WorksheetsKuiz Pola Ayat
Total questions: 15
Worksheet time: 18mins
Apakah yang dimaksudkan dengan ayat dasar ?
Ayat yang boleh disongsangkan
Ayat yang mempunyai kata hubung
Ayat yang mengandungi satu subjek dan satu predikat
Ayat yang mengandungi kata kerja transitif
Yang manakah merupakan ayat bagi pola ayat FN + FA
Sazali kurus tetapi adiknya gemuk.
Perempuan itu cantik.
Ayah ke Melaka semalam.
Alia dan Ariesa ke sekolah.
Terdapat ....... pola ayat yang kita pelajari hari ini.
4
2
3
5
Yang manakah merupakan ayat bagi pola ayat FN + FS
Kakak saya tidur.
Hadiah ini untuk ibu.
Ibu pengarah syarikat itu.
Hari ini adik sakit.
Yang manakah merupakan ayat bagi pola ayat FN + FK
Wah, besarnya rumah kamu !
Dato' Hashim berdiri dengan segaknya.
Baju yang berwarna biru milik abang
Saya ke kedai itu.
Apakah yang dimaksudkan dengan subjek ?
Subjek ialah ayat yang boleh disongsangkan
Subjek ialah perkara atau benda
Subjek ialah ayat majmuk
Subjek ialahsekumpulan perkataan yang tersusun dalam dua bahagian
Apakah yang dimaksudkan dengan predikat ?
Predikat ialah ayat yang boleh disongsangkan
Predikat ialah ayat dasar
Predikat ialah huraian tentang subjek
Predikat ialah ayat yang mempunyai kata hubung
Cerakinkan ayat di bawah kepada subjek dan predikat.
Tun Perak ialah Bendahara Kerajaan Melayu Melaka.
Subjek - (Tun Perak ialah) ......... Predikat - (Bendahara Kerajaan Melayu Melaka)
Subjek - (Tun Perak) ......... Subjek - (ialah Bendahara Kerajaan Melayu Melaka)
Subjek - (Tun Perak ialah) ........ Subjek - (Bendahara Kerajaan Melayu Melaka)
Subjek - (Tun Perak) ........ Predikat - (ialah Bendahara Kerajaan Melayu Melaka)
Nyatakan pola ayat di bawah.
Kuda dari Thailand itu berlari pantas.
FN + FK
FN + FN
FN + FA
FN + FSN
Nyatakan pola ayat di bawah.
Lelaki itu sungguh berani.
FN + FN
FN + FA
FN + FK
FN + FSN
Cerakinkan ayat di bawah kepada subjek dan predikat.
Bangunan di hujung kampung itu sudah usang benar.
Subjek - (Bangunan di hujung kampung itu) ........ Predikat - (sudah usang benar)
Subjek - (Bangunan) ......... Predikat - (di hujung kampung itu sudah usang benar)
Subjek - (Bangunan di hujung kampung) ......... Predikat - (itu sudah usang benar)
Subjek - (Bangunan di hujung kampung itu sudah) .......... Predikat - (usang benar)
Susun semula perkataan atau frasa di bawah supaya menjadi ayat susunan biasa yang gramatis. Tuliskan jawapan anda dalam ayat yang lengkap pada ruangan di bawah. Pola ayat : Frasa Nama + Frasa Nama (FN + FN)
biru - yang - saya - berbaju - Wanita - itu - ibu saudara
(a)
Susun semula perkataan atau frasa di bawah supaya menjadi ayat susunan biasa yang gramatis. Tuliskan jawapan anda dalam ayat yang lengkap pada ruangan di bawah. Pola ayat : Frasa Nama + Frasa Kerja (FN + FK)
keriangan - Kanak-kanak - melompat - itu
(a)
Susun semula perkataan atau frasa di bawah supaya menjadi ayat susunan biasa yang gramatis. Tuliskan jawapan anda dalam ayat yang lengkap pada ruangan di bawah. Pola ayat : Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN + FA)
dalam - itu - bernas - Hujah - beliau - forum - memang
(a)
Susun semula perkataan atau frasa di bawah supaya menjadi ayat susunan biasa yang gramatis. Tuliskan jawapan anda dalam ayat yang lengkap pada ruangan di bawah. Pola ayat : Frasa Nama + Frasa Sendi Nama (FN + FSN)
murid-murid - ini - Kem motivasi - tahun enam - untuk
(a)
