersifat positif

d)

Keluk bersifat negatif

4.

Nyatakan penentu permintaan

a)

Harga barang itu

b)

Harga barang lain

c)

Bukan harga barang itu

d)

Bukan harga barang lain

5.

Nyatakan penentu permintaan bagi bukan harga barang itu

a)

Harga barang lain

b)

Cita rasa

c)

Pendapatan

d)

Cuaca

6.

Apakah hubungan yang ditunjukkan oleh keluk permintaan sesuatu barang?

a)

Kuantiti barang X yang dijual dengan harga barang X

b)

Kuantiti barang Y yang dijual dengan harga barang Y

c)

Kuantiti barang X yang diminta dengan harga barang Y

d)

Kuantiti barang X yang diminta dengan harga barang X

7.

Apabila harga barang X meningkat, permintaan barang Y juga meningkat. Antara berikut berikut yang manakah mewakili barang X dan Y.

a)

X = Milo , Y = Gula

b)

X = Kasut , Y = Stokin

c)

X = Ayam , Y = Ikan

d)

X = Kerusi , Y = Meja

8.

Maklumat berikut boleh menyebabkan perubahan dalam permintaan barang Z.

*Harga barang Z dijangka menurun pada masa depan*

*Kadar cukai pendapatan individu ditingkatkan*

Keluk manakah menunjukkan perubahan permintaan bagi barang Z?

a)
b)
c)
d)
9.

Jadual menunjukkan permintaan empat individu bagi barang Z.

Hitungkan jumlah permintaan barang Z bagi individu F dan H pada tingkat RM6.00.

a)

410

b)

504

c)

1294

d)

2432

10.

Berdasarkan jadual , pernyataan manakah benar tentang faktor yang menyebabkan perubahan permintaan pada bulan Jun.

a)

Penurunan tambang pengangkutan awam

b)

Syarikat kewangan mengetatkan syarat sewa beli

c)

Kerajaan mengarahkan penurunan dalam kadar faedah

d)

Harga minyak petrol meningkat

11.

Berapakah kuantiti yang diminta oleh individu T pada tingkat harga RM5 jika Dp ialah keluk permintaan pasaran?

a)

5 unit

b)

7 unit

c)

10 unit

d)

15 unit

12.

Antara berikut yang manakah benar tentang keluk permintaan?

a)

Hubungan antara harga dan kuantiti

b)

Penurunan harga menyebabkan permintaan berkurangan

c)

Keluk permintaan mencerun ke atas dari kiri ke kanan

d)

Menunjukkan kuantiti yang diminta pada setiap tingkat harga

13.

Jadual berikut menunjukkan permintaan bagi empat individu bagi Barang Q. Hitungkan jumlah permintaan Barang Q bagi Individu S dan Individu U pada harga RM9.

a)

1 130

b)

1 320

c)

1 340

d)

1 800

14.

Permintaan berkesan ialah permintaan yang disokong oleh kuasa beli

a)

BETUL

b)

SALAH

15.

Ciri keluk permintaan individu termasuklah..


I. mencerun ke atas dari kiri ke kanan

II. mencerun ke bawah dari kiri ke kanan

III. menunjukkan hubungan negetif antara harga dan kuantiti diminta

IV. menunjukkan hubungan positif antara harga dan kuantiti diminta

a)

I an II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

16.

Antara yang berikut, yang manakah akan mengurangkan permintaan terhadap pakej pelancongan ke luar negara?


I. Kejatuhan pendapatan individu

II. Ketibaan cuti persekolahan

III. Penurunan kadar cukai pendapatan individu

IV. Tambang penerbangan dijangka akan menurun pada masa depan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

17.

Pernyataan manakah yang betul tentang permintaan berkesan?

a)

kehendak yang tidak terhad

b)

minat terhadap sesuatu barang

c)

keperluan yang perlu dipenuhi

d)

kemampuan memiliki barang

18.

Maklumat yang berikut berkaitan dengan hubungan tiga jenis barang.


-Barang X dan barang M adalah barang penggenap.

-Barang X dan barang N adalah barang pengganti.


Jika harga barang X jatuh, apakah kesan terhadap permintaan barang M dan barang N?

a)

barang M - meningkat barang N - meningkat

b)

barang M - meningkat barang N - menurun

c)

barang M - menurun barang N - menurun

d)

barang M - menurun barang N - meningkat

19.

Permintaan berkesan dalam ekonomi merujuk...

a)

kehendak individu untuk memaksimumkan kepuasan

b)

keinginan individu yang disokong oleh kuasa beli

c)

keperluan asas individu untuk meneruskan hidup

d)

kehendak individu yang pelbagai dan tidak terhad

20.

Menurut hukum permintaan hubungan antara kuantiti yang diminta dengan harga digambarkan oleh

a)

keluk permintaan menegak

b)

keluk permintaan mendatar

c)

keluk permintaan mencerun ke atas dari kiri ke kanan

d)

keluk permintaan mencerun ke bawah dari kiri ke kanan