Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Transformer

Total questions: 10

Worksheet time: 5mins

Name
Class
Date
1.

Apakah fungsi sesebuah transformer?

a)

Mengalirkan arus elektrik daripada pencawang bahagian ke rumah

b)

Satu alat yang boleh meningkatkan atau menurunkan voltan arus ulang terus

c)

Satu alat yang boleh meningkatkan atau menurunkan voltan arus ulang alik

d)

Menyukat jumlah tenaga elektrik yang digunakan dirumah

2.

Antara berikut adalah 3 bahagian sebuah transformer

a)

Teras besi lembut

b)

Fius

c)

Gegelung Sekunder

d)

Gegelung Primer

e)

Pemutus litar

3.

Rajah menunjukkan sebuah komponen yang digunakan dalam penghantaran tenaga elektrik. Komponen tersebut digunakan untuk...

a)

meningkatkan voltan bagi arus terus

b)

meningkatkan voltan bagi arus ulang alik

c)

menurunkan voltan bagi arus ulang alik

d)

menurunkan voltan bagi arus terus

4.

Transformer injak turun mempunyai arus output ............ daripada arus input

a)

lebih kurang

b)

kurang

c)

lebih tinggi

d)

rendah

5.

Semasa menjalankan eksperimen, Ali mendapati mentol menjadi lebih terang apabila disambungkan kepada transformer X. Apakah transformer X ?

a)

Injak turun

b)

Injak Ringkas

c)

Injak naik

6.

Empat transformer mempunyai voltan input yang sama. Bilangan lilitan gegelung primer dan gegelung sekunder masing-masing ialah Np dan Ns. Transformer manakah yang mempunyai voltan output yang paling tinggi?

a)

Np = 12 000

Ns = 24 000

b)

Np = 60

Ns = 1200

c)

Np = 6000

Ns = 2000

d)

Np = 1200

Ns = 200

7.

Sebuah transformer mempunyai bilangan lilitan gegelung primer dan sekunder masing-masing ialah 50 dan 250. Jika voltan outputnya ialah 60 V, berapakah voltan inputnya?

a)

5 V

b)

12 V

c)

4.2 V

d)

30 V

8.

Mengapakah besi lembut digunakan untuk membuat teras transformer?

a)

Besi lembut mempunyai kerintangan dawai yang rendah

b)

Besi lembut menjadi magnet kekal

c)

Besi lembut ialah konduktor yang lebih baik daripada keluli

d)

Besi lembut mudah dimagnetkan dan dinyahmagnetkan

9.

Transformer memainkan peranan dalam penghantaran dan pengagihan tenaga elektrik dari stesen jana kuasa. Bagaimanakah transformer membantu dalam mengurangkan kehilangan tenaga elektrik daripada kabel kuasa?

a)

Menaikkan voltan dalam kabel kuasa

b)

Menurunkan voltan dalam kabel kuasa

c)

Menaikkan arus dalam kabel kuasa

10.

Transformer boleh didapati dalam:

a)

Pengecas telefon bimbit

b)

Peti sejuk

c)

Kereta

d)

Ketuhar gelombang mikro