NEW
Font size
WorksheetsKUIZ PERCUKAIAN
Total questions: 10
Worksheet time: 2hrs 31mins
Antara berikut yang manakah merupakan tujuan percukaian?
i) Alat pelaksanaan polisi kerajaan
ii) Kawalan perolehan pendapatan
iii) Alat kewangan untuk menstabilkan ekonomi
iv) Membangunkan ekonomi negara
i dan ii
i dan iii
i dan iv
iii dan iv
Akta manakah yang digunakan dalam perundangan bagi cukai pintu?
Akta Cukai Pendapatan 1967
Akta Pengangkutan Jalan 1987
Akta Kerajaan Tempatan 1976
Kanun Tanah Negara 1965
Antara berikut yang manakah merupakan aktiviti pengelakan cukai?
Memaklumkan layak dikenakan cukai
Tidak melaporkan pendapatan sebenar dalam Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP)
Memberikan maklumat yang tepat mengenai tanggungan sendiri atau orang lain
Tidak sengaja mengelak cukai
Antara berikut yang manakah merupakan pengecualian cukai?
Yuran pengajian
Caruman kepada KWSP
Insurans pendidikan
Derma kepada perpustakaan
Aiman memperoleh pendapatan tahunan sebanyak RM54 400. Pelepasan cukainya ialah RM15 900. Pada tahun itu juga dia mendermakan sebanyak RM600 kepada badan kebajikan yang diluluskan. Hitung pendapatan bercukai bagi Aiman.
RM37 900
RM39 100
RM38 500
RM53 800
Pada tahun 2020, Badri mempunyai pendapatan bercukai sebanyak RM48 620. Dia telah membayar zakat berjumlah RM400 pada tahun tersebut. Hitung cukai pendapatan yang perlu dibayar oleh Badri pada tahun tersebut.
RM600
RM1089.60
RM1289.60
RM1689.60
Encik Yusuf membayar cukai pintu sebanyak RM418.32 setiap 6 bulan bagi kilangnya. Jika kadar cukai yang dikenakan ialan 6%, hitung anggaran sewa kasar bulanan.
RM1162
RM1216
RM1261
RM1612
Puan Sally membeli sebuah beg tangan berjenama dengan bayaran sebanyak RM5720 termasuk cukai jualan 10%. Berapakah harga beg tangan berjenama itu?
RM5100
RM5200
RM5300
RM5400
Puan Zarema berbelanja sebanyak RM205.00 sebelum cukai di sebuah restoran bersama ahli keluarganya. Jika cukai perkhidmatan sebanyak 6% dikenakan, hitung jumlah bil yang dikenakan.
RM123.00
RM217.30
RM265.00
RM328.00
Encik Theng memiliki sebuah kondominium dengan keluasan 1210m2 . Jika Encik Theng membayar cukai petak sebanyak RM484 setiap tahun, hitung kadar cukai bagi setiap keluasan 100m2
RM55
RM50
RM45
RM40
