Font size
WorksheetsBiologi Tingkatan 5 Bab 11
Total questions: 27
Worksheet time: 14mins
Gamet yang dihasilkan oleh genotip Rr adalah…
R
r
R dan r
RR dan rr
Pewarisan monohibrid melibatkan _________ ciri dan trait berbeza yang dikawal oleh satu gen.
satu
dua
tiga
empat
Jika T mewakili alel untuk tinggi dan t mewakili alel untuk kekerdilan, maka individu yang heterozigot untuk ketinggian diwakili oleh:
TT
Tt
tt
Ciri yang manakah digunakan dalam eksperimen Mendel?
warna daun
bilangan biji benih
saiz buah
ketinggian pokok
Hukum segregasi juga dikenali sebagai
Hukum Mendel pertama
Hukum Mendel kedua
Berikut adalah jenis gamet yang dihasilkan oleh pokok yang mempunyai genotip BbUu kecuali..
BU
Bu
bU
Ub
Berapakah nisbah fenotip F2 bagi suatu kacukan dihibrid?
9:3:3:1
9:3:3:3
3:1
1:3:3:9
Antara berikut, yang manakah BENAR tentang Hukum Mendel I?
Beliau menjalankan kajian mengenai satu ciri.
Beliau mengira bilangan anak pokok walnut.
Setiap ciri organisma ditentukan oleh satu alel tunggal.
Alel tersebut terpisah semasa mitosis dan hadir dalam gamet tunggal.
Dalam kacang pea, alel Y bagi biji berwarna kuning ialah dominan dan alel y bagi biji berwarna hijau ialah resesif. Dalam satu eksperimen, 200 tumbuhan heterozigot didebungakan sendiri dan 1500 biji berwarna kuning telah dikumpulkan. Berapakah biji berwarna hijau akan dikumpulkan?
6000
2000
1500
500
Seekor rama-rama bermata merah yang baka tulen dikacukkan dengan seekor rama-rama bermata putih baka tulen juga. Mata merah adalah dominan terhadap mata putih. Apakah nisbah fenotip dalam generasi F1?
Semua bermata putih
Semua bermata merah
1 bermata merah : 1 bermata putih
1 bermata merah : 3 bermata putih
Alel bagi bunga ros warna merah adalah dominan terhadap warna kuning. Dua pokok ros yang heterozigot dikacukkan. Apakah peratusan anak yang dihasilkan berwarna kuning?
0%
25%
50%
75%
Apakah jenis gamet yang boleh dihasilkan oleh pokok kacang pea heterozigos (BbHh) untuk warna bunga dan kedudukan bunga?
BH and bh
Bh dan Hh
BH, Bh, bH dan bh
Bb, Hh, BH, bh
Antara yang berikut, manakah menunjukkan kedudukan pasangan alel heterozigot yang BETUL?
A
B
C
D
Antara berikut, yang manakah merujuk kepada pewarisan dihibrid?
Semasa pembentukan gamet, setiap ahli daripada sepasang alel boleh bergabung secara rawak dengan ahli daripada pasangan alel yang lain
Semasa pembentukan gamet, setiap alel daripada kromosom homolog yang sama boleh bergabung antara satu sama lain.
Nisbah genotip yang terhasil daripada generasi filial kedua ialah 9 : 3 : 1 : 1
Melibatkan satu trait sahaja
Pokok kacang pea yang tinggi heterozigot telah dikacukkan dengan pokok kacang pea kerdil. Berapakah nisbah fenotip filial pertama?
Semua tinggi
Semua kerdil
1 (tinggi) : 1 (kerdil)
3 (tinggi) : 1 (kerdil)
Hukum Pengaturan Bebas juga dikenali sebagai ..................
Hukum Mendel I
Hukum Mendel II
Setiap pasangan alel akan terpisah semasa meiosis dan gamet hanya boleh membawa satu alel sahaja. Nyatakan hukum yang terlibat.
Hukum Mendel I
Hukum Mendel II
Hukum Mendel II melibatkan perwarisan dihibrid. Apakah yang dimaksudkan dengan DIHIBRID?
1 ciri
2 ciri
3 ciri
4 ciri
Berapakah bilangan kromosom autosom?
23
2
44
46
Antara berikut yang manakah benar tentang kromosom seks
I - Terdiri daripada pasangan kromosom 1 hingga 22
II - Menentukan jantina
III- Terdiri daripada X dan Y
IV - Mengawal ciri-ciri sel soma
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Yang manakah antara berikut merupakan penyakit genetik yang disebabkan oleh tak disjungsi kromosom?
SIndrom down
Hemofilia
Sindrom Turner
Buta warna
Sindrom Klinefelter
Rajah menunjukkan karyotip bagi penyakit genetik ______________
Sindrom Down
Sindrom Turner
Sindrom Klinefelter
Sindrom Asperger
Rajah menunjukkan ciri-ciri fizikal bagi sejenis penyakit genetik. Apakah yang menyebabkan penyakit tersebut?
Tambahan satu kromosom X
Kekurangan satu kromosom X
Tambahan kromosom 5
Trisomi 21
Apakah ciri-ciri pesakit yang menghidap sindrom Klinefelter?
Mempunyai kromosom seks XXY
Jantina individu adalah perempuan
Pertumbuhan testis terbantut
Pembentukan buah dada
Leher yang lebar
Apakah ciri-ciri yang menentukan kromosom homolog?
Saiz kromosom
Kedudukan sentromer
Lengkungan kromosom
Corak jalur pada kromosom
Pada fasa manakah dalam meiosis yang boleh menyebabkan tak disjungsi berlaku pada kromosom?
Metafasa I
Anafasa I
Anafasa II
Telofasa I
Telofasa II
Apakah penyakit genetik yang dihadapi oleh kanak-kanak dalam rajah?
Sindrom Turner
Sindrom Klinefelter
Sindrom Turner
Sindrom Down
