Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 1 [AUGUST 2021]

Total questions: 40

Worksheet time: 30mins

Name
Class
Date
1.

Moral berasal daripada Bahasa Latin, iaitu mores. Perkataan tersebut merujuk kepada tingkah laku yang _____________, _______________ dan diterima sejajar dengan kehendak agama, norma masyarakat, peraturan dan undang-undang.?

a)

baik, cemerlang

b)

baik, betul

c)

betul, hebat

d)

betul, jelas

2.

Kepentingan mempelajari moral ialah _________________________

a)

membentuk perpaduan.

b)

mengamalkan rasuah.

c)

kurang keyakinan diri.

d)

mempunyai sifat pentingkan diri sendiri.

3.

Mengapakah kita perlu menjadi insan bermoral?

a)

menjaga keamanan.

b)

menjaga nama baik keluarga.

c)

menjaga kebajikan.

d)

menjaga diri sendiri.

4.

Berikut sumber moral, kecuali ___________________.

a)

agama.

b)

adat sedam dan kepercayaan.

c)

prinsip rukun negara.

d)

pendapat ibu bapa.

5.

Sumber moral sangat penting dalam kehidupan kerana ____________________.

a)

sumber pembentukan nilai moral.

b)

sumber panduan tingkah laku.

c)

sumber pemikiran.

d)

sumber agama.

6.

Rakan anda ponteng kelas. Apakah tindakan yang patut anda ambil?

a)

merahsiakan daripada guru.

b)

mengikutnya ponteng kelas.

c)

membiarkan tindakannya.

d)

menasihatinya agar tidak ponteng.

7.

Ranjeet Singh dedenda oleh gurunya kerana keluar tanpa mendapat kebenaran. Tindakan gurunya itu merupakan tingkah laku yang ______________.

a)

benar.

b)

baik.

c)

sesuai.

d)

patut.

8.

“Tingkah laku yang sesuai dibuat dan diterima oleh masyarakat”. Berikut merupakan maksud bagi perlakuan yang _______________.

a)

baik.

b)

patut.

c)

benar.

d)

jujur.

9.

Apakah perasaan kamu jika dapat membantu rakan?

a)

Berat hati.

b)

Dukacita.

c)

Gembira.

d)

Bangga diri.

10.

Berikut adalah amalan-amalan yang digalakkan dalam agama, kecuali _______________.

a)

mengambil barang orang lain tanpa keizinan.

b)

membantu orang lain yang dalam kesusahan.

c)

bersyukur dengan rezeki yang diperoleh.

d)

mendekatkan diri dengan perkara positif.

11.

Apabila kita menghormati upacara keagamaan lain, kita akan dapat __________________.

a)

menyelesaikan masalah.

b)

menjamin kesejahteraan.

c)

menikmati keindahan agama.

d)

menyanjungi agama tersebut.

12.

Apakah perayaan yang disambut oleh Orang Asli Semai?

a)

Kinorohingan.

b)

Nyenang.

c)

Hari Menuai.

d)

Upacara Magayau.

13.

Puan Amrita Kaur beragama Sikh. Apakah perayaan yang disambut oleh beliau?

a)

Hari Gawai.

b)

Hari Raya.

c)

Deepavali

d)

Vaisakhi.

14.

Apakah sambutan keagamaan Ng Siew Chai yang beragama Buddha?

a)

Vaisakhi.

b)

Tahun Baru.

c)

Hari Raya.

d)

Hari Wesak.

15.

Penganut agama Islam menyambut Maulidur Rasul bersempena ________________.

a)

memperingati Keputeraan Jesus.

b)

memperingati Hari Keputeraan Nabi Muhammad.

c)

memperingati Keputeraan Buddha.

d)

memperingati Tahun Baharu Islam.

16.

Apakah makanan yang dimakan oleh penganut agama Hindu pada perayaan Ponggal?

a)

Nasi Ponggal.

b)

Laddu.

c)

Muruku.

d)

Ketupat.

17.

Antara amalan beragama dan berkepercayaan adalah __________________.

a)

bersyukur.

b)

berdoa dan dosa.

c)

membenci dan mencaci.

d)

tidak menghormati agama lain.

18.

