Worksheetsujian bertulis 4
Total questions: 80
Worksheet time: 40mins
Ayah membeli sebuah meja makan berbentuk ____________ untuk diletakkan di ruang dapur.
bengkok
leper
bulat
lurus
Semua pihak perlu menggembleng tenaga bagi ___________ kempen kita semula dapat mencapat matlamatnya.
memastikan
dipastikan
kepastian
pemastian
Sekumpulan murid sedang melakukan regangan di padang sekolah dengan memakai __________.
baju hujan
baju sukan
baju besi
baju kurung
" __________lah masuk ke dalam rumah. Pelbagai juadah yang lazat telah tersedia untuk para tetamu," pelawa Encik Danny kepada tetamunya yang baru tiba.
Sila
Usah
Tolong
Jemput
"__________ berharap agar rakyat jelata akan patuh segala peraturan di negeri ini agar kita dapat hidup aman dan harmoni," titah Sultan Badli Syah.
Beta
Baginda
Tuanku
Patik
Dermawan yang __________ itu menyumbangkan RM 10000 untuk tabung mangsa-mangsa banjir.
besar hati
murah hati
tawar hati
ada hati
Walaupun Nina dan Nani pasangan kembar, namun mereka sering tidak sependapat seperti _______.
rusa masuk kampung
ayam berak kapur
anjing dengan kucing
tikus jatuh ke beras
Fatimah membeli beberapa ______ sayur di pasar tani itu.
ikat
buah
biji
batang
Budak yang berbadan gempal itu sering diejek oleh kawan-kawannya.
Pilih perkataan antonim bagi gempal.
tinggi
besar
kurus
gemuk
Pilih ayat yang menggunakan perkataan bergaris yang betul.
I Kawasan yang rendah itu selalu dilanda banjir.
II Barang yang mahal semestinya bermutu rendah.
III Harga kereta nasional lebih rendah daripada harga
kereta import.
IV Kebanyakan murid daripada kelas ini rendah dalam
mata pelajaran Matematik.
I dan III
I dan IV
II dan III
II dan IV
Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya yang diberi.
Di manakah Kuiz Sains dan Teknologi itu diadakan?
Kuiz Sains dan Teknologi itu diadakan pada pukul 9.00 pagi hingga 2.00 petang.
Kuiz Sains dan Teknologi itu akan diadakan pada 11 Mac 2021.
Saya pergi ke Kuiz Sains dan Teknologi dengan menaiki bas.
Kuiz Sains dan Teknologi itu diadakan di SJKC Impian Emas.
Pilih ayat tanya yang sesuai bagi jawapan yang diberi.
Tujuan kempen itu diadakan adalah untuk memupuk budaya membaca dalam kalangan murid.
Apakah tujuan kempen itu diadakan?
Bilakah kempen itu diadakan?
Siapakah yang terlibat dalam kempen itu?
Bagaimanakah kempen itu dijalankan?
Pilih ayat yang betul.
"Janganlah kamu kenang lagi peristiwa yang sedih itu," pujuk Aina kepada Bella.
"Usahlah datang ke rumah sempena hari lahir anak saya pada minggu hadapan," kata Puan Ayu kepada jirannya.
"Jangan duduk di tempat masing-masing," kata pengerusi majlis itu.
"Jemput matikan suis kipas itu," kata Ainin kepada adiknya.
Tebing sungai itu runtuh akibat _____ yang berlaku pada tebingnya.
terhakis
menghakis
hakisan
penghakisan
______ peserta larian itu diminta bersedia di garisan permulaan kerana acara akan dimulakan sebentar lagi.
Setengah
Setiap
Semua
Sebahagian
"_______ mestilah berusaha bersungguh-sungguh agar memenangi perlawanan ini," kata Cikgu Damian kepada pasukan bola sepak sekolahnya.
Kami
Awak
Kalian
Mereka
Vijay menggigil kerana cuaca pada malam itu sungguh _______.
dingin
panas
lembab
licin
Sewaktu baginda duduk ______, baginda dihiburkan dengan tarian tradisional oleh para penari istana.
beradu
bertitah
berangkat
bersemayam
Puan Adelia memasukkan beberapa helai baju kurung ke dalam ______ sebelum bertolak ke seminar.
beg sekolah
beg galas
beg pakaian
beg duit
Kami suka berkawan dengan Idham kerana dia seorang yang _______.
ringan tulang
bekas tangan
panjang tangan
berat tulang
Delaila hanya melakukan sesuatu kerja apabila disuruh oleh majikannya. Sikapnya _______.
bagai si kudung mendapat cincin
bagai mendukung biawak hidup
bagai lembu dicucuk hidung
bagai murai tercabut ekor
Handal sungguh kamu bersilat di atas gelanggang tadi, Amin.
