WorksheetsKATA HUBUNG
Total questions: 15
Worksheet time: 5mins
Baca teliti dan jawab semua soalan.
Kata Hubung
Rosli menunggang basikal dengan berhati-hati ______ jalan itu sangat licin.
tetapi
bahawa
supaya
kerana
Kemalangan itu melibatkan sebuah motosikal ________ sebuah lori.
atau
hingga
dan
kecuali
Encik Mahendran berbual-bual dengan rakan sekerja _____ menanti kedatangan ketuanya untuk bermesyuarat.
sementara
manakala
jika
kerana
Kakinya bengkak ______ disengat oleh seekor lebah.
kerana
agar
tetapi
kalau
Aiman menutup suis komputer _______ keluar dari makmal komputer.
dan
lalu
sambil
serta
Kenneth membaca majalah kesukaannya ______ mendengar radio.
sambil
manakala
atau
hingga
Saya tidak akan menyertai perkhemahan itu _______ ibu bapa tidak memberi kebenaran.
jika
tetapi
walaupun
meskipun
Chin Leong mendapat 92 markah dalam peperiksaan Matematik ______ dia masih tidak berpuas hati.
tetapi
kerana
kalau
malahan
Tangan kita perlu sentiasa dicuci ______ tidak dijangkiti kuman.
jikalau
ketika
lalu
agar
Banjir _____ gempa bumi merupakan bencana alam yang sering berlaku di sesetengah negara.
seraya
dan
hingga
kecuali
Seng Yuk membuat laporan polis ______ mengetahui kad pengenalannya hilang.
sebelum
setelah
sungguhpun
kecuali
Setiap murid boleh memilih sama ada menyertai Kelab Badminton ______ Kelab Olahraga sebagai aktiviti kokurikulum mereka.
dan
atau
serta
tatkala
Puan Laila bukan sahaja tekun bekerja ______ dia juga seorang suri rumah tangga yang baik.
malahan
dan
bahawa
kerana
Klinik itu beroperasi selama 18 jam setiap hari ______ hari Ahad.
kecuali
atau
dan
selepas
_________ Ji Han miskin, namun demikian dia tetap berusaha bersungguh-sungguh mencapai cita-citanya.
Sungguhpun
Sekiranya
Selepas
Ketika
