wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Dakwah Rasulullah s.a.w Tahun 4

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.
Siapakah nama nabi kita yang terakhir?
a)
Abdul Mutalib 
b)
Abdullah bin Abdul Mutalib
c)
Fatimah 
d)
Muhammad bin Abdullah
2.

Apakah maksud dakwah nabi Muhammad s.a.w ?

a)

Menyeru dan mengajak umat manusia untuk beriman kepada Allah serta kembali ke jalan yang benar.

b)

Mengajak umat Islam untuk berhijrah ke Madinah.

c)

Menyeru dan memaksa umat Islam supaya beriman kepada Allah.

d)

Menyeru dan mengajak umat manusia untuk beriman kepada Allah serta kembali ke jalan yang sesat.

3.

Bagaimanakah dakwah Nabi secara lisan? (Pilih 4 jawapan)

a)

Debat

b)

Tazkirah

c)

Nyanyian

d)

Nasihat

e)

Dialog

4.

Bagaimanakah dakwah Nabi secara perbuatan? (Pilih 4 jawapan)

a)

Ziarah

b)

Memberikan hadiah

c)

Mengutus surat

d)

Berakhlak mulia

e)

Memberikan nasihat

5.

Nyatakan bentuk-bentuk tentangan Kafir Quraisy terhadap dakwah Nabi? (Pilih 4 jawapan)

a)

Fitnah

b)

Pemulauan

c)

Pembunuhan

d)

Disihir

e)

Penyiksaan

6.

Nabi Muhammad telah difitnah oleh Kaum Kafir Quraisy. Apakah bentuk fitnah yang telah dilemparkan oleh mereka? (Pilih 4 jawapan)

a)

Nabi Muhammad seorang lelaki yang gila

b)

Nabi Muhammad seorang pendusta

c)

Nabi Muhammad pemecah belah masyarakat

d)

Nabi Muhammad seorang tukang sihir

e)

Nabi Muhammad seorang yang kedekut

7.

Kaum Kafir Quraisy juga telah menghalang segala urusan jual beli dan segala urusan komunikasi antara Kaum Muslimin. Apakah bentuk halangan yang berikut?

a)

Penindasan

b)

Pemulauan

c)

Pembunuhan

d)

Fitnah

8.

Siapakah sahabat Nabi Muhammad yang telah disiksa dengan cara dijemur di tengah panas yang terik dan diletakkan batu yang besar di atas dada?

a)

Sumayyah

b)

Keluarga Yasir

c)

Bilal bin Rabah

d)

Khabbab bin Al- Arat

9.

Berapa lamakah pemulauan yang dilakukan oleh Kaum Kafir Quraisy kepada Kaum Muslimin?

a)

Selama hampir tiga tahun

b)

Selama hampir setahun

c)

Selama hampir dua tahun

10.

Siapakah sahabat Nabi yang telah dibunuh dengan kejam oleh Kaum Kafir Quraisy? (Pilih 2 jawapan)

a)

Abu Jahal

b)

Saidatina Sumayyah

c)

Saidina Yasir

d)

Abu Lahab

11.

Nyatakan keperibadian Nabi Muhammad dalam berdakwah dan menghadapi tentangan? (Pilih 2 jawapan)

a)

Mementingkan diri sendiri

b)

Sentiasa bersabar

c)

Bersikap prihatin

d)

Mudah putus asa

12.

Berikut merupakan bentuk penentangan yang dihadapi oleh Rasulullah SAW KECUALI

a)

Menyiksa orang Islam antaranya Bilal Bin Rabah yang dijemur di tengah panas tanpa diberi makan dan minum.

b)

Memulau nabi, keluarga Bani Hashim dan Bani Mutalib

c)

Nabi Muhammad SAW diberikan harta dan kemewahan yang sangat banyak

d)

Nabi Muhammad SAW dituduh sebagai penipu, ahli sihir dan orang gila.

13.

Berikut merupakan sebab-sebab Kaum Kafir Quraisy Mekah menentang dakwah Rasulullah SAW KECUALI

a)

Mereka berpegang kuat kepada semangat perkauman dan mengamalkan perhambaan.

b)

Golongan bangsawan dan kaya mahu kehilangan kuasa.

c)

Mereka berpegang kuat dengan kepercayaan nenek moyang mereka, iaitu percaya kepada tuhan yang berbilang

d)

Golongan pengukir dan peniaga berhala merasakan ekonomi mereka terjejas.

14.

Siapakah yang dipulaukan sewaktu penentangan yang dihadapi oleh Rasulullah? (Pilih 2 Jawapan)

a)

Bani Hashim

b)

Bani Ansar

c)

Bani Quraisy

d)

Bani Abdul Muthalib

15.

Jelaskan dua iktibar daripada dakwah Rasulullah SAW di Mekah

a)

Umat Islam mestilah berdakwah kerana ia adalah sunnah Rasulullah SAW .Ini Bagi memastikan Islam tersebar ke seluruh alam

b)

Setiap umat Islam bertanggungjawab menyelamatkan ahli keluarga daripada kekufuran. Dakwah mesti bermula dari rumah sebelum kepada masyarakat.

c)

Setiap umat Islam bertanggungjawab menyelamatkan ahli keluarga daripada kekufuran. Dakwah mesti bermula dari sekolah sebelum kepada masyarakat.

16.

Berapa lamakah Nabi Muhammad berdakwah secara sulit semasa berada di Mekah?

a)

2 TAHUN

b)

3 TAHUN

c)

5 TAHUN

17.

Berikut merupakan cara-cara Nabi Muhammad berdakwah kepada manusia KECUALI?

a)

Berdakwah secara lisan

b)

Berdakwah secara perbuatan

c)

Berdakwah secara nyanyian

18.

Siapakah nama isteri baginda yang pertama memeluk Islam?

a)

Aisyah

b)

Ummu Salamah

c)

Saudah

d)

Khadijah

19.

Nabi Muhammad S.A.W berdakwah secara sulit di...

a)

Rumah Khadijah

b)

Rumah baginda

c)

Kaabah

d)

Rumah Al-Arqam

20.

Berikut ialah situasi akhlak yang patut kita contohi, kecuali ....

a)

Aiman memberikan hadiah kepada Alif sebagai tanda minta maaf.

b)

Amirul menendang kucing yang telah mengoyakkan bukunya.

c)

Sarah seorang yang sangat peramah.

d)

Balqis berhenti bermain telefon setelah ditegur oleh ibunya.