Worksheets10.3 Fenomena dan Aplikasi Pantulan Gelombang Bunyi
Total questions: 16
Worksheet time: 16mins
Apakah gema?
Bunyi yang _______ dari suatu permukaan keras. TP1
diserap
dipantulkan
disebarkan
dikeluarkan
Tandakan SEMUA ( ✓ ) kawasan yang boleh memantulkan bunyi. TP2
Gua
Padang
Terowong
Dewan tertutup
____________ ialah teknologi pantulan bunyi ultrasonik yang digunakan oleh kapal di laut . Antara fungsinya adalah menentukan kedalaman lautan. TP2
solar
sonar
gema
pantulan
____________ dan ____________ menggunakan gelombang ultrabunyi untuk memandu arah dan memburu mangsa masing - masing. TP3
kelawar
anjing
kuda
ikan lumba-lumba
Pernyataan manakah merupakan aplikasi pantulan bunyi? TP3
Alat yang digunakan untuk merawat pesakit kanser
Alat yang digunakan untuk mengukur tekanan darah
Alat yang digunakan untuk mengukur ketinggian bangunan
Alat yang digunakan untuk mengimbas bayi di dalam rahim ibu.
Rajah menunjukkan sebuah kapal selam yang sedang menghantar gelombang bunyi ke arah batu besar pada dasar laut. Apakah tujuannya menghantarkan gelombang bunyi tersebut? TP2
memberikan isyarat amaran
mengesan jarak
menghantar maklumat
menentukan saiz batu
Apakah fenomena bunyi berikut? TP1
Gema
Sinar gama
Sinar pantulan
solar
Apakah kegunaan sonar? TP2
untuk mengesan objek di dalam air
untuk berubat
untuk menanam pokok
untuk mengkaji bunyi
Rajah menunjukkan sekumpulan kelawar di dalam sebuah gua. Bagaimanakah kelawar terbang mencari mangsa di dalam keadaan yang gelap? TP2
Pantulan bunyi
Penyerapan bunyi
Pembiasan bunyi
Bunyi bergerak ke semua arah
Bunyi yang tidak dapat didengar oleh manusia tetapi dapat didengar oleh haiwan dikenali sebagai _____________. TP2
Ultrabunyi
Ultrasonik
Gema
Getaran
Frekuensi melebihi 20 000 Hz di sebut... TP2
Audio
Sonar
Ultrabunyi
Supersonik
Pilih pernyataan yang benar mengenai kelangsingan bunyi...TP3
Kelangsingan digambarkan sebagai KEKUATAN bunyi
Frekuensi bunyi, f adalah bilangan ayunan yang terjadi dalam satu saat. Frekuensi diukur dalam unit hertz (Hz)
Kelangsingan bergantung pada frekuensi
Semakin tinggi frekuensi bunyi, semakin tinggi kelangsingan bunyi
Teknologi pantulan ultrabunyi yang dikenali sebagai _____ digunakan dalam perubatan...TP2
Solar
Ultraungu
Sonar
supersonik
Tali yang panjang akan menghasilkan bunyi yang _____ daripada tali yang pendek. TP3
kuat
perlahan
tinggi
rendah
Mengapakah panggung wayang dilitupi dengan permaidani? TP3
Jadi semua orang boleh membuat bising.
Untuk menyerap bunyi yang dihasilkan oleh wayang tersebut.
Permaidani kelihatan cantik.
Supaya boleh menaikkan harga menonton panggung wayang
Anda boleh melihat kilat sebelum guruh dari langit kerana ... TP4
mata lebih cepat melihat berbanding telinga mendengar
Guruh berlaku lebih lambat berbanding kilat.
Bunyi bergerak lebih cepat di atmosfera berbanding cahaya.
Cahaya bergerak dengan lebih cepat di atmosfera berbanding bunyi.
