wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PENTAKSIRAN (UJIAN) FASA 1 SEJARAH TINGKATAN 3

Total questions: 25

Worksheet time: 50mins

Name
Class
Date
1.

Pilih hasil galian yang banyak terdapat di negeri-negeri Melayu?

a)

Bijih timah, emas dan perak

b)

Mutiara, rumpai laut dan bijih timah

c)

Buah-buahan rempah ratus dan emas

d)

Kapur barus, damar dan getah jelutung

2.

Pilih penyataan yang merujuk kepada sistem pendidikan formal dalam masyarakat Melayu.

a)

Bermatlamat agar melahirkan individu yang berdikari apabila mencapai usia dewasa

b)

Pendidikan turut disampaikan melalui cerita berbentuk teladan dan memberi pengajaran

c)

Diajari kemahiran bersawah, bertukang,berburu, memancing dan menyumpit

d)

Dilaksanakan di masjid, surau, madrasah dan istana

3.

Apakah faktor kedatangan kuasa barat ke Alam Melayu pada abad ke-16?

a)

Mahu menyebarkan agama Kristian

b)

Desakan Revolusi Perindustrian

c)

Perkembangan industri motokar

d)

Pembukaan Terusan Suez

4.

kuasa Barat manakah yang berhasrat untuk mendapatkan Pulau Langkawi?

a)

Rusia

b)

Jerman

c)

Portugis

d)

Sepanyol

5.

Apakah strategi British untuk mendapatkan Pulau Pinang?

a)

Pakatan

b)

Perjanjian

c)

Manipulasi

d)

Tipu helah

6.

Apakah pelabuhan pertama yang dibuka oleh orang Melayu Sumatera di Pulau Pinang?

a)

Pelabuhan Perai

b)

Pelabuhan Penang

c)

Pelabuhan Batu Uban

d)

Pelabuhan Georgetown

7.

Bagaimanakah British memperolehi Seberang Perai?

a)

Ugutan

b)

Perjanjian

c)

Tipu helah

d)

Manipulasi politik

8.

Perjanjian London, 1824 bertujuan menjaga kepentingan British dan Belanda.

Apakah kesannya terhadap Alam Melayu?

a)

Menjadi tanah jajahan British

b)

Sistem pentadbiran di Alam Melayu semakin tersusun dan sistematik

c)

Terbahagi kepada dua lingkungan pengaruh Barat

d)

Selat Melaka dikuasai oleh Belanda sepenuhnya

9.

Apakah tujuan penggabungan Negeri-negeri Selat?

a)

Menjimatkan perbelanjaan

b)

Memperkukuhkan pertahanan

c)

Menguasai Selat Melaka

d)

Melindungi pedagang

10.

Apakah status wilayah dalam Negeri-Negeri Selat pada 1 April 1867?

a)

Tanah jajahan British

b)

Negeri naungan British

c)

Negeri-negeri Bersekutu

d)

Negeri-negeri Tidak Bersekutu

11.

Apakah sumber kekayaan yang dimiliki oleh kerajaan negeri Perak sejak abad ke-15

a)

Emas

b)

Bijih besi

c)

Petroleum

d)

Bijih timah

12.

Apakah yang mencetuskan Perang Larut di Perak antara tahun 1861-1874?

a)

Perbalahan antara pembesar negeri

b)

Pembunuhan rakyat British yang bernama Goh Hui

c)

Pergaduhan kumpulan pelombong Cina iaitu Ghee Hin dan Hai San

d)

Masalah perebutan takhta selepas kemangkatan Sultan Ali

13.

Pilih kesan Perjanjian Pangkor 1874 yang dimeterai di Perak.

a)

Raja Abdullah digelar Sultan Muda

b)

Sultan berkuasa dalam pentadbiran

c)

British berkuasa terhadap hasil cukai

d)

Raja Ismail diiktiraf sebagai Sultan Perak

14.

Apakah peranan Residen British?

a)

Mengambil alih urusan pentadbiran

b)

Menasihati sultan dalam hal pentadbiran

c)

Menyediakan dana kepada negeri-negeri Melayu dalam urusan perlombongan

d)

Menetapkan peraturan dalam pentadbiran negeri Melayu termasuk adat istiadat

15.

Apakah faktor pembentukan Negeri-negeri Melayu Bersekutu?

a)

Menyelesaikan masalah kewangan yang dialami oleh negeri Pahang

b)

Melatih pemimpin tempatan ke arah pemerintahan sendiri

c)

British ingin memajukan kerajaan di Tanah Melayu berdasarkan sumber kekayaan yang dimiliki

d)

Memastikan sumber perlombongan di Tanah Melayu tidak dimonopoli oleh mana-mana pihak

16.

Apakah faktor peluasan kuasa British di Kedah dan Perlis?

a)

Memperkukuhkan pertahanan

b)

Menguasai industri pembinaan kapal

c)

Memperoleh sumber bekalan makanan

d)

Terletak di laluan perdagangan antara Siam dan Singapura

17.

British menyedari Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu berada di bawah naungan Siam.

Apakah strategi British untuk meluaskan kuasa di negeri-negeri tersebut?

a)

Ugutan

b)

Paksaan

c)

Perjanjian

d)

Ketenteraan

18.

Seorang Penasihat Am British telah dilantik di Johor.

Apakah akibatnya kepada negeri tersebut?

a)

British berjaya menjajah Johor

b)

Johor menjadi negeri naungam British

c)

Undang-undang Tubuh Negeri terbatal

d)

Kedudukan sultan dan pembesar terjejas

19.

Negeri-negeri Melayu Tidak bersekutu terletak di bawah kawalan ___________________________

a)

Residen Jeneral

b)

Penasihat British

c)

Tanah Jajahan Mahkota British

d)

Persuruhjaya Tinggi Negeri-negeri Melayu Bersekutu

20.

Mengapakah usaha British untuk menggabungkan pentadbiran Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu dengan Negeri-negeri Melayu Bersekutu gagal?

a)

Melibatkan kos yang besar

b)

Tercetusnya Perang Dunia Kedua

c)

Berlaku perubahan dasar di Britain

d)

Mendapat tentangan raja Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu

21.

Sistem kesukuan dilaksanakan oleh masyarakat tempatan di Sarawak dan Sabah.

Dalam sistem pemerintahan tersebut, apakah aspek yang dijadikan alat kawalan sosiopolitik?

a)

Pegangan adat

b)

Majlis Kampung

c)

Autoriti golongan Datu

d)

Kepercayaan animisme

22.

Dalam masyarakat tempatan Sabah yang mengamalkan sistem kesukuan, siapakah pemimpin utama yang bertanggungjawab menyelesaikan pertikaian?

a)

Orang Tua

b)

Ketua Bebas

c)

Tukang Adat

d)

Majlis Kampung

23.

Antara yang berikut, keadan yang manakah membuka peluang kepada James Brooke untuk bertapak di Sarawak?

a)

Perang Beting Maru

b)

Penentangan Datu Patinggi Ali

c)

Ancaman lanun di Batang Lupar

d)

Konflik dalam kalangan pembesar

24.

Sebelum pertapakan dan peluasan kuasa SBUB di Sabah, British telah menguasai dua buah kawasan di Sabah.

Apakah kawasan yang dimaksudkan?

a)

Labuan dan Kudat

b)

Labuan dan Balambangan

c)

Kudat dan Tawau

d)

Tawau dan Balambangan

25.

Siapakah yang bertanggungjawab memperolehi status piagam (Charter) untuk SBUB?

a)

Alfred Dent

b)

J.W. Torrey

c)

Wiliam Hood Treacher

d)

Baron Gustavus von Overbeck