Pilih perkataan sinonim bagi perkataan handal.
mahir
cepat
lambat
bijak
Pilih ayat tanya yang paling sesuai bagi jawapan yang diberikan.
Encik Robert menghadiri seminar keusahawanan di Hotel Impiana.
Siapakah yang menghadiri seminar keusahawanan?
Bilakah Encik Robert menghadiri seminar keusahawanan?
Di manakah Encik Robert menghadiri seminar keusahawanan?
Mengapakah Encik Robert menghadiri seminar keusashawanan?
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris yang betul.
I Sebatang pokok gugur semasa ribut petang semalam.
II Adik menangis kerana terlalu gugur.
III Lim mengumpulkan buah durian yang gugur itu lalu
dimasukkan ke dalam bakul.
IV Pahlawan itu gugur di medan perang.
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.
"Mari kita mengulang kaji pelajaran di perpustakaan pada petang ini," pelawa Balqis kepada rakan-rakannya.
Balqis menyuruh rakan-rakannya mengulang kaji pelajaran di perpustakaan pada petang ini.
Rakan-rakan Balqis mempelawanya mengulang kaji pelajaran di perpustakaan pada petang ini.
Balqis mempelawa rakan-rakannya mengulang kaji pelajaran di perpustakaan pada petang ini.
Balqis melarang rakan-rakannya mengulang kaji pelajaran di perpustakaan pada petang ini.
"_______ tidak boleh berdiam diri sahaja. Jika tidak, masalah ini tidak akan selesai," kata ketua kampung kepada penduduk kampung.
Kita
Beliau
Mereka
Sayas
Pak Wan ______ kereta sorong yang berisi kayu itu di pangkal pokok manggis.
perletakan
diletakkan
meletakkan
terletak
Dania mengambil banyak lauk yang dihidangkan oleh tuan rumah itu ______ tidak habis dimakan.
walaupun
kecuali
sementara
tetapi
Adik sedang berusaha ________ penutup tin biskut itu dengan menggunakan sudu.
menutup
mengumpil
memanggil
membentuk
Rumah pusaka peninggalan datuk masih ____ walaupun sudah berusia lebih daripada 80 tahun.
tegap
kuat
kukuh
besar
Puan Mei Lin memasukkan ______ ke dalam sarung bantal itu.
bebola
kekabu
lelangit
bebiri
Pilih perjodoh bilangan yang paling sesuai.
Puan Mawarni memasukkan beberapa _____ daging ke dalam bihun yang dimasaknya.
hiris
longgok
cebis
buah
Projek pembinaan rumah teres itu terbengkalai sejak setahun yang lalu.
Pilih perkataan antonim bagi perkataan terbengkalai.
terbuang
terabai
terpelihara
tertangguh
Pilih ayat tanya yang paling sesuai bagi jawapan yang diberikan.
Budak-budak nakal yang merosakkan telefon awam ini.
Bilakah budak-budak nakal merosakkan telefon awam ini?
Siapakah yang merosakkan telefon awam ini?
Bagaimanakah budak-budak nakal merosakkan telefon awam ini?
Mengapakah budak-budak nakal merosakkan telefon awam ini?
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.
Cikgu Hafiz memberikan kebenaran kepada Lokman untuk ke kedai buku.
Lokman meminta kebenaran daripada Cikgu Hafiz untuk ke kedai buku.
Lokman mendapat kebenaran ke kedai buku daripada Cikgu Hafiz.
Lokman dan Cikgu Hafiz mendapat kebenaran untuk ke kedai buku.
Cikgu Hafiz mendapat kebenaran daripada Lokman untuk ke kedai buku.
Pilih ayat yang betul.
Yazid akan bertolak ke Pahang di jam 8.00 pagi.
Wendy memberikan bungkusan yang berisi pakaian itu kepada Kah Mei.
Beg tangan berjenama itu diperbuat pada kulit.
Encik Lee menebas rumpuh ke belakang rumah menggunakan sabit.
"______ mestilah berusaha dengan gigih agar menjuarai pertandingan ini," kata Cikgu Badri kepada pasukan koir sekolah.
Mereka
Beliau
Kalian
Dia
"________ cantik sungguh tenunan kain ini," kata Wazir kepada rakannya.
