wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

BAHASA MELAYU 5 (Kata Adjektif)

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Bekalan elektrik di rumah itu dipotong kerana penyewanya_________ membuat bayaran.

a)

keras

b)

malas

c)

culas

d)

serik

2.

Saiful naik _________ apabila nama keluarganya menjadi bualan dan ejekan kawan-kawannya.

a)

terang

b)

berang

c)

garang

d)

lantang

3.

Pasukan lawan gagal merampas bola kerana pasukan kami sangat ___________ mengawal bola.

a)

gagah

b)

deras

c)

cepat

d)

lincah

4.

Sang Kancil banyak mempunyai akal dan sangat __________memperdaya Sang Harimau.

a)

licik

b)

licin

c)

lucu

d)

lancar

5.

Salina selalu sahaja termenung sejak kebelakangan ini kerana hatinya_______________

a)

tawar

b)

susah

c)

berat

d)

sedih

6.

Budak itu terjatuh kerana terpijak lantai jambatan kayu yang sudah ____________.

a)

reput

b)

rapuh

c)

lembut

d)

halus

7.

Makanan yang sudah ___________tarikhnya tidak boleh dimakan kerana akan menyebabkan keracunan.

a)

lupus

b)

lapuk

c)

luput

d)

lama

8.

Pencuri yang berdagu ___________itu telas diberkas oleh anggota peronda.

a)

benjol

b)

lekuk

c)

leper

d)

condong

9.

Semua anggota keselamatan yang berperut __________diarahkan supaya menjalani latihan kecergasan bagi membaiki penampilan diri.

a)

buruk

b)

buncit

c)

besar

d)

bujur

10.

Para penonton terpesona oleh suara ___________seniwati itu mengalunkan lagu.

a)

lemah

b)

halus

c)

gebu

d)

lunak

11.

Saya berasa agak __________ apabila nenek memanggil saya dengan nama penuh bukan nama manja seperti biasa.

a)

rajin

b)

lemah

c)

hampa

d)

janggal

12.

Tanah-tanih di dalam pasu itu ditekan beberapa kali supaya__________.

a)

padat

b)

sendat

c)

singkat

d)

ketat

13.

Kamilia berasa _________ melihat ulat-ulat gonggok itu merayap di atas lantai biliknya.

a)

geli

b)

ngeri

c)

geram

d)

penat

14.

Pemandu pelancong perlu mempunyai pengetahuan yang ___________ agar dapat menyampaikan maklumat yang betul tentang negara.

a)

kemas

b)

jelas

c)

luas

d)

adil

15.

Ribut taufan yang kuat menyebabkan laut itu berombak ______________

a)

tinggi

b)

lebar

c)

deras

d)

keras

16.

Pertengkaran itu menyebabkan suasana yang mulanya ___________ bertukar menjadi ______________

a)

aman...gelisah

b)

bising...tenteram

c)

tenang...tegang

d)

rapat...renggang

17.

Ubi keledek itu hendaklah direbus sehingga benar-benar ____________sebelum dilenyek dan digaul dengan tepung.

a)

lemak

b)

lembik

c)

empuk

d)

lembut

18.

Emak mengambil masa selama dua hari untuk mengemas dan menyusun atur perabot di ruang tamunya yang ________ itu.

a)

luas

b)

lebar

c)

tinggi

d)

lapang

19.

Semua calon lelaki yang akan menghadiri temu duga itu perlu memakai kemeja -T berwarna __________ seperti murid sekolah.

a)

merah

b)

hitam

c)

putih

d)

oren

20.

Pemandangan yang _______ di kawasan peranginan itu menjadi tarikan pelancong.

a)

damai

b)

mudah

c)

tenang

d)

indah