wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PERIBAHASA TINGKATAN 4

Total questions: 31

Worksheet time: 16mins

Name
Class
Date
1.

Biar putih tulang, jangan putih mata

a)

Orang yang tiada harapan untuk sembuh.

b)

Keadaan nazak hendak menghembuskan nafas terakhir.

c)

Lebih baik mati berjuang daripada menanggung malu kerana menyerah kalah

2.

Usaha tangga kejayaan

a)

Sesorang itu perlu memastikan tanamanya tidak diserang makhluk perosak.

b)

Seseorang itu perlu berusaha dengan gigih untuk menempa kecemerlangan.

c)

Seseorang itu perlu mencapai tangga untuk ke menara gading

3.

Bagai aur dengan tebing

a)

Bergotong-royong memastikan kawasan persekitaran bersih.

b)

Hubungan yang akrab antara manusia.

c)

Tolong-menolong antara satu sama lain.

4.

Ibarat belayar sambil memapan

a)

Melakukan dua pekerjaan atau perkara sekali gus.

b)

Membawa diri berhijrah ke luar negara

c)

Berjalan atau berkelana tanpa arah tujuan.

5.

Maksud : Sekiranya hendak mengetahui ataupun menguasai sesuatu perkara belajarlah daripada orang-orang yang ahli ataupun akar dalam perkara.

a)

Hendak belajar berenang, dapatkan itik, hendak belajar memanjat, dapatkan tupai.

b)

Hendak mengaji biarlah bersedia, hendak berkerja silalah berusaha.

c)

Hendak berguru datanglah segera, hendak bermesra bawalah hadiah.

6.

Maksud: Sekiranya kita bersungguh-sungguh dalam satu perkara atau dalam menyelesaikan masalah, kita pasti akan berjaya menyelesaikannya.

a)

Untung sabut timbul, untung batu tenggelam

b)

Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit.

c)

Di mana ada kemahuan di situ ada jalan.

7.

Orang mengantuk disorongkan bantal.

a)

Sangat mengantuk kerana keletihan.

b)

Gembira kerana mendapat sesuatu yang diingini

c)

Perasaan marah kerana diganggu.

8.

Kakak yang bercita-cita mahu menjadi seorang doktor rajin membaca buku-buku tentang perubatan dan membuat banyak kajian yang berkaitan di perpustakaan sekolah.

a)

Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit.

b)

Kalau tidak dipecahkan ruyong manakan dapat sagunya.

c)

usaha tangga kejayaan.

9.

Ibu saya membayar bil elektrik dan membeli setem di pejabat pos yang sama ketika membeli-belahdi pasar raya yang berdekatan dengan Bukit Tinggi, Klang.

a)

Kalau tidak dipecahkan ruyong manakan dapat sagunya.

b)

Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.

c)

Ibarat belayar sambil memapan.

10.

Bagai pinang dibelah dua

a)

Keadaan yang sama rata.

b)

Kedudukan yang sekata

c)

Kelihatan sama cantik dan sepadan.

d)

Sesuai dan sepadan.

11.

Bagai isi dengan kuku.

a)

Sahabat baik yang tak dapat dipisahkan.

b)

Hubungan yang erat.

c)

Kasih sayang yang utuh.

d)

Hubungan yang terikat.

12.

Bukit sama di daki,lurah sama di turuni.

a)

Kerjasama memudahkan hubungan

b)

Susah senang tetap bersama-sama.

c)

Sama-sama mengharungi dugaan.

d)

Saling membantu.

13.

Terlajak perahu boleh diundur,terlajak kata buruk padahnya.

a)

Perahu boleh berhenti,mulut tak pandai berhenti.

b)

Buat sesuatu kesalahan boleh dibetulkan.

c)

Mulut pandai bercakap,perbuatan tak dapat diperbetulkan.

d)

Tersalah perbuatan boleh dibetulkan, tersalah kata buruk kesannya.

14.