Hai
Wah
Nah
Aduh
Chong Wah ______ semasa sedang berlari _______ peragut yang meragut beg tangan ibunya.
menjatuhkan ... dikejar
kejatuhan ... terkejar
dijatuhkan ... berkejar
terjatuh ... mengejar
______ itu sedang memberikan ubat kepada pesakitnya di wad.
Jururawat
Jurujual
Jurutera
Juruacara
______ yang dijual di gerai Pak Mail sungguh enak.
Bukit-bukau
Haru-biru
Batu-bata
Kuih-muih
Lukisan pemuda yang cacat itu sangat mengagumkan dan minat ramai pengunjung Karnival Seni.
Pilih simpulan bahasa yang sesuai dengan pernyataan di atas.
bekas tangan
berat mulut
ringan tulang
bawa diri
Kehidupan keluarga Encik Ali sangat daif, ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.
Pilih perkataan sinonim bagi daif.
senang
kaya
miskin
lambat
Pilih ayat tanya yang sesuai bagi jawapan yang diberikan.
Kereta yang dipandu oleh Encik Ramasamy telah melanggar lampu isyarat di tepi jalan itu.
Berapakah lampu isyarat di tepi jalan itu telah dilanggar?
Mengapakah dia melanggar lampu isyarat di tepi jalan itu?
Siapakah yang telah melanggar lampu isyarat di tepi jalan itu?
Apakah sebab dia melanggar lampu isyarat itu?
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.
"Betul itu. Bagus Pak Samad, saya bersetuju dengan cadangan kamu membina pondok di situ," kata Cikgu Murad kepada pekebun sekolah.
Encik Murad bersetuju dengan cadangan pekebun sekolahnya untuk membina pondok di kawasan sekolah.
Encik Murad meminta cadangan lokasi pembinaan pondok daripada pekebun sekolahnya.
Encik Murad bersetuju dan memuji pekebun sekolahnya atas cadangan pembinaan pondok di kawasan sekolah.
Encik Murad memuji pekebun sekolahnya atas pembinaan pondok di kawasan sekolah.
Pilih ayat yang betul.
Jangan berdiri di pintu bas itu.
Sila tolong padam lampu di bilik air.
Minta jemput semua tetamu masuk ke dewan utama.
Usah sila bersedih lagi kejadian yang menimpa kamu.
Pilih ayat yang betul.
Majlis itu akan diadakan dari jam 9.00 pagi dari 5.00 petang.
Bakal suami Nelydia berasal dari Australia.
Siew Wan dan Siu Lin berjalan kaki di sekolah.
Pemandangan kepada atas bukit itu sungguh indah.
"Salmah, marilah pulang ke rumah bersama-sama _____" kata Johan.
saya
awak
kamu
kalian
Semua jalan yang ______ Kota Tinggi dengan Johor Bahru terputus akibat banjir.
dihubungkan
perhubungan
berhubungan
menghubungkan
Laporan di akhbar menyatakan bahawa terdapat sebuah _____ tergelincir dari landasan semalam.
kereta lembu
kereta kebal
kereta api
kereta sewa
Pak Cik Sulaiman akan ______ beberapa jenis sayuran di tanah lapang yang telah ditajak itu.
tanaman
menanam
ditanam
tertanam
Kalian mestilah belajar bersungguh-sungguh _____ ingin berjaya hingga ke menara gading.
sementara
kerana
walaupun
jikalau
Cikgu Azura berasa curiga dengan Luqman yang ______ ke bilik air semasa peperiksaan sedang berlangsung.
kerap
kendur
jarang
jauh
Kanak-kanak itu sungguh gembira kerana dapat bermain _____ di tanah yang lapang.
pepatung
lelabah
kekuda
lelayang
Pilih peribahasa yang paling sesuai.
Pegawai syarikat itu ditangkap polis kerana ______ daripada seorang kontraktor.
makan hati
makan angin
makan suap
makan diri
Pilih ayat yang betul.
Penjual itu menyerahkan bungkusan plastik pada ibu.
Semua murid berkumpul di dataran.
Ayah pulang lewat daripada tempat kerja.
Permainan ini diperbuat dari bahan kitar semula.
