wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Prinsip Perakaunan

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Tujuan Analisis Penyata Kewangan adalah membantu pihak luar membuat keputusan mengenai kemudahan kredit. Jenis nisbah adalah seperti berikut, KECUALI..

a)

Nisbah Keberuntungan

b)

Nisbah Kecairan

c)

Nisbah untung Kasar

d)

Nisbah Kecekapan

2.

Nisbah Kecairan berfungsi sebagai,

a)

Mengukur jumlah kutipan hutang yang perlu dilunaskan oleh pembekal mengikut masa yang ditetapkan

b)

Mengukur kebolehan menguruskan hutang yang dibayar dan dikutip

c)

Mnegukur kebolehan mengutip hutang

d)

Mengukur keupayaan perniagaan membuat pelbagai jenis pembayaran kepada pihak luaran.

3.

i : Merancang kekuatan dan kelemahan perniagaan

ii : Mengalakkan peningkatan ekonomi perniagaan

iii : Merancang dan mengawal masa depan

iv : Membuat keputusan mengikut matlamat perniagaan demi memaksimumkan keuntungan

a)

i, ii dan iii

b)

ii, iii dan iv

c)

i, iii dan iv

d)

i, ii dan iv

4.

Kaedah kawalan tunai membantu perniagaan mengawal dan mengemas kini maklumat wang tunai. Kaedah yang manakah benar?

a)

Akaun belum Terima dan Penyata bank

b)

Penyata Bank dan Buku tunai

c)

penyata penyesuaian bank dan Buku tunai

d)

Penyata penyesuaian bank dan Belanjawan tunai

5.

Catatan dalam Jurnal Jualan berdasarkan maklumat yang terkandung di dalam

a)

A. resit

b)

B. bil tunai

c)

C. invois asal

d)

D. invois salinan

6.

Siapakah yang menjadi pengguna luaran penyata kewangan?

a)

Kerani

b)

Pembekal

c)

Pengurus jualan

d)

Pemilik perniagaan

7.

Kedai Cahaya Ain

telah merekodkan belanja promosi sebanyak RM2 300 termasuk promosi belum

dijelaskan RM200 ke dalam penyata kewangan perniagaan.

Apakah prinsip perakaunan yang dipatuhi?

a)

Ketekalan

b)

Kos manfaat

c)

Entiti berasingan

d)

Pengiktirafan hasil dan belanja

8.

Antara berikut, manakah ciri - ciri Aset Bukan Semasa?

I Sukar ditukar menjadi tunai

II Mudah ditukar menjadi tunai

III Boleh digunakan untuk jangka masa pendek

IV Boleh digunakan untuk jangka masa panjang

a)

I dan III

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

II dan IV

9.

Pilih padanan yang SALAH.

a)

Slip Daftar Tunai - Slip bayaran yang dikeluarkan daripada mesin daftar tunai

b)

Slip Deposit Cek - Borang yang diisi apabila cek dibankkan

c)

Slip Pindahan Wang - Dokumen yang diisi untuk membuat pindahan wang

d)

Slip Transaksi Perbankan Elektronik -

Resit yang dikirim kepada pengguna melalui e-mel.

10.

Butiran manakah adalah belanja operasi perniagaan?

a)

Gaji

b)

Insurans peribadi

c)

Rugi atas jualan aset bukan semasa

d)

Faedah simpanan tetap

11.
Simpan kira merupakan proses
a)
merekod urus niaga dalam dua akaun yang berbeza
b)
mengelas, merekod, mentafsir, melapor dan menganalisis maklumat kewangan
c)
merekod urus niaga perniagaan secara tepat dan sistematik berasaskan sistem catatan bergu
d)
menyediakan maklumat kewangan untuk membuat keputusan, perbandingan dan perancangan
12.
Pada 1 Januari 1996, Encik Samad telah membeli sebidang tanah pada harga RM15 000. Pada 31 Disember 2003, harga pasaran tanah tersebut telah meningkat kepada RM50 000. Catatan dalam buku perniagaan masih menunjukkan harga tanah sebagai RM15 000. Ini merujuk kepada prinsip
a)
pemadanan
b)
kos sejarah
c)
tempoh perakaunan
d)
wang sebagai ukuran
13.

Proses manakah perlu dilakukan selepas proses imbangan duga?

a)

Buku catatan Pertama

b)

Pelarasan

c)

Lejar

d)

Penyata Kewangan

14.

Luca Pacioli adalah bapa perakaunan dan beliau telah popularkan sistem catatan bergu di Itali.

a)

Betul

b)

Salah

15.

Menjual barang niaga berkos RM 1 000 dengan harga RM 1 500 secara tunai

a)

Inventori berkurang RM 1 500, Tunai bertambah RM 1 500, Untung bersih bertambah RM 1 500

b)

Inventori berkurang RM 1 000, Tunai bertambah RM 1 500, Untung bersih bertambah RM 500

16.

Norzi memasukkan wang tunai sebanyak RM 50 000 ke dalam akaun bank perniagaan. Berdasarkan sistem catatan bergu, Norzi akan

A. Debit Akaun Modal dan kredit Akaun Bank

B. Debit Akaun Modal dan kredit Akaun Tunai

C. Debit Akaun Tunai dan kredit Akaun Modal

D. Debit Akaun Bank dan kredit Akaun Modal

a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

17.

Tujuan utama penyediaan Akaun Perdagangan dan Untung Rugi ialah untuk .......

a)

mengukur prestasi perniagaan

b)

melihat kedudukan kewangan perniagaan.

c)

menunjukkan aset dan liabiliti perniagaan.

d)

menyenaraikan baki-baki akaun perniagaan.

18.

P ialah kos tambahan pada belian.


Apakah P ?

a)

Gaji Pekerja dan Angkutan Masuk

b)

Gaji Pekerja dan Angkutan Keluar

c)

Angkutan Masuk dan Duti Import

d)

Duti Import dan Angkutan Keluar

19.

Di bahagian manakah Akaun Lekapan akan direkodkan dalam Penyata Kedudukan Kewangan ?

a)

Aset semasa

b)

Aset bukan semasa

c)

Liabiliti semasa

d)

Liabiliti bukan semasa

20.

Maklumat berikut diperoleh daripada akaun Kedai Kain Nina.

Tahun kewangannya berakhir pada 30 April 20X7.


Berapakah modal pada tarikh tersebut ?

a)

RM2 990

b)

RM3 710

c)

RM6 290

d)

RM6 560