WorksheetsKUIZ BIJAK KEWANGAN
Total questions: 25
Worksheet time: 13mins
Pilih yang mana BUKAN KEPERLUAN manusia.
A.Makanan
B.Tempat Tinggal
C.Pakaian
D.Kereta Mewah
Pilih amalan yang baik dalam pengurusan kewangan.
Boros
Berhutang
Mencatat senarai barang yang hendak dibeli.
Meminjam dari rakan-rakan
Bagaimanakah cara untuk mendapatkan sumber kewangan? Boleh pilih lebih dari satu jawapan.
Meminta wang saku daripada ibubapa.
Mengambil upah basuh kereta.
Menjual barangan terpakai seperti botol kaca dan plastik serta tin logam.
Menjual basikal adik.
Menjual buah buahan jiran.
Mengapakah kita perlu menyediakan belanjawan untuk perbelanjaan kita? Boleh pilih lebih satu jawapan
Supaya kita tidak boros dalam berbelanja.
Supaya kita hanya membeli barang keperluan sahaja.
Supaya kita dapat berbelanja mengikut kemampuan kewangan kita.
Supaya kita dapat beli apa sahaja yang kita mahu.
Supaya kita boleh habiskan kesemua wang yang kita ada.
Sebagai seorang murid yang bijak mengurus wang. Apakah TINDAKAN yang akan kamu ambil jika diberikan wang belanja sebanyak RM 50 sebulan?
Saya akan menyimpan kesemua wang itu dalam tabung.
Saya akan belanja kawan sampai habis wang itu.
Saya akan masukkan kedalam tabung sebahagian dari wang itu.
Saya akan membeli permainan yang saya suka.
Ammar ingin membeli sebuah kereta kawalan jauh dalam kedai dalam talian. Berikut merupakan TINDAKAN yang perlu diambil oleh Ammar:
Boleh pilih lebih satu jawapan.
Memecahkan tabung simpanan.
Mengumpul baki wang saku.
Membuat catatan perbelanjaan dan simpanan.
Menggunakan masa lapang untuk mencari wang tambahan.
Berhutang dengan kawan-kawan.
Berikut merupakan kepentingan merekod simpanan dan perbelanjaan, KECUALI:
Elakkan berhutang
Kawal perbelanjaan
Simpan wang untuk kegunaan masa depan
Keperluan didahulukan berbanding kehendak.
Menjadikan kita semakin miskin.
Berikut merupakan cara menyimpan wang, KECUALI:
Membuka akaun SSPN Skim Simpanan Pendidikan Nasional.
Simpan dalam akaun simpanan di bank.
Akaun pelaburan, seperti Tabung Haji dan ASB.
Tabung di rumah.
Menyelit wang didalam buku-buku di rumah.
Berikut merupakan senarai barang yang dikategorikan sebagai KEHENDAK.
Boleh pilih lebih satu jawapan.
Token Permainan dalam talian.
Kereta mainan kawalan jauh
Pakaian berjenama
Makanan dan minuman
Telefon berjenama
Pilih yang mana BUKAN keburukan berhutang tanpa kawalan?
Hutang semakin bertambah
Hilang kepercayaan oleh pemberi hutang.
Hidup sentiasa diburu oleh masalah kewangan.
Cenderung melakukan perbuatan jenayah.
Mempunyai ramai kawan
Zali berhasrat untuk membeli set catur yang berharga RM135. Namun, wang yang disimpan oleh beliau masih belum mencukupi. Apakah cara yang betul yang boleh beliau guna untuk membolehkan beliau membeli set catur itu?
Berbelanja dengan boros.
Membeli barangan lain tanpa menyimpan.
Memberi wang simpanan beliau kepada rakan-rakan.
Mengambil upah mencuci kereta.
Ibu Adam memberi wang saku RM5 sehari kepada Adam untuk ke sekolah. Setiap hari Adam membelanjakan RM2.50 untuk nasi ayam dan RM1 untuk air minuman.
Jika Adam menyimpan baki wang belanja tersebut setiap hari, berapakah wang yang berjaya Adam simpan dalam seminggu (5 hari persekolahan)?
RM4.50
RM6.00
RM7.50
Jika Adam berjaya menyimpan RM7.50 seminggu, berapakah jumlah wang yang berjaya disimpan oleh Adam dalam masa sebulan?
RM20
RM30
RM40
Manakah antara kasut berikut yang wajar dibeli oleh Cikgu Radzwan untuk kegunaan kelas Pendidikan Jasmani?
Kasut pertama
Kasut kedua
Kasut ketiga
Berikut adalah cara yang bijak untuk mengurus wang KECUALI ..........
kegunaan masa hadapan
waktu kecemasan
menyambung pelajaran
berbelanja setiap masa
Apakah maksud berbelanja dengan bijak?
membeli banyak barang kehendak
membeli sesuatu mengikut kemampuan dan kehendak
mengukur baju di badan rakan
membeli sesuatu mengikut kemampuan dan keperluan
Bayaran tambahan selain gaji atau faedah simpanan sebagai sagu hati dipanggil
kredit
tunai
bonus
hutang
Berapakah jumlah wang di atas?
RM 200
RM 186
RM 176
RM 156
20 sen + 20 sen + 20 sen + 20 sen + 20 sen + 10 sen + 10 sen =
RM 1.20
RM 1.00
RM 1.40
RM 1.00
Antara cara mudah mengurus simpanan kewangan adalah dengan menggunakan perkhidmatan perbankan secara dalam talian.
Betul
Salah
Pilih amalan yang baik dalam pengurusan kewangan.
Menabung
Membeli kereta mewah
Membazir
Berhutang
Berikut adalahkepentingan rekod simpanan dan perbelanjaan kecuali
Elak berhutang
Kawal belanja berlebihan
Simpan wang untuk masa depan
Boleh beli semua barang yang kita suka
Pembelian secara _______________ menjadikan kita tidak berhutang.
kredit
tunai
beransuran
JIka anda seorang pengguna bijak, apakah yang anda lakukan sebelum membeli susu sejat ini ?
melihat tarikh luput, kandungan, saiz tin, vitamin dan mineral, jenis susu
melihat maklumat sajian dan tarikh luput
melihat keadaan tin, tarikh luput dan saiz tin
melihat warna tin, tarikh luput, vitamin dalam sajian