Para perantau _____ perhentian bas itu apabila tiba musim perayaan.
banjiri
membanjiri
membanjirkan
kebanjiran
Lori itu ______ ke dalam sungai setelah bertembung dengan sebuah bas di atas jambatan itu.
terkandas
tercampak
terjerumus
terhumban
Filem lakonan P. Ramlee masih _____ ramai walaupun beliau sudah lama meninggal dunia.
minat
diminati
minati
peminat
Hajat ibu untuk pergi ke Makkah tidak ______ kerana wangnya hilang.
kesampaian
kedapatan
kebolehan
kecapaian
Samad sudah biasa dengan suasana _______ di pasar borong itu pada waktu malam.
huru-hara
hiruk-pikuk
lintang-pukang
kucar-kacir
Mak Esah memerlukan ______ pisang dan ______ daun pandan untuk membuat dua biji kek itu.
sebiji ... seikat
sesisir ... serumpun
setandan ... selembar
sesikat ... sehelai
Arumugam makan _____ roti dan _____ telur semasa sarapan di warung itu.
sepotong ... sebutir
sekeping ... sepotong
sebuku ... seketul
sekeping ... sebiji
"Mengapakah _____ berdukacita?" tanya Tun Bida kepada sultan.
hamba
kamu
tuanku
baginda
Asri hendak pulang ke kampungnya di Rembau. _____ , dia juga akan ke Seremban untuk bertemu dengan tunangnya.
Oleh itu
Di samping itu
Malahan
Namun begitu
_______ kawasan rumah banglo itu dikelilingi dengan tembok batu.
Seluruh
Sebilangan
Segelintir
Segala
Amran memasang lagu kumpulan nasyid sebagai _______ ketika memandu.
telinga lintah
halwa telinga
telinga nipis
telinga kuali
Rahman telah menjemput seisi keluarga saya ke majlis perkahwinannya pada hujung minggu ini.
Pilih perkataan sinonim bagi perkataan seisi.
semua
kumpulan
sebahagian
separuh
Pilih peribahasa yang paling sesuai.
Sikap Harlina yang perlu disuruh membuat sesuatu kerja itu hanya membangkitkan kemarahan ibunya.
seperti mendukung biawak hidup
seperti kambing dihalau ke air
seperti lembu dicucuk hidung
seperti tikus membaiki labu
Pilih ayat yang betul.
Eh, ini bukan buku kepunyaan saya!
Wah, inilah beg yang saya cari-cari!
Cis, saya sangka itu ibu kamu!
Nah, banyaklah buah rambutan pokok itu!
Pilih ayat tanya yang paling sesuai.
Tingkah laku yang baik perlu ada pada seorang murid contoh.
Apakah yang perlu ada pada seorang murid contoh?
Mengapakah seorang murid contoh perlu baik?
Bagaimanakah tingkah laku seroang murid contoh?
Adakah tingkah laku baik mesti ada pada seorang murid contoh?
Pilih jawapan yang paling sesuai.
Selalukah awak menjamu selera di Restoran Indah?
Ya, saya selalu menjamu selera di Restoran Indah dengan keluarga.
Tidak, inilah kali pertama saya ke sini.
Sudah tentu, tetapi makanannya sungguh enak.
Saya tinggal beberapa kilometer dari Restoran Indah.
Pilih ayat yang sama maksud.
"Marilah makan bersama-sama saya," kata Ali kepada Idris.
Ali memberitahu Idris supaya makan bersama-samanya.
Ali menyuruh Idris makan bersama-sama dengannya.
Ali mempelawa Idris makan bersama-sama dengannya.
I Cikgu Roslin menyuruh kami bergerak tiga tapak ke
hadapan.
II Bekas tapak bangunan itu akan didirikan sebuah
masjid.
III Banyak terdapat kesan tapak kaki di tepi pantai itu.
1V Pada musim kemarau tapak perigi akan menjadi
kering.
I dan II
II dan III
I, II dan III
II, III dan IV
6._____, malangnya mangsa kebakaran yang tinggal sehelai pinggang itu!
Aduhai
Aduh
Cis
Wah
Amin ____________suka membaca buku hingga larut malam.
Tidak
Bukan
Mun Yeong hanya berjalan kaki ke tempat kerja kerana ________ dengan rumahnya.
awal
jauh
dekat
nyaris
Jari adik luka kerana terkena pisau yang _________ itu.
tumpul
tajam
panjang
nipis
1.Berhati-hatilah apabila bergurau dengan Mustaffa Kamal kerana dia ______.
atas angin
naik angin
ada angin
makan angin
4. Selain berkawan baik, Abdul Rahim dan Abdul Ramlan ada _______________.
bau-bau bacang
bau-bau bunga
bau-bau durian
bau-bau kemenyan
