NEW
Font size
WorksheetsHindari Jenayah Kanak-Kanak
Total questions: 10
Worksheet time: 5mins
Apakah maksud jenayah?
Jenayah bermaksud perbuatan yang tidak menyalahi undang-undang negara.
Jenayah bermaksud sikap manusia yang sambil lewa.
Jenayah bermaksud perbuatan mulia.
Jenayah bermaksud perbuatan yang menyalahi undang-undang negara.
Terdapat tiga jenis jenayah, iaitu jenayah ringan, jenayah siber dan jenayah berat.
Adakah benar pernyataan di atas?
Benar
Palsu
Perlakuan jenayah yang dilakukan oleh golongan remaja pula dikategorikan sebagai __________________ .
Jenayah kanak-kanak
Jenayah dewasa
Jenayah berat
Jenayah siber
Yang manakah BUKAN contoh jenayah kanak-kanak?
Buli
Vandalisme
Curi motosikal
Belanja makan
Berdasarkan Akta Kanak-kanak, kanak-kanak merujuk seseorang di bawah umur 18 tahun.
Kanak-kanak yang berumur lebih daripada 12 tahun bertanggungjawab sepenuhnya atas jenayah yang dilakukan.
Adakah pernyataan ini benar?
Benar
Palsu
Albert menghabiskan masa yang lama dengan rakan yang terlibat dengan jenayah. Hal ini menyebabkan Albert sering melakukan jenayah.
Adakah anda bersetuju dengan pernyataan ini?
Setuju
Tidak setuju
__________________ merupakan tempat membicarakan segala salah laku jenayah yang dilakukan oleh kanak-kanak.
Mahkamah Tinggi
Mahkamah Syariah
Mahkamah Juvana
Mahkamah Persekutuan
Kegagalan menangani jenayah kanak-kanak akan memberikan kesan kepada kehidupan sekeliling kecuali __________________________ .
Diri sendiri
Keluarga
Tanaman
Masyarakat
Curi motosikal: 5 remaja diberkas
Lima orang remaja diberkas kerana terlibat dalam kegiatan mencuri motosikal.Dalam kejadian pada awal pagi tersebut, dua orang remaja ditahan dalam satu sekatan jalan raya kerana menunggang motosikal yang dicuri. Hasil siasatan lanjut, pihak polis berjaya menangkap tiga orang remaja lagi. Pihak polis berjaya menemukan beberapa buah motosikal lain yang dilaporkan hilang sebelum ini.
Apakah perasaan anda?
Marah
Gembira
Seronok
Bahagia
Buli: Lapan remaja berdepan tindakan gantung sekolah
Lapan orang remaja telah membelasah seorang remaja lain di taman rekreasi. Kejadian tersebut berpunca daripada keengganan mangsa untuk mengikut arahan mereka. Sekiranya didapati bersalah, lapan orang remaja tersebut akan berdepan dengan tindakan gantung sekolah sejurus selesai proses siasatan polis.
Wajarkah remaja yang terlibat dengan perbuatan jenayah kanak-kanak dikenakan tindakan undang-undang?
Wajar. Remaja tersebut perlu diberikan pengajaran kepada dirinya dan remaja lain supaya tidak mengulanginya.
Wajar. Remaja tersebut perlu dijatuhkan hukuman.
Tidak wajar. Remaja tersebut masih murid sekolah.
Tidak wajar. Remaja tersebut perlu diberhentikan sekolah