Hati gajah sama dilapah,hati kuman sama dicicah.

a)

Besar dengan yang besar,kecil sama kecil

b)

Yang banyak dirasai bersama-sama,yang sikit tetap dikongsi.

c)

Banyak kita bahagikab,sikit kita simpan.

d)

Besar kelihatan banyak,sikit kelihatan sikit.

15.

Ikan pulang ke lubuk.

a)

Ikan yang ditangkap.

b)

Ikan di dalam lumpur.

c)

Pulang ke tempat asal

d)

Tidak lupa tempat asal.

16.

Berikan maksud peribahasa "Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas"

a)

sesuatu yang terdedah kepada panas dan hujan

b)

sesuatu yang tidak akan rosak walaupun ditimpa hujan.

c)

Adat yang tidak berubah; sesuatu yang tetap utuh.

17.

Berikan maksud peribahasa "Yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang"

a)

Sesuatu benda tidak akan datang tanpa usaha

b)

sesuatu yang datang tanpa perlu berusaha

c)

sesuatu yang telah ditakdirkan menjadi rezeki kita

18.

Berikan maksud peribahasa "Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri"

a)

banyak kekayaan yang boleh diperoleh dinegeri orang berbanding negeri sendiri.

b)

Walau bagaimana baik pun keadaan di tempat atau negara lain, tempat atau negara kita tetap lebih baik dan selesa.

c)

lebih mudah mencari kekayaan di negara orang berbanding negara sendiri

19.

Berikan maksud peribahasa "Biar mati anak, jangan mati adat"

a)

orang yang sanggup membunuh anak demi kepentingannya

b)

Orang yang kuat berpegang kepada adat.

c)

adat yang perlu dikekalkan sepanjang zaman.

20.

Peribahasa yang mempunyai maksud yang sama dengan peribahasa "bagai dakwat dengan kertas" adalah

a)

bagai isi dengan kuku

b)

bagai cincin dengan permata

c)

bagai bulan di pagar bintang

21.

Peribahasa lain yang mempunyai maksud yang sama dengan peribahasa "burung terbang dipipiskan lada" adalah ?

a)

sudah terhantuk baru nak terngadah

b)

mendengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan

c)

bagai melepaskan batuk di tangga

22.

Apakah maksud peribahasa?

a)

Peribahasa ialah ayat atau kumpulan kata yang tetap susunannya dan mempunyai maksud yang tertentu untu menyampaikan berita, secara rasmi dan tidak rasmi.

b)

Peribahasa ialah ayat atau kumpulan kata yang berubah-ubah susunannya dan mempunyai maksud yang tertentu dengan tujuan untuk memberi nasihat, memberi pengajaran, sebagai satu bentuk tuturan, sindiran dan sebagainya.

c)

Peribahasa ialah ayat atau kumpulan kata yang tetap susunannya dan mempunyai maksud yang tertentu dengan tujuan untuk memberi nasihat, memberi pengajaran, sebagai satu bentuk tuturan, sindiran dan sebagainya.

d)

Peribahasa ialah frasa atau kumpulan kata yang tidak tetap susunannya dan mempunyai maksud yang tertentu dengan tujuan untuk memberi nasihat, memberi pengajaran, sebagai satu bentuk tuturan, sindiran dan sebagainya.

23.

Pilih peribahasa yang terdapat dalam buku teks Bahasa Melayu KSSM bagi Tema 2, Insan terdidik negara sejahtera

a)

Zaman Tuk Nadur berkajang kain

b)

Kalau hendak seribu daya, kalau tak hendak seribu dalih

c)

Orang mengantuk disorong bantal

d)

Bagai cendawan tumbuh selepas hujan

e)

umpama kera mendapat bunga

24.

kecil-kecil (a)   padi

25.

kecil jangan disangka anak, besar jangan disangka (a)   .

26.

takkan lari (a)   dikejar.

27.

(a)   khabar daripada rupa

28.

(a)   mendapat bunga

29.

bapa (a)   anak rintik

30.

sambil (a)   minum air

31.

air tenang jangan disangka tiada__________

a)

ular

b)

buaya

c)

ombak