WorksheetsHINDARI RASUAH TAHUN 6 AGAMA
Total questions: 15
Worksheet time: 8mins
Apa itu rasuah?
Perbuatan untuk menghalalkan yang salah dan menyalahkan yang benar.
Perbuatan yang mengharamkan yang salah dan mengharuskan yang samar.
Perbuatan yang menggalakkan yang benar.
Perbuatan yang mengelakkan kemiskinan masyarakat.
Antara yang berikut, manakah Hadis yang mengharamkan Rasuah?
لَيَشْرَبَنَّ نَاسٌ مِنْ أُمَّتِى الْخَمْرَ يُسَمُّونَهَا بِغَيْرِ اسْمِهَا
وَإِنَّ فَضْلَ العَالِمِ عَلَى العَابِدِ كَفَضْلِ القَمَرِ لَيْلَةَ البَدْرِ عَلَى سَائِرِ الكَوَاكِبِ
لَعَنَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم الرَّاشِيَ وَالْمُرْتَشِيَ
إِذَا أَعْطَى اللهُ أَحَدَكُمْ خَيْرًا فَلْيَبْدَأْ بِنَفْسِهِ وَأَهْلِ بَيْتِهِ
Berdasarkan gambar yang diberi, apakah perbuatan yang dilakukan?
Memberi sedekah
Menunaikan zakat
Membayar kutu
Memberi rasuah
Apakah akibat kepada negara jika Rasuah dibiarkan berleluasa?
Berlaku peningkatan jumlah banduan dalam penjara.
Ekonomi negara akan bertambah maju.
Ramai pelabur yang akan datang melabur ke negara kita.
Negara tidak akan maju kerana berlaku banyak penipuan.
Mengapakah kita wajib menjauhi amalan Rasuah?
(a)
Antara berikut, manakah faedah-faedah menjauhi Rasuah?
Dapat melobi projek mega dengan pantas.
Dicemburui oleh semua bangsa.
Pembangunan semakin negara rancak.
Memberikan wang tambahan dapat mempercepatkan urusan.
Pilih pernyataan yang BETUL tentang perbuatan Rasuah.
Dato Sri Hajah Reena memberikan duit kepada orang miskin dan anak-anak yatim.
Tan Sri Zafran memberi hadiah mewah kepada YB Dato Afif kerana telah membantunya mendapatkan Projek Mega.
Datin Sri Farzana berjaya mencari dana untuk membantu persatuan ibu-ibu tunggal.
Professor Aniq berjaya menemui vaksin COVID-19 dengan cepat selepas menerima dana sumbangan.
Apakah perbuatan Rasuah yang mungkin boleh berlaku dalam kalangan murid-murid sekolah?
Asma belajar bersungguh-sungguh dan berjaya dalam pelajaran.
Atasha akan belanja makan di kantin sekolah sekiranya dia dipilih menjadi ketua kelas.
Hazimah dipilih menjadi ketua pelajar selepas melalui temuduga di Bilik Kaunseling.
Farid mendapat hadiah selepas membantu guru mengangkat barang-barang.
Apakah usaha yang boleh dibuat agar amalan Rasuah dalam kalangan masyarakat dapat dihilangkan?
Meminta polis dan tentera menembak mati si pesalah.
Memantapkan penyebaran ajaran agama dan nilai-nilai murni kepada masyarakat melalui media massa.
Memberi wang kepada mereka yang memerlukan supaya tidak berlaku rasuah.
Sentiasa bekerja untuk mengharapkan habuan yang berlipat kali ganda.
Ciri-ciri pengamal rasuah kecuali
tamak dengan harta
hidup mewah tanpa usaha setimpal
patuh dan taat perintah Allah dan Rasul
mendapat jawatan dengan mudah tanpa usaha
KESAN RASUAH ADALAH SEPERTI BERIKUT KECUALI
DIPANDANG MULIA OLEH MASYARAKAT
MENJATUHKAN MARUAH DIRI
MENIMBULKAN PERBALAHAN DAN PERMUSUHAN
HIDUP TIDAK DIBERKATI
PERKATAAN "RASUAH" DALAM JAWI YANG BETUL ADALAH
رشواه
رسواه
رﺻﻮاﻩ
رﺛﻮاﻩ
APAKAH PENGAJARAN DARIPADA HADIS LARANGAN RASUAH
KITA PERLU MENGAMALKAN RASUAH
RASUAH ADALAH PERBUATAN YANG SANGAT KEJI DAN BERDOSA
RASUAH ADALAH PERBUATAN YANG PERLU DILAKUKAN JIKA TERDESAK UNTUK DIBUAT
PEMBERIAN HADIAH PERLU DIBUAT UNTUK MENDAPAT PENGHARGAAN
Pilih pernyataan yang BETUL tentang perbuatan Rasuah.
Dato Sri Hajah Reena memberikan duit kepada orang miskin dan anak-anak yatim.
Tan Sri Zafran memberi hadiah mewah kepada YB Dato Afif kerana telah membantunya mendapatkan Projek Mega.
Datin Sri Farzana berjaya mencari dana untuk membantu persatuan ibu-ibu tunggal.
Professor Aniq berjaya menemui vaksin COVID-19 dengan cepat selepas menerima dana sumbangan.
Apakah kesimpulan ringkas yang paling tepat tentang menjauhi amalan rasuah?
Rasuah menyebabkan seseorang itu menjana pendapatan tambahan.
Rasuah akan menjadikan seseorang itu dicemuh oleh masyarakat.
Rasuah boleh memberi impak yang berbeza kepada orang lain.
Rasuah akan merugikan seseorang di dunia mahupun di akhirat.
