NEW
Font size
WorksheetsPelembapan dan Resonans
Total questions: 10
Worksheet time: 5mins
Suatu sistem ayunan menagalami pelembapan disebabkan terdapatnya.........
gerakan linear
gerakan membulat
daya geseran
daya impuls
Suatu sistem berayun pada frekuensi aslinya tanpa mengalami pelembapan. Apakah yang terjadi kepada jumlah tenaga sistem ayunan tersebut?
tidak berubah
menjadi sifar
berkurang
bertambah
Rajah menunjukkan keratan rentas gelombang air. Gelombang yang manakah mempunyai tenaga yang terbesar?
Antara kuantiti fizik berikut, yang manakah menjadi maksimum apabila resonans berlaku?
frekuensi
tempoh
amplitud
pecutan
Satu spring berayun pada frekuensi asli 50 Hz. Resonans berlaku apabila frekuensi getaran spring itu adalah
0 Hz
25 Hz
50 Hz
100 Hz
Rajah menunjukkan sebuah bandul Barton. Bandul X ditolak untuk berayun. Bandul M didapati berayun dengan amplitud paling maksimum kerana...
Bandul M adalah paling pendek
Tenaga hanya berpindah ke bandul M
Jisim bandul X sama dengan jisim bandul M
Frekuensi ayunan bandul X adalah sama dengan frekuensi ayuanan bandul M
Rajah menunjukkan satu tala bunyi yang bergetar, dipegang dan dibiarkan bergetar di atas tiub R. Apabila ketinggian turus udara dilaraskan pada nilai terterntu, bunyi yang kuat kedengaran. Ini adalah disebabkan...
amplitud getaran turus udara sama dengan amplitud getaran tala bunyi
frekuensi getaran turus udara sama dengan frekuensi getaran tala bunyi
panjang turus udara sama dengan panjang tala bunyi
jisim turus uadar sama dengan jisim tala bunyi
Apa yang dimaksudkan dengan pelembapan luaran?
Sistem ayunan kehilangan tenaga kerana renggangan dan mampatan zarah-zarah yang bergetar dalam sistem tersebut.
Sistem ayunan mengalami pengurangan amplitud akibat kehilangan tenaga.
Sistem ayunan kehilangan tenaga bagi mengatasi daya geseran atau rintangan udara.
Antara fenomena berikut yang manakah tidak disebabkan oleh resonans?
Getaran kuat mesin basuh pada suatu kelajuan putaran tertentu
Litar penalaan dalam set TV dan radio berfungsi mencari frekuensi stesen yang anda pilih
Alat-alat muzik menghasilkan bunyi dengan memberi ayunan paksa pada udara di dalam tiub
Penyerap hentakan pada kereta menyebabkan ayunan menjadi lemah selepas kereta melalui jalanraya yang tidak rata.
Antara pilihan jawapan dibawah, yang manakah tidak melibatkan konsep resonans?
Penalaan alat muzik
Pemanas air
Ketuhar gelombang mikro
Penyanyi memecahkan gelas menggunakan suara
