wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KONFLIK DUNIA DAN PENDUDUKAN JEPUN DI NEGARA KITA

Total questions: 10

Worksheet time: 9mins

Name
Class
Date
1.

Gambar berikut adalah poster propaganda Jepun yang digunakan ke atas Tanah Melayu.


Poster propaganda tentera Jepun tertera dalam tulisan Jawi. "Ya Allah, terpeliharalah kami oleh tentera Jepun daripada aniaya".


Mengapakah orang Melayu terpengaruh dengan poster tersebut?

a)

Bebas daripada penjajahan Barat

b)

Mengekalkan status quo Tanah Melayu

c)

Kecanggihan peralatan tentera Jepun

d)

Ketidakadilan pentadbiran British

2.

Apakah slogan yang digunakan oleh Jepun untuk memastikan sumber ekonomi mereka

mencukupi?

a)

Asia untuk Orang Asia

b)

Tugas Menyebarkan Tamadun

c)

Kemakmuran Asia Timur Raya

d)

Beban Orang Asia

3.

Peta berikut adalah lokasi di Tanah Melayu dan Singapura yang berjaya ditawan oleh tentera Jepun. Apakah faktor-faktor tersebut?

a)

Bantuan golongan imigran

b)

Bilangan tentera ramai

c)

Semangat juang tinggi

d)

Strategi berkesan

4.

Rajah berikut adalah perubahan bentuk pentadbiran Jepun di Asia Tenggara pada abadke-20.


Mengapakah berlaku perubahan tersebut?

a)

Serangan daripada kuasa-kuasa besar

b)

Sejarah pentadbiran tempatan tidak sama

c)

Penentangan daripada rakyat tempatan

d)

Pernjanjian damai antara kedua pihak

5.

Apakah tujuan utama penubuhan pasukan polis tentera Kempeitai?

a)

Melicinkan pentadbiran negeri

b)

Mengintip kegiatan anti - Jepun di kalangan rakyat

c)

Memberikan latihan ketenteraan kepada orang Melayu

d)

Menghapuskan saki baki tentera British dan pengikutnya

6.

Bagaimanakah pentadbiran Jepun mengatasi masalah kekurangan pegawai di Asia Tenggara ?

a)

Penubuhan Maahad II Ihya Assyariff

b)

Pembentukan Institusi Latihan Pemimpin Muda

c)

Membuka Institut Latihan Kemahiran Pentadbiran

d)

Mewujudkan Maktab Penguruan Sultan Idris

7.

Ekonomi Tanah Melayu semakin merosot semasa pentadbiran Jepun antara tahun 1942– 1945. Bagaimanakah pentadbiran Jepun mengatasi keadaan tersebut?

a)

Melahirkan tenaga mahir

b)

Mengimport bahan makanan

c)

Menghentikan perdagangan antarabangsa

d)

Memperkenalkan sistem ekonomi kawalan

8.

Apakah kesan apabila mata wang Jepun “wang pokok pisang” dicetak tanpa kawalan?

a)

Ekonomi berkembang

b)

Taraf hidup meningkat

c)

Berlaku inflasi

d)

Infrastruktur maju

9.

Gambar diatas adalah berkaitan novel yang diterbitkan semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu.

Apakah mesej utama yang hendak disampaikan dalam karya tersebut?

a)

Ketidakadilan pentadbiran

b)

Kemunduran masyarakat

c)

Kekejaman tentera

d)

Keruntuhan akhlak

10.

Pentadbiran Jepun telah menerapkan amalan menghormati kebudayaan Jepun dalam kalangan murid-murid di Tanah Melayu.

Bagaimanakah Jepun melaksanakan amalan tersebut?

a)

Penggunaan bahasa

b)

Perhimpunan mengadap Timur

c)

Tunduk tanda hormat

d)

Peperiksaan awam