NEW
Font size
WorksheetsGeografi Tingkatan 2: Bab 6
Total questions: 22
Worksheet time: 14mins
Antara berikut, manakah merupakan alat telekomunikasi yang terawal digunakan di Malaysia?
Telefon
Telegraf
Mesin teleks
Mesin faks
Apakah nama lain bagi telefon bimbit?
I Telefon selular
II Telefon tanpa wayar
III Telefon teleprinter
IV Telefon pintar
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Namakan agensi kerajaan di Malaysia yang bertanggungjawab untuk meluaskan rangkaian jalur lebar dalan bidang telekomunikasi ke serata pelosok negara?
Telekom Malaysia (TM)
Jabatan Telekomunikasi Malaysia (JTM)
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM)
Koridor Raya Multimedia (MSC)
Antara berikut, pernyataan manakah benar tentang kabel fiber optik?
I Kabel berkapasiti tinggi
II Kabel beresolusi yang tinggi dan gambar jadi lebih jelas
III Rekaan dalaman dan luarannya menggunakan teknologi tinggi
IV Ia diperbuat daripada serat kaca
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Antara berikut, manakah kepentingan alatan seperti dalam Rajah tersebut?
I Kos telekomunikasi dapat dikurangkan
II Pencemaran udara dan angkasa lepas dapat dikurangkan
III Penduduk dapat menyaksikan siaran secara langsung di televisyen
IV Ia dapat memberi data ramalan tentang cuaca
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Antara berikut kombinasi manakah yang benar?
Telesidang - Interaksi maya
e-perbankan - Perkhidmatan jual beli barangan atas talian
e-kerajaan - Urusan menyimpan wang boleh dibuat di mana-mana
Multimedia Interaktif - Urusan dengan kerajaan jadi lebih mudah
Apakah kesan daripada perkembangan telekesihatan di Malaysia?
Kadar kos rawatan makin menurun
Taraf kesihatan penduduk semakin meningkat
Tenaga buruh mahir seperti doktor dan jururawat dapat ditingkatkan
Jumlah klinik di kawasan luar bandar makin bertambah
Antara berikut manakah yang boleh dikategorikan sebagai etika penggunaan alat telekomunikasi?
I Membicarakan isu-isu sensitif untuk mencari kebenaran
II Mengenal pasti kebenaran dan kesahihan sesuatu berita dalam internet
III Tidak mendedahkan kata laluan kepada umum
IV Melakukan plagiat secara berhemah
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Antara berikut, mengapakah kita perlu berhemah sewaktu berkomunikasi?
Untuk mendapatkan pujian
Supaya kita dipilih menjadi ketua kerana berkebolehan dalam komunikasi
Untuk mengelakkan salah faham dan pergaduhan
Supaya kita jadi lebih terkenal dan disukai
Antara yang berikut, yang manakah lokasi stesen satelit bumi di Malaysia?
Kuching
Kuantan
Shah Alam
Kota Kinabalu
Antara yang berikut, yang manakah merupakan satelit kepunyaan Malaysia?
I MEASAT
II PALAPA
III AsiaSAT
IV TiungSAT
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Antara yang berikut, yang manakah kepentingan Koridor Raya Multimedia (MSC)?
Merapatkan integrasi nasional
Memajukan industri telekomunikasi
Mengurangkan kesesakan lalu lintas
Memperluaskan jaringan jalan raya dan lebuh raya
Kesan positif kemajuan telekomunikasi di Malaysia ialah
I segala urusan boleh dijalankan dari rumah melalui Internet
II sistem pembelajaran menjadi lebih mudah
III suhu dan cuaca mudah dikawal
IV migrasi luar bandar ke bandar berlaku dengan giat
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Telekomunikasi memainkan peranan yang sangat penting dalam pembangunan sesebuah negara kerana
I pertukaran dan penyebaran maklumat dapat dilakukan dengan pantas
II membantu proses pembelajaran melalui teledagang
III memperbanyakkan tenaga kerja dalam pelbagai sektor
IV pengurusan pentadbiran negara menjadi lebih sistematik
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Agensi yang bertanggungjawab dalam perkembangan perkhidmatan telefon di Malaysia ialah
TMNet
JARING
Telekom Malaysia
Tenaga Nasional Berhad
Perkhidmatan teleperubatan telah dilaksanakan di beberapa hospital di Malaysia yang bertujuan untuk
memberi rawatan percuma
mengurangkan kos perubatan
memberi rawatan terbaik kepada pesakit
menggalakkan perkongsian kepakaran doktor
Jaringan teleprinter mirip dengan jaringan telefon. Berfungsi mengirim pesanan dalam bentuk teks
telefon
telefaks
telegraf
teleks
Susun atur perkembangan telekomunikasi di Malaysia ialah seperti berikut...
Telefon --> telegraf --> teleks --> mesin faks --> telefon bimbit --> telefon pintar
Teleks --> telefonn --> telegraf --> telefon bimbit --> mesin faks --> telefon pintar
Telegraf --> telefon --> teleks --> mesin faks --> telefon bimbit -->telefon pintar
mesin faks --> telegraf -->teleks --> telefon pintar --> telefon bimbit --> telegraf
Melalui pelancaran Satelit MEASAT-1 sistem televisyen satelit yang pertama telah dilancarkan iaitu..
RTM
TV3
TV2
ASTRO
Berikut merupakan etika penggunaan alat telekomunikasi yang betul kecuali...
Mengganggu dan merosakkan sistem komunikasi orang lain
tidak mendedahkan hal-hal peribadi dan kata laluan kepada umum
Menghargai hasil kerja orang lain dan tidak melakukan aktiviti plagiat.
Mendukung Akta Komunikasi dan Multimedia 1998
Antara kepentingan telekomunikasi di Malaysia ialah...
I Mengeratkan silaturahim
II Pengurusan dan pentadbiran negara lebih sistematik dan teratur
III Segala urusan kerajaan dan swasta menjadi cepat dan efisien
IV Peluang pendidikan terhad
I, II dan III
I, II dan IV
I, III dan IV
II, III dan IV
Antara kesan negatif telekomunikasi ialah...
I Isu pencerobohan dan pencurian maklumat dalam sistem pangkalan data secara atas talian.
II Terdapat maklumat yang tersebar di laman sesawang yang tidak tepat
III Maklumat berunsur negatif seperti keganasan, hasutan dan khabar angin sukar ditapis
IV Maklumat dapat diperoleh dengan cepat dan mudah melalui internet
I ,II dan III
I ,II dan IV
I, III dan IV
II, III dan IV