Sebagai tanda menghormati rakan kamu yang beragama Islam sedang berpuasa, apakah perkara yang kamu patut lakukan?

a)

Tidak makan dan minum sepanjang hari.

b)

Makan dan minum secara membelakangkan mereka.

c)

Memberi makanan kepada mereka.

d)

menghalau mereka.

19.

Potensi diri bermaksud bakat, ______________ atau kekuatan yang ada pada seseorang.

a)

kesanggupan

b)

kebolehan

c)

kelebihan

d)

kerajian

20.

Apabila anda sudah mengenali potensi diri anda, mudah untuk anda mencapai ________________ dalam bidang yang anda ceburi.

a)

kemewahan

b)

kesenangan

c)

kepandaian

d)

kejayaan

21.

Anggota keluarga merupakan insan yang paling penting dalam hidup kita. Berikut merupakan cara menyayangi anggota keluarga, kecuali __________________.

a)

memberi bebanan kepada ahli keluarga.

b)

meraikan hari istimewa keluarga.

c)

memberi hadiah atau kad ucapan.

d)

berkongsi masa suka dan duka.

22.

Hubungan antara ahli keluarga akan menjadi lebih _______________ apabila anggota keluarga saling menyayangi.

a)

renggang

b)

erat

c)

berat

d)

duka

23.

Berikut merupakan ciri-ciri keluarga bahagia, kecuali ________________.

a)

hubungan akrab.

b)

peka akan perasaan anggota keluarga.

c)

saling berselisih faham.

d)

hubungan mesara.

24.

Pelbagai aktiviti yang menarik boleh dirancang untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan dan melahirkan keluarga bahagia. Berikut merupakan antara aktiviti yang boleh dan sesuai dilaksanakan, kecuali ____________________.

a)

program hari keluarga.

b)

aktiviti riadah bersama keluarga.

c)

amalan makan bersama keluarga.

d)

aktiviti perjudian bersama keluarga.

25.

Dalam kehidupan seharian, semua remaja mempunyai sahabat. Berikut merupakan sahabat berciri positif, kecuali ________________.

a)

pentingkan diri.

b)

ikhlas.

c)

prihatin.

d)

bersopan santun.

26.

Terdapat kebaikan dan keburukan dalam menjalinkan perhubungan persahabatan. Apakah kesan yang berlaku sekiranya remaja memilih sahabat yang negatif?

a)

Tidak berasa sunyi.

b)

Menjejaskan nama baik diri dan keluarga.

c)

Mudah mendapat bantuan dan sokongan.

d)

Menjamin masa depan.

27.

Dalam menjalinkan hubungan persahabatan, remaja tidak seharusnya bersikap keterlaluan sehingga mengabaikan keluarga. Berikut merupakan cara menjalinkan persahabatan tanpa mengabaikan keluarga, kecuali ______________________.

a)

meluangkan masa yang lebih untuk keluarga daripada sahabat.

b)

mengutamakan keluarga daripada sahabat apabila perlu membuat pilihan.

c)

memenuhi kehendak sahabat sehingga mengabaikan kepentingan keluarga.

d)

menjaga perasaan keluarga dan menerima nasihat yang diberikan.

28.

Sahabat yang berciri positif akan mendorong kita untuk _________________. Sebaliknya, sahabat yang berciri negatif akan _____________________.

a)

bersama, berbahagian.

b)

berdisiplin, mendorong kita melakukan sesuatu yang baik.

c)

bersemangat, membantu kita sepanjang masa.

d)

berjaya, memusnahkan masa depan kita.

29.

Semua warga sekolah sepatutnya mengamalkan ciri warga sekolah yang sejahtera demi mewujudkan persekitaran sekolah yang selesa, harmoni dan perasaan gembira untuk ke sekolah. Berikut merupakan ciri warga sekolah yang sejahtera, kecuali _______________.

a)

mencaci antara satu sama lain.

b)

saling menghormati antara satu sama lain.

c)

bersopan santun dan berbudi pekerti mulia.

d)

bekerjasama bagi menjayakan sesuatu aktiviti.

30.

Memantapkan kawalan keselamatan oleh pengawal sekolah merupakan salah satu cara bagi meningkatkan kesejahteraan warga sekolah. Apakah cara lain yang boleh diamalkan untuk meningkatkan kesejahteraan warga sekolah?

a)

melonggarkan peraturan sekolah demi kesenangan para pelajar.

b)

memastikan persekitaran sekolah ceria, selesa dan bersih.

c)

memastikan ibu bapa tidak mencampuri urusan persekolahan anak-anak mereka.

d)

mengasingkan kawasan kantin mengikut kaum.

31.

Terdapat banyak manfaat dan kepentingan apabila sesebuah sekolah dapat meningkatkan kesejahteraan warganya, contohnya ________________________.

a)

salah laku murid meningkat.

b)

proses pembelajaran sukar dilaksanakan.

c)

keputusan peperiksaan dan aktiviti kokurikulum yang membanggakan.

d)

orang luar bebas keluar dan masuk ke kawasan sekolah.

32.

Berikut merupakan langkah-langkah yang boleh dilaksanakan bagi meningkatkan kesejahteraan sekolah, kecuali ____________________.

a)

pembersihan berkala atau berjadual melibatkan seluruh kawasan sekolah.

b)

gotong-royong bersama pelajar, ibu bapa dan guru.

c)

memasang lebih banyak kamera litar tertutup di setiap bangunan sekolah.

d)

mengamalkan konsep sekolah tanpa pagar demi mewujudkan persekitaran yang lebih semula jadi.

33.

Keselamatan di kawasan kediaman merupakan perkara yang dititikberatkan oleh semua golongan. Berikut merupakan ancaman yang menjejaskan keselamatan di kawasan kediaman, kecuali ___________________.

a)

pecah amanah.

b)

pecah rumah.

c)

peras ugut.

d)

ragut.

34.

Peranan individu, jiran dan masyarakat sangat penting dalam usaha mengekalkan keselamatan kawasan kediaman. Apakah langkah yang boleh dilaksanakan untuk mengekalkan keselamatan kawasan kediaman anda?

a)

Menyertai parti politik.

b)

Menyertai aktiviti Rukun Tetangga.

c)

Menyekat hubungan kejiranan.

d)

mementingkan keluarga sendiri berbanding kejiranan.

35.

Banyak faedah dan kepentingan yang diperoleh apabila semua pihak sanggup memainkan peranan menjaga keselamatan di kawasan kediaman. Berikut merupakan kepentingan mengekalkan keselamatan kawasan kediaman, kecuali ___________________.

a)

hidup sejahtera dan bahagia.

b)

gejala sosial dapat dikurangkan.

c)

perasaan kerisauan tinggal di kediaman sendiri.

d)

keselamatan penduduk terjamin.

36.

Segelintir masyarakat tindak bertanggungjawab melakukan vandalisme terhadap kemudahan awam. Berikut merupakan contoh perbuatan vandalisme, kecuali __________________.

a)

merosakkan alat permainan di taman permainan.

b)

menconteng dinding dan pintu tanda awam.

c)

merosakkan pam atau singki tandas.

d)

melukis mural pada dinding.

37.

Apakah punca yang mendorong seseorang remaja melakukan vandalisme?

a)

Pengaruh rakan sebaya.

b)

Didikan agama yang kukuh.

c)

Semangat patriotisme yang tinggi.

d)

Galakan ibu bapa.

38.

Peranan pelbagai pihak diperlukan untuk menangani masalah vandalisme di negara ini. Antara pihak berikut, pihak manakah yang tidak berkaitan?

a)

Kerajaan.

b)

Agensi Anti Dadah Kebangsaan.

c)

Masyarakat.

d)

Sekolah.

39.

Perlakuan vandalisme mampu memberikan kesan yang serius kepada semua pihak. Berikut merupakan kesan vandalisme, kecuali _____________________.

a)

menyusahkan orang ramai yang ingin menggunakan kemudahan tersebut.

b)

membazirkan wang negara yang sepatutnya digunakan untuk tujuan pembangunan.

c)

menjadikan daya tarikan orang asing ke negara ini.

d)

Menjejaskan imej dan nama baik negara.

40.

Sebagai rakyat Malaysia, kita sewajarnya berganding bahu untuk menjaga kemudahan awam dengan baik. Kita perlulah melaporkan kerosakan kemudahan awam kepada _______________________.

a)

Jabatan Alam Sekitar.

b)

Kementerian Pertahanan.

c)

Kenalan dan jiran-jiran.

d)

Pihak Berkuasa Tempatan.