wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Pendidikan Sejarah Dalam Penerapan Nilai (Kemenjadian Murid)

Total questions: 10

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Pilih jawapan yang tepat mengenai "Apakah itu Kemenjadian Murid".

a)

Murid yang bersopan santun dan berakhlak mulia

b)

Murid yang berupaya mencapai potensi diri yang sepenuhnya dalam penguasaan pengetahuan dan kemahiran serta berketerampilan

c)

Murid yang berupaya untuk mendapat pencapaian akademik yang cemerlang

d)

Murid yang mampu berkomunikasi dengan aktif di dalam bilik darjah.

2.

Kemenjadian murid dinilai melalui 3 domain utama iaitu akademik, kokurikulum dan ......................?

a)

Emosi

b)

Rohani

c)

Sahsiah

d)

Jasmani

3.

Apakah peranan pendidikan sejarah dalam penerapan nilai untuk kemenjadian murid?

a)

Membentuk bangsa yang berjaya

b)

Membentuk bangsa yang mahir ilmu sejarah

c)

Membentuk bangsa yang merdeka

d)

Membentuk bangsa yang menghargai budaya

4.

1. Berbangga dengan Sejarah asal usul negara.

2. Menghargai Kewujudan dan kegemilangan kerajaan Melayu Tradisional.

Apakah ciri - ciri warganegara yang mengamalkan nilai dan elemen kewarganeraan tersebut?

a)

Mengamalkan sikap dan perlakuan yang berhemah.

b)

Membentuk sikap sepunya dan kebersamaan.

c)

Membentuk perasaan kekitaan.

d)

Mengetahui dan memahami sejarah pembentukan negara.

5.

Apakah ciri - ciri kewarganegaraan yang perlu ada untuk membina keterikatan Emosi kepada negara?

a)

Mempunyai perasaan cinta akan negara yang mendalam dan berusaha mempertahankannya.

b)

Membina keyakinan dan tanggungjawab mencorakkan negara pada masa depan

c)

Memupuk perasaan taat dan setia pada negara

d)

Mengetahui dan memahami tanggungjawab sebagai warganegara.

6.

Apakah yang dimaksudkan dengan dimensi kewarganegaraan 'Perkongsian Nilai" di dalam penerapan Elemen Kewarganegaraan dan Nilai Sivik melalui pelajaran Sejarah ?

a)

Menghayati peristiwa kemerdekaan negara dan memelihara warisan negara.

b)

Menyanjung prinsip Rukun Negara dan menghormati kepelbagaian agama dan budaya.

c)

Berbangga dengan hari kemerdekaan dan memartabatkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan.

d)

Mempertahankan identiti negara dan menghormati pemimpin negara.

7.

Berikut merupakan kaedah untuk memupuk nilai kewarganegaraan dan patriotisme dalam diri murid, kecuali..

a)

Mengaitkan patriotisme yang ditekankan sukatan pelajaran dalam kehidupan sebenar murid.

b)

Merancang aktiviti yang melibatkan murid secara aktif dalam proses memupuk patriotisme.

c)

Memilih hanya satu strategi pengajaran yang kreatif dan inovatif untuk memupuk patriotisme.

d)

Menjelaskan dan menghuraikan konsep patriotisme kepada murid.

8.

"Kesetiaan" adalah salah satu matlamat utama penerapan elemen kewarganegaraan dan nilai sivik dalam kurikulum Sejarah untuk menunjukan ciri - ciri warganegara yang dapat ''......?

a)

Memupuk Kepercayaan kepada Tuhan dan memupuk perasaan taat dan setia pada negara.

b)

Membina keyakinan dan tanggungjawab mencorakkan negara pada masa depan.

c)

mengetahui dan memahami tanggungjawab sebagai warganegara dengan sepenuh hati.

d)

Mempunyai perasaan cinta akan negara yang mendalam dan berusaha mempertahankannya.

9.

Dimensi Kewarganegaraan adalah elemen yang merujuk kepada....?

a)

Kebanggaan menjadi rakyat Malaysia

b)

Semangat Berjuang kepada Negara dan Bangsa.

c)

Bangsa berbilang kaum, etnik, dan agama yang mempunyai jalinan etnik.

d)

Bangsa yang mempunyai nilai jati diri dan semangat Patriotik.

10.

Apakah yang dimaksudkan dengan Pendidikan Holistik?

a)

Memberi tumpuan kepada kebolehan akademik dan intelektual kanak - kanak.

b)

Penilaian pembelajaran semata - mata berasaskan tujuan akademik secara formal seperti peperiksaan dan ujian.

c)

Mementingkan pengajaran dan guru menentukan tugasan yang perlu dilaksanakan oleh pelajar.

d)

Pendekatan PdP yang lebih menarik dan menyeronokkan untuk murid lebih mudah memahami apa yang dipelajari.