NEW
Font size
WorksheetsKuiz Reka bentuk Industri
Total questions: 10
Worksheet time: 5mins
Prinsip kepelbagaian dalam reka bentuk industri menimbulkan kesan?
sepadan
tumpuan
perspektif
idea berbeza
Hasil reka bentuk industri yang dicipta berdasarkan fungsi mengikut bentuk lebih mengutamakan .....................
i nilai estetik
ii reka bentuk luaran
iii fungsi dan keperluan
iv fungsi yang optimum
A i dan ii
B i dan iv
C ii dan iii
D iii dan iv
Reka bentuk industri yang baik akan...........
A meningkatkan bahan dan kos
B mengurangkan harga dan kreativiti
C meningkatkan produktiviti dan kos
D mengurangkan kos dan menjimatkan ruang
Manakah antara berikut adalah kelebihan ergonomik?
i meningkatkan keselamatan
ii meningkatkan keselesaaan
iii meningkatkan tekanan
iv meningkatkan kos
A i dan ii
B i dan iv
C ii dan iii
D iii dan iv
Hasil gabungan antara struktur dan fungsi bersama dengan _____________ akan menentukan bagaimana sesuatu produk diterima oleh pengguna.
A jenis bahan mentah
B keindahan reka bentuk
C kemampuan pengguna
D persaingan produk lain
Gambar di atas menunjukkan satu inovasi baharu dalam reka bentuk motosikal. Mengapakah reka bentuk sering mengalami perubahan?
A mengurangkan kos bahan mentah
B boleh dijual dengan nilai lebih tinggi
C meningkatkan mutu dan kualiti produk
D menjamin penggunaan bahan kitar semula
Bagaimanakah cara terbaik untuk memperkenalkan produk keluaran terbaru kepada orang ramai?
A jualan murah
B mengadakan promosi
C demonstrasi dari rumah ke rumah
D hasilkan dengan kuantiti yang banyak
Apakah prinsip yang diutamakan jika sesuatu produk dihasilkan dengan memberi lebih penekanan terhadap nilai estetika?
A bentuk mengikut fungsi
B fungsi mengikut bentuk
C bentuk menjelaskan fungsi
D fungsi menjelaskan bentuk
Apakah kesan yang timbul daripada prinsip kesatuan dalam reka bentuk industri?
A sepadu
B tumpuan
C perspektif
D idea berbeza
Apakah proses paling awal yang perlu dilakukan dalam penghasilan reka bentuk industri?
A membuat prototaip
B mengumpul maklumat
C mengenal pasti masalah
D membuat kajian dan penyelidikan